RAMBUT tumbuh di merata badan manusia kecuali di tapak tangan dan di tapak kaki. Ada sesetengah yang tumbuh terlalu halus sehinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Namun begitu, rambut yang tumbuh di kepala sentiasa menjadi perhatian sama ada lelaki atau wanita.

Secara purata, seorang dewasa mempunyai 100,000 hingga 150,000 helai rambut. Dan bilangan rambut gugur boleh mencecah sekurang-kurangnya 100 helai sehari. Pertumbuhan rambut terbahagi kepada tiga fasa iaitu:

  • Fasa Anagen: fasa penumbuhan aktif jangka masa 2 ke 6 tahun
  • Fasa Catagen: fasa di mana rambut yang aktif memanjang berhenti dari memanjang. Jangka hayat dua ke tiga minggu
  • Fasa Telogen: Fasa di mana rambut mula berehat dan kemudian gugur. Jangka hayat dua ke tiga bulan.

Pada setiap masa, lebih 90% rambut manusia dalam fasa Anagen. Dan dalam setahun, rambut manusia boleh memanjang sebanyak 6 inci secara purata. Namun begitu semakin berusia, kadar pemanjangan rambut semakin lambat.

Antara masalah rambut nipis yang kerap di alami manusia ialah:

  • Telogen Effluvium (rambut menipis)

Majoriti wanita yang mengalami masalah penipisan rambut disebabkan oleh sejenis masalah yang dinamakan Telogen Effluvium. Masalah rambut nipis bersifat sementara kerana apa yang berlaku sebenarnya majoriti rambut berhenti memanjang (fasa Anagen) dan masuk ke fasa Telogen. Ini bermakna rambut secara tiba-tiba berhenti memanjang dan gugur secara banyak.

Masalah Telogen Effluvium boleh berlaku apabila badan mengalami stres seperti selepas demam panas, ditimpa peny4kit dan untuk wanita selepas bersalin. Usah panik, rambut akan tumbuh semula. Jika seseorang itu baru sembuh daripada peny4kit, rambut akan tumbuh semula selepas beberapa bulan.

Jika seseorang itu merasa tertekan, ambil cuti dan berehat. Dan bagi wanita yang baru bersalin, ambil vitamin dan mineral secukupnya agar badan boleh sihat dengan cepat dan rambut boleh tumbuh lebat semula. Dalam tempoh masa yang baik, rambut akan kembali pulih.

  • Androgenic Alopecia

Masalah rambut menjadi botak pula ada kaitan dengan genetik. Masalah Androgenic Alopecia boleh berlaku kepada sesiapa saja baik lelaki atau wanita. Lelaki boleh mengalami masalah ini seawal remaja manakala wanita pula mengalaminya bila berusia 40-an.

Masalah ini bagaimanapun lebih kerap dialami oleh kaum lelaki. Lelaki yang mewarisi genetic Androgenic Alopecia mempunyai folikel rambut sangat sensitif kepada hormone dihydrotestosterone (DHT). DHT boleh mengecutkan folikel rambut dan menyebabkan rambut gugur. Androgenic alopecia mempunyai corak botak yang tertentu.

Bagi wanita pula, Androgenic Alopecia boleh disebabkan perubahan hormon. Antara punca masalah ini ialah sista ovari, pil perancang yang mengandungi paras progesteron yang tinggi dan menopaus.

  • Alopecia Areata

Ada sesetengah remaja atau dewasa mengalami masalah botak setompok  di kepala. Keadaan ini boleh menyebabkan rambut terus botak. Namun begitu, 90% kes Alopecia Areata menyaksikan rambut akan tumbuh semula selepas beberapa tahun.

Sebab-sebab lain rambut gugur ialah jika seseorang itu mengambil ubat-ubatan seperti allopurinol dan warfarin, penyakit seperti hypothyroid (kekurangan hormone tiroid) dan kekurangan zat besi.

Rawatan untuk rambut gugur

Jika rambut gugur disebabkan oleh Telogen Effluvium, maka rawatan tidak diperlukan. Pesakit hanya dinasihatkan untuk mengurangkan tekanan dan rambut akan pulih dengan sendiri selepas beberapa bulan.

Walau bagaimanapun, sesetengah klinik estetik melakukan rawatan laser dan sel stem untuk mempercepatkan rambut tumbuh semula. Ia boleh membantu wanita mengembalikan rambut yang lebih sihat, cantik dan tebal.

Rawatan laser dilakukan dua kali seminggu untuk tiga bulan. Manakala rawatan sel stem dibuat setiap bulan untuk tiga hingga lima sesi. Rambut bukan saja lebih sihat dan cantik tetapi turut memanjangkan fasa Anagen rambut.

Jika seseorang itu mempunyai masalah Androgenic Alopecia, mereka boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat anti-DHT. Ubat anti-DHT boleh menghalang hormon DHT daripada merosakkan rambut anda.

Namun begitu, ramai lelaki teragak-agak mengambil rawatan ini kerana bimbang mengganggu fungsi seksual mereka. Rawatan anti DHT juga perlu dilakukan secara berterusan kerana apabila rawatan berhenti, rambut akan gugur kembali.

Akhir sekali untuk menutup kawasan rambut yang botak, rawatan menanam rambut juga menjadi pilihan. Ada dua teknik menanam rambut iaitu penanaman rambut secara tradisional dan Follicular Unit Extraction atau FUE.

Rawatan penamanam rambut tradisional menyaksikan doktor akan memotong sebahagian dari kulit kepala yang mengandungi rambut, memproses rambut dan menanam semula di kawasan terbabit.

Proses ini mengambil masa yang lama tetapi ia membantu doktor menanam 1,000 hingga 3,000 helai rambut sehari. Oleh kerana banyak helai rambut yang ditanam, proses penyembuhan juga dijangka mengambil masa beberapa hari.

Seterusnya, teknik Follicular Unit Extraction atau FUE. Teknik ini hanya memotong helaian rambut secara individu. Teknik ini hanya mengundang kecederaan minimum kepada kulit kepala dan pes4kit boleh terus bekerja keesokan harinya.

Teknik ini bagaimanapun hanya boleh menanam 500 hingga 1,000 helai rambut sehari. Tetapi ia boleh dilakukan berulang kali sehingga pesakit berpuas hati dengan rambut mereka.

Tetapi apa hukum menanam rambut? Para ulama menyifatkan perbuatan tersebut dibenarkan atas sebab kesihatan selagi ia menepati syarat ditetapkan. Rawatan itu pula bertujuan merawat keadaan rambut yang terdapat di bahagian kepala bukan untuk tujuan kosmetik atau sengaja mengubah ciptaan Allah s.w.t yang sememangnya sudah sempurna dan cantik.

RUJUKAN:

Klinik Ibnu A’Nafis. (2012). Rambut gugur…meresahkan… http://klinikibnuanafis.blogspot.com/2012/03/rambut-gugurmeresahkan.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.