Dalam dunia hari ini, kita semua tahu siapa yang duduk atas takhta kuasa global. Siapa lagi kalau bukan Amerika Syarikat.
Dari ekonomi, teknologi, budaya pop, sampai kepada pengaruh politik antarabangsa: semuanya ada cap jari Washington.
Tapi sejak kebelakangan ini, ada yang mula bertanya: boleh ke Amerika Syarikat diganti? atau lebih spesifik lagi: boleh ke Rusia ambil alih tempat Amerika?
Jawapannya ringkas: boleh cuba. Tapi belum tentu berjaya.
Rusia bukan kuasa baru. Rusia ni negara pewaris Soviet Union, blok komunis terbesar yang pernah menyaingi Amerika pada era Perang Dingin. Dulu, dua kuasa ni seimbang. Tapi lepas USSR runtuh pada 1991, Rusia jatuh tergolek.
Ekonomi hancur. Tentera lemah. Pengaruh antarabangsa tercalar.
Namun sejak Vladimir Putin naik, Rusia mula bangkit semula. Dia bina balik tentera. Dia pulihkan ekonomi. Dia tegas dalam dasar luar. Dia campur tangan dalam konflik Timur Tengah, serang Ukraine dan cabar NATO di Eropah Timur.
Semua ni bukan sebab Rusia suka perang, tapi sebab Rusia nak dihormati semula.
Bagi Putin, pengaruh ialah simbol kedaulatan. Kalau Rusia tak dihormati, itu tandanya dia masih jadi mangsa kepada sejarah. Tapi masalah utama Rusia adalah pengaruh ekonomi dan teknologi mereka masih jauh ke belakang.
Amerika mungkin banyak musuh, tapi dia juga ada banyak rakan dagang, pelabur, dan sekutu. Semua negara nak dolar. Semua orang guna produk dari Silicon Valley. Dari Facebook ke Boeing, dari Google ke Netflix. AS bentuk cara dunia bekerja dan berfikir.
Bandingkan dengan Rusia. Berapa ramai yang guna teknologi dari Moscow?
Berapa banyak syarikat global datang dari sana?
Ekonomi Rusia masih bergantung pada minyak dan gas. Dan bila harga jatuh, dia turut rebah. Negara besar, tapi asas ekonominya rapuh.
Kalau dulu cuma ada dua kuasa: AS dan USSR. Hari ini, dunia dah jadi multipolar. Ada China, India, EU, Turki, Brazil, masing-masing naik jadi pemain serantau. Jadi walaupun AS mungkin semakin goyah, itu tak bermakna Rusia automatik boleh ambil alih.
Rusia mungkin kuat dalam ketenteraan, tapi China jauh lebih dominan dari segi ekonomi dan teknologi. India juga ada potensi demografi. EU ada kekuatan diplomasi dan nilai.
Jadi untuk Rusia duduk atas takhta dunia, bukan saja dia kena jatuhkan AS, tapi juga bersaing dengan kuasa-kuasa lain yang tak kurang cerdiknya.
Satu lagi masalah Rusia adalah imej dan naratif.
Dalam dunia moden, kuasa bukan hanya soal senjata dan wang. Ia juga soal imej dan cerita.
Amerika walaupun hipokrit, mereka pandai main naratif. Dia pandai jual idea “kebebasan”, “demokrasi”, “hak asasi” walaupun dia langgar benda tu hari-hari. Tapi cerita tu masih dipercayai.
Rusia pula sukar jual naratif. Setiap tindakan Rusia keras dilihat sebagai autoritarian. Setiap langkah ketenteraan dianggap agresif. Negara-negara kecil lebih selesa dengan AS atau China, kerana naratif mereka lebih tersusun.
Rusia, walaupun kuat dari dalam, masih bergelut untuk yakinkan dunia bahawa dia bukan ancaman.
Jadi, boleh ke Rusia ganti Amerika?
Secara jujurnya, belum lagi.
Mungkin satu hari nanti, tapi itu pun jika Rusia mampu baiki ekonominya, perluaskan teknologinya dan jual naratif global yang meyakinkan. Setakat hari ini, Rusia lebih sesuai dilihat sebagai pengimbang kuasa, bukan pengganti mutlak.
Tapi dunia ini dinamik. Sejarah penuh dengan kejutan. Kuasa dalam geopolitik bukan sesuatu yang bersifat kekal.
Amerika pun dulu bukan siapa-siapa sebelum abad ke-20. Jadi kalau Rusia terus bermain dengan bijak dan dunia terus muak dengan keangkuhan Barat. Tak mustahil takhta Amerika itu bergoyang.
Yang penting kita kena faham yang dalam geopolitik, semuanya adalah tentang momentum, bukan niat semata-mata. Dan setakat ni, Rusia masih lagi berlari dan belum lagi mendahului.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.