Pernah main mesin Bocca Della Verita ni? Atau pernah ternampak?
Sekitar era awal tahun 2000, memang kita tidak terlepas pandang dengan pelbagai mesin permainan yang diletakkan merata-rata tempat di dalam pusat beli belah. Salah satu mesin permainan yang kita ‘familir’ adalah mesin Bocca Della Verita (Mouth of Truth).
Alaa.. mesin besar yang terukir wajah raksasa manusia lengkap dengan sepasang mata berlubang, sebatang hidung, mulut yang terbuka sedikit dan janggut (gambar pertama). Memang ramai yang kenal mesin permainan ni walaupun ada yang tak pernah main, hanya sekadar tengok dari kejauhan.
Sebenarnya, mesin permainan Bocca Della Verita ini direka daripada bentuk artifak aslinya yang sekarang terletak di tepi dinding Santa Maria dalam gereja Cosmedin, Itali (gambar kedua). Artifak asli ini dianggarkan berumur sekitar 2200 tahun.
Adapun, dari mana pula nama Bocca Della Verita ini datang? Sebenarnya, nama ini ditemui di dalam helaian dokumen yang dicatat pada tahun 1485 M. Pada mulanya, Bocca Della Verita ini berada di Piazza Della Bocca, tetapi ia dipindahkan ke gereja Cosmedin pada tahun 1631 oleh Pope Urban VIII.
Latar belakang sejarah kegunaan Bocca Dell Verita ini tidak dapat dipastikan secara tepat, tetapi menurut sejarawan, mereka mengemukakan beberapa teori, iaitu:
1. Kepingan disk yang diperbuat daripada batu marmar putih ini pernah digunakan sebagai penutup longkang/saluran air berdekatan Kuil Hercules Victor. Ini berdasarkan daripada wajah Dewa Laut dan Sungai, Oceanus, yang terukir di atas kepingan disk tersebut. Pada zaman pemerintahan Rom, rakyatnya percaya dengan penutup saluran air yang fungsinya melambangkan kesucian air dan sungai, menadah air hujan dari langit dan memberikan laluan kepada air mengalir terus ke dalam laut.
2. Menurut cerita legenda yang disampaikan oleh Mirabilia Urbis Romae, Bocca Dell Verita pernah diletakkan di hadapan anjung Kuil Dewa Merkuri. Tujuan ia diletakkan di hadapan kuil kerana para pedagang Rom yang disyaki menipu akan dibawa ke hadapan Bocca dan kebenarannya akan diuji di sini. Apabila tangan pedagang Rom diletakkan di dalam mulut Bocca, mereka akan bersumpah tidak pernah menipu, dan jika benar dia tidak pernah menipu maka tangannya akan selamat dan jika sebaliknya, maka tangannya akan putus dimakan oleh Bocca.
3. Teori ketiga pula menyatakan, kepingan disk Bocca Dell Verita diukir oleh seorang lelaki yang bijak dan mahir dalam ilmu hitam pada abad ke-6 M, iaitu Virgilio Grammatico. Tujuan Virgilio menciptakan Bocca untuk mengetahui kecurangan pasangan suami isteri setelah isterinya sendiri curang dibelakangnya. Teori ini disokong kuat dengan penemuan beberapa dokumen abad ke-15 M yang dicatatkan oleh para penggembara dari Itali dan Jerman. Tetapi, dokumen tersebut diragui kesahihannya.
4. Dan yang terakhir, mereka menganggap ia hanyalah sebagai perhiasan air pancur sahaja. Dan mulut Bocca itu tempat di mana terpancurnya air.
Akhir kalam, daripada kesemua teori di atas, teori pertama yang paling dipercayai dan kesemua teori yang mengisahkan cerita legenda atau tahyul tersebut hanya sekadar halwa mulut dan telinga bagi para pendengar dari zaman ke zaman.
RUJUKAN:
1. Bocca Della Verita, Atlas Obscura.
2. Rome (Roman Buildings S. Maria in Cosmedin) oleh Amanda Claridge.
3. Art and History: Rome and the Vatican oleh Serena De Leonardis dan Stefano Masi.
4. History of the City of Rome in the Middle Ages oleh Ferdinand Gregorovius.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih