Legenda dan kisah mitos mengenai hantu Black Dog (Anjing Hitam) kebanyakannya berlaku di Kepulauan British dan di beberapa tempat lain. Walaubagaimanapun, ia lebih menjadi fenomena di Inggeris, tempat yang sangat kaya dengan legenda dan mitos mengenai anjing.
Ciri-ciri utama legenda Anjing Hitam selain daripada muncul di malam hari, ia memiliki akar dari manusia dan sesetengah tempat. Juga, sebagai pembawa petanda kem4tian dengan penglibatan syaitan, makhluk itu digambarkan berwarna hitam. Anjing Hitam dipercayai pernah dilihat di Isle of Man, Brittany, dan Kepulauan Channel.
Kisah mengenai anjing hitam, anjing hantu, atau anjing ner4ka ini wujud di hampir setiap wilayah seluruh dunia. Mungkin perkara pertama yang terlintas di fikiran kita apabila memikirkan tentang anjing hantu yang menakutkan ini adalah imej kej4hatan, petanda kem4tian, atau bahkan anjing berkepala dua iaitu Cerberus dari mitologi Yunani kuno.
Agak masuk akal juga, kerana kebanyakan waktunya makhluk-makhluk misteri ini sering digambarkan sebagai makhluk j4hat, tetapi tahukah anda bahawa kadang-kala mereka juga dilihat sebagai pelindung yang baik?
Populariti legenda haiwan bernama anjing ini tidak mengejutkan lagi, kerana anjing adalah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan utama manusia, hubungan di antara manusia dan anjing boleh dijejak sejauh zaman Paleolitik dan ia berterusan selama ribuan tahun hingga ke hari ini. Bagi legenda anjing hitam, artikel ini akan memberi tumpuan kepada beberapa versi Inggeris yang agak rumit.
Anjing Hitam United Kingdom
Dalam banyak-banyak tempat di dunia ini, Inggeris mungkin merupakan bangsa yang menyimpan paling banyak kisah-kisah legenda, atau penampakan anjing hitam. Di tempat lain pula masing-masing mungkin mempunyai versi kisahnya sendiri, dengan nama yang berbeza juga diberikan kepada legenda anjing hitam, seperti: Black Shuck, Gurt Dogs, Padfoot, Barguest, Harry Hound, Yeth hound, dan the Grim.
Seperti kebanyakan legenda, asal usul hikayat ini juga sukar untuk dibuktikan. Mark Norman, seorang pengkaji yang telah menyelidik legenda anjing hitam di England selama bertahun-tahun, telah menjejaki catatan terawal melalui teks kesusasteraan Inggeris sejak tahun 1127.
Berdasarkan kajian Norman, anjing hitam boleh muncul dalam bentuk yang berbeza, tetapi terdapat beberapa ciri umum dengan semua ciri-ciri ini: mereka adalah makhluk yang sangat besar, dengan bulu lebat yang tidak rata, dan mata besar yang bersinar (biasanya berwarna merah).
Perincian yang berbeza-beza menjadikan anjing itu unik, seperti rantai di leher mereka, badan tanpa kepala, atau bahkan mempunyai wajah manusia. Beberapa legenda menggambarkan anjing hantu itu besar, bahkan hingga menyamai saiz sebuah rumah, manakala yang lain-lain mendakwa bahawa mereka berjalan hanya menggunakan dua belah kaki belakang mereka seperti manusia.
Binatang buas yang penuh dengan misteri gelap ini terkenal dengan gaya ikoniknya iaitu mereka akan menghilang di sebalik kabus tanpa meninggalkan jejak selepas menakut-nakutkan orang.
Walaupun haiwan ghaib ini sangat kerap digambarkan sebagai makhluk j4hat yang membawa b4la dan nasib malang, anjing hitam juga memiliki konotasi kebaikan – sebagai semangat pelindung yang berdamping dengan satu keluarga atau tempat tertentu, seperti jalan raya misalnya.
Salah satu legenda anjing hantu Inggeris yang paling popular dikatakan telah berlaku di Pasar Bungay di Suffolk. Ia bermula dengan ribut yang kencang melanda pada pagi tahun 1577, sementara para paroki sebuah gereja menghadiri acara bakti Ahad.
Dikatakan mereka disilaukan oleh satu sambaran api, kemudian seekor anjing hitam muncul di gereja sambil berlari-lari dan menimbulkan rasa panik di kalangan hadirin. Anjing hantu itu kemudian telah meragut nyawa dua orang lelaki yang sedang berlutut untuk melaksanakan ibadat mereka, dan menyebabkan ceder4 dan luk4 yang p4rah akibat kebakaran pada hadirin yang lain.
Walaupun anjing itu digambarkan sebagai pembawa b4la dan kem4tian, ada beberapa kisah lagenda yang melibatkan anjing hitam yang baik, seperti yang diceritakan oleh Johnnie Greenwood dari Swancliffe. Lelaki itu diekori oleh seekor anjing hitam ketika berjalan pada waktu tengah malam di hutan. Makhluk itu kekal berada di sisinya untuk mengiringi sehingga dia keluar dari hutan.
Beberapa tahun kemudian, dua orang penjen4yah mengaku bahawa mereka berniat mahu mer0mpak dan membvnuh Johnnie pada malam itu di tengah-tengah hutan, tetapi mereka membatalkan niat j4hat itu setelah menyedari kehadiran seekor anjing hitam yang besar sedang menemaninya.
Manakala petikan berikut adalah dari kenyataan James Barnes ketika menceritakan kisah seekor anjing hitam yang sangat popular dari Dartmoor:
“Di Dartmoor, Cabell si bangsawan terkenal itu adalah pemburu yang menjual jiwanya kepada syaitan. Semasa dia meninggal dunia pada tahun 1677, anjing hitam dikatakan muncul di sekitar ruang perkuburannya. Pemburu hantu itu dikatakan menunggang anjing hitam; kisah ini memberi inspirasi kepada Arthur Conan Doyle untuk menulis karya fantasi terkenalnya, The Hound of the Baskervilles”.
Menurut beberapa kepercayaan yang berbeza, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan makhluk ghaib, tetapi fakta tentang kewujudannya sendiri masih tidak jelas. Di tempat-tempat yang dipengaruhi oleh agama Kristian, dikatakan dengan hanya memakai lambang salib atau memiliki gambar tokoh dewata suci sudah cukup untuk menjauhkan anjing hitam itu dari diri mereka.
Manakala, beberapa lagi amalan kepercayan tahyul-tahyul yang lain bagi mengelakkan makhluk ini adalah melibatkan amalan seperti membawa paku keranda, menabur air tawar ke atas tanah di belakang anda sepanjang masa anda berjalan, atau membawa sepasang gunting besi setiap masa.
Di samping itu, dikatakan bahawa anda harus mengelakkan persimpangan jalan, atau laluan air seperti sungai, hutan, atau padang luas yang memanjang. Pantang larang ini telah menyebabkan sebarang perjalanan jauh adalah hampir mustahil pada zaman tersebut.
Anjing Hitam Di Seluruh Dunia
Terdapat begitu banyak kisah legenda anjing hitam sehingga kita boleh menikm4ti pelbagai variasi dan versi mitos sebegini selama bertahun-tahun. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai legenda lain yang melibatkan anjing hantu, ada beberapa kawasan lagi yang perlu diperhatikan: anjing pengawal dalam ilmu dukun, legenda Celtic, legenda Welsh, mitologi Finland, mitologi Eropah Utara, legenda Amerika Utara, legenda Asia, mitos Yunani, kisah di hampir seluruh wilayah United Kingdom, mitos yang melibatkan buruj Canis dan bintang Sirius, dan yang terakhir, kemunculan makhluk legenda dalam budaya pop – seperti salah satu watak novel Harry Potter iaitu ‘Sirius Black’.
Anjing hitam turut dikenali di seluruh dunia sebagai penjaga alam ghaib, anjing ner4ka, pengawal mistik, petanda kem4tian, b4la mal4petaka, dan pembawa kemurungan. Mereka muncul dalam mitologi dan cerita rakyat yang mengerikan selama berabad-abad.
Dalam sebuah kisah Amerika Latin, “The Cadejo,” seekor anjing hitam dengan mata berapi dan berkuku tajam mengikut pemabuk di tengah malam sehingga mereka pulang. Dalam beberapa variasi legenda Cadejo, seekor anjing putih melindungi manusia dari Cadejo si anjing hitam yang j4hat.
Dalam mitologi Yunani, terdapat kisah anjing penjaga Hades yang terkenal, Cerberus, makhluk yang menakutkan dengan tiga kepala dan ekor berbelit, ia merupakan salah seekor lagi jenis anjing hitam yang besar.
Cerberus bertanggungjawab memastikan roh orang yang telah m4ti kekal berada di Dunia Bawah (ner4ka). Anjing itu sangat hebat sehingga tugasan Hercules yang terakhir dan yang paling sukar adalah menangkap makhluk yang menakutkan ini.
Di Mesir kuno, dewa Anubis pada asasnya dianggap sebagai serigala atau anjing yang juga dikenali sebagai An-pu. Nama An-pu yang lebih awal adalah Imy-ut yang bererti ‘dia adalah kulitnya’ atau plasenta. Ia sebenarnya merujuk kepada anak yang belum lahir. Anubis sebagai makhluk dewata juga disebut sebagai ‘Pembuka Jalan’.
Apabila Anubis disebut dengan istilah Impou, kita akan mendapat dua makna, salah satunya merujuk kepada anjing muda dan satu lagi adalah anak kecil. Dengan kata lain terdapat sifat dualiti bagi Anubis yang berkaitan dengan hidup dan m4ti.
Anubis dalam kepercayaan agama Mesir kuno dikaitkan dengan Bintang Sirius. Kaitan lain adalah antara Anubis dengan Cerberus dari mitos Yunani kuno, ia bukan berkait sebagai makhluk dewata sahaja, tetapi juga kerana Cerberus pada asalnya adalah Dewi Hecate.
Di Britain terdapat berpuluh-puluh kisah mengenai anjing hitam. Di sana, istilah itu digunakan untuk merujuk kepada anjing dengan elemen mistik yang mewakili petanda buruk ( nama berbeza mengikut kawasan yang berbeza di UK) yang wujud dalam setiap cerita rakyat Inggeris.
Anjing hitam terus mendapat reputasi buruk di Britain melalui anjing hitam Perdana Menteri zaman Per4ng Dunia Kedua, Winston Churchill. Tetapi bukan anjing hitam sebenar yang dipeliharanya menjadi isu, namun, dia sering merujuk kepada masalah depresi teruk yang dihadapinya itu sebagai “anjing hitam”. Ernest Hemingway di Amerika Syarikat juga menyebut tentang masalah kemurungan yang dihadapinya secara berkala sebagai “anjing hitam.” Tetapi ironinya, dia sendiri memelihara seekor anjing hitam dan dilihat bersama dengan anjing kesayangannya itu di dalam gambar.
Tidak ramai orang tahu bahawa Churchill yang lantang itu sebenarnya memiliki masalah kemurungan. Selama beberapa dekad, Churchill mengelak dari berdiri terlalu dekat dengan balkoni dan landasan kereta api. Churchill mengetahui tentang masalahnya dan menamakannya sebagai “anjing hitam”, sama seperti Samuel Johnson (yang sama sebagaimana tokoh terkenal yang lain, mend3rita penyakit kemurungan).
Churchill hampir dilumpuhkan oleh perasaan putus asa sehingga dia menghabiskan hampir seluruh waktunya di tempat tidur tanpa tenaga, hilang minat terhadap semua perkara, kehilangan selera makan, dan tidak dapat menumpukan perhatian.
Ramai pakar dan para pengkaji telah berusaha untuk menjelaskan punca-punca di sebalik legenda anjing hitam dan populariti mereka di seluruh dunia. Tafsiran mereka berkisar dari pengajaran dalam cerita rakyat hingga fenomena yang tidak dikenali yang digambarkan oleh nenek moyang mereka yang jauh. Tiada sesiapa yang mampu memberikan satu jawapan yang merangkumi semua legenda dengan sempurna.
Sejak awal sejarah dunia, manusia sering diancam oleh serigala, yang jauh lebih besar daripada anjing di kebanyakan lokasi di seluruh dunia. Ini mungkin boleh menjelaskan sifat j4hat anjing dalam beberapa kisah anjing hantu dan reputasi mereka sebagai penjaga ner4ka.
Namun, jika menurut kisah-kisah lagenda bangsa Turkik, serigala merupakan haiwan mistik yang menjadi peneman mereka, bahkan serigala diangkat sebagai simbol haiwan kebangsaan Turkik.
Sebab-sebab lain mungkin berkaitan dengan dongeng yang diceritakan kepada anak-anak untuk mengelakkan mereka daripada pergi ke tempat-tempat berbahaya. Penjelasan lain pula berkaitan dengan bah4ya tersembunyi yang terdapat di laluan haram.
Walau bagaimanapun, hampir tidak ada sebarang perkara yabg dapat menjelaskan legenda anjing hitam. Namun, sama ada mereka mewakili unsur baik atau j4hat, kita sebagai umat Islam tidak boleh mempercayai kisah tahyul dan tidak boleh menganiayai anjing walaupun anjing merupakan najis yang perlu disertu sekiranya disentuh dalam keadaan basah. Hingga ke hari ini, kisah anjing hitam masih ada dan berkembang di seluruh dunia.
RUJUKAN:
B. (2011). Black Dogs, the Guardians of the C0rpse Ways. At the Edge. Indigogroup.co.uk.
Porter, J. R. & Russell, W. M. S. (eds). Animals in Folklore. S. Brewer, Folklore Society.
Carter, A. (1979). ‘Company of Wolves’ in The Bl0ody Chamber. Gollancz, London.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih