Selama bertahun-tahun, kita sentiasa mendengar pengalaman individu yang pernah menghuni hotel berhantu. Antara contoh pengalaman yang diketahui ialah bilik terkunci tanpa sebab, lif bergerak sendiri dan suara-suara ghaib dalam bilik tidak berpenghuni. Pengalaman ini sudah cukup menakutkan individu yang diberi amanah merobohkan hotel paling berhantu di United Kingdom: Hotel Palace.

Hotel Palace ini terletak di Birkdale, Southport. Semasa era kegemilangannya, ia pernah menjadi tempat penginapan selebriti terkenal seperti Frank Sinatra, Peter Sellers dan Boris Karloff. Malah, semasa Piala Dunia 1966 yang diadakan di England, ia merupakan hotel penginapan pasukan kebangsaan Hungary.

Ahli pasukan Hungary untuk Piala Dunia 1966, Lajos Tichy menghabiskan masa bermain catur di Hotel Palace. Sumber: Southport Visiter

Tetapi ia juga mempunyai sejarah silam yang mengerikan. Mengikut satu legenda tempatan, seorang arkitek yang menghasilkan pelan lantai dan rekaan hotel ini pada 1880-an mengambil keputusan membunuh diri. Ini selepas dia mendapati bahagian hadapan hotel yang sepatutnya menghadap laut ketika itu telah diubah kepada menghadap bahagian pedalaman.

Sedih dengan perubahan reka bentuk yang dihasilkannya, si arkitek mengambil nyawanya sendiri dengan melompat dari bahagian paling atas tangga. Si mati jatuh di tempat yang kemudiannya menjadi lokasi lif berhantu Hotel Palace.

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Sejak itu, roh si mati dikatakan menghantui lif hotel ini sehingga menakutkan individu-individu yang ditugaskan untuk merobohkan Hotel Palace. Menurut Joseph Smith semasa ditemubual akhbar Daily Post pada Mei 1969, lif hotel itu bergerak sendiri walaupun bekalan elektrik telah dipotong. Lagi pelik, satu-satunya cara menggerakkan lif ialah kawalan pemara dari tingkat atas tetapi itu tidak berlaku.

Selain melihat lif bergerak sendiri, ada ketikanya sesiapa yang berada dalam lif terkejut apabila lampu panel kawalan lif menyala sendiri atau pintu lif terbuka. Bagi Smith, insiden ini amat menakutkan mereka. Di samping itu, kadang-kadang mereka terdengar suara orang bergaduh dan bunyi tapak kasut tumit tinggi sekitar kawasan foyer hotel.

Fenomena paranormal ini menarik perhatian krew berita dan penyiasat paranormal. Malah, ia juga pernah menjadi subjek rancangan hal ehwal semasa BBC ketika itu, 24 Hours.

Imej Hotel Palace yang dilihat dari udara. Sumber: Southport Visiter

Selain kisah bunuh diri arkitek yang mereka bangunan ini, Hotel Palace juga turtu dihantui peristiwa rogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan bernama Amanda Graham pada 1961. Graham yang ketika itu berusia enam tahun ditemui di bawah katil bilik nombor 13.

Pelakunya ialah seorang pengangkut malam bernama Alan Victor Wills. Wills kemudiannya ditahan dan dihukum pada November tahun sama. Mengikut keterangan mahkamah, Graham diculik oleh tertuduh semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari satu tempat bernama Pleasureland. Setelah itu, kanak-kanak malang itu dirogol dan dicekik sampai mati.

Melihat kepada kisah Hotel Palace ini, ia sememangnya projek gajah mati. Bermula sebagai hotel mewah pada 1866, ia ditutup seketika sebelum dilancarkan sebagai hotel hidropati pada 1880-an.

Semasa Perang Dunia Kedua, ia diambil alih oleh Persatuan Palang Merah Amerika Syarikat untuk dijadikan sebagai rumah rehat Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) sehingga 1945. Ia merupakan pusat pemulihan terbesar untuk USAF dengan satu ketika, ia dihuni oleh 15,000 anggota. Ia juga merupakan satu-satunya stesen Palang Merah yang menerima krew pesawat pengebom USAF sebagai satu unit.

Bagaimanapun, isu kewangan sekali lagi mula menghantui Hotel Palace. Selepas pemiliknya Heddon Hotels gulung tikar pada 1967, hotel tersebut kini hanya tinggal kenangan sebelum dirobohkan pada 1969. Namun begitu, sebahagian strukturnya masih wujud sehingga hari ini. Malah, ia turut dijadikan sebagai latar tempat untuk beberapa filem seperti The Sorcerers (1967) dan What’s Good For The Goose (1969).

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Satu-satunya struktur Hotel Palace yang masih wujud ialah sebuah bar bernama The Fisherman’s Rest. Bar ini pernah menjadi tempat persemadian sementara 14 orang penyelamat yang mati lemas semasa cuba menyelamatkan penumpang kapal layar Mexico di pesisir pantai Southport.

Nama bar itu diinspirasikan daripada para nelayan yang mati ini. Seperti Hotel Palace, ia juga didakwa dihantui oleh kelibat hantu seorang budak kecil.

RUJUKAN

Roberts-Haslam, B. (2022, 10 April). Merseyside hotel where workmen were ‘scared out of their wits’. Liverpool Echo.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply