Bill Gates mengumpulkan harta tanpa perlu masuk politik. Kekayaannya pula lebih kepada usaha, bukannya percaya pada kursus skim cepat kaya dalam dewan gelap dengan orang bertanya “apa khabar bakal jutawan semua?”

Semua orang tahu aset paling besarnya, iaitu Microsoft. Tetapi pada Mac 2020, beliau sudah tiada kena mengena lagi dengan hala tuju syarikat. Katanya ada hubungan terlalu rapat dengan pekerja (Glazer, et al., 2021).

Setelah berundur daripada tampuk pentadbiran, Gates menumpukan perhatian pada usaha kedermawanan dalam isu perubahan iklim dan kesihatan sejagat (Haselton, 2020).

Beliau banyak berjasa dalam pembangunan vaksin yang bantu menyelamatkan ηγαωα orang ramai di Afrika.

Pada ketika seluruh dunia tidak kisah, Gates datang membawa bekalan kewangan dan vaksin yang mengubah cara hidup tempatan. Tetapi entah kenapa, orang kecoh lebih seolah-olah usaha beliau adalah αηcαmαη pada semua.

Vaksin bantu merapatkan silaturahim sesama manusia.

Selalunya pendokong anti-vaksin yang tiada solusi sekadar cakap bagaikan tin kosong. Tanpa hujah kukuh, mereka menyindir dan menghina saja. Orang yang tidak tahu menahu pun marah sekali.

Kemudian Gates ingin membuat kipas yang boleh menghasilkan udara bersih untuk semua. Sekali lagi penentang kecam.

Katanya lebih baik tanam pokok yang boleh menapis karbon dioksida menjadi oksigen. Walhal orang yang mengecam tidak faham pun fungsi sebenar kipas beliau mahukan.

Memahami Fungsi Carbon Capture

Kalau bina rumah dekat-dekat, mesti ribut setiap hari.

Gambar di atas adalah lukisan digital sebagai gambaran untuk mudah faham apa Carbon Engineering ingin bina. Kipas-kipas gergasi ini akan menyedut karbon dioksida untuk ditukar menjadi oksigen.

Walau bagaimanapun, ada beza besar dengan pokok sebenarnya. Kipas-kipas ini mengeluarkan oksigen, manakala karbon dioksida pula disimpan untuk dijadikan bahan api (Vidal, 2018).

Ini yang kaki mengutuk tidak faham. Carbon Engineering ingin mengurangkan karbon dalam alam sekitar tanpa menjejaskan ekonomi global.

Teknik ini dipanggil carbon capture and storage, maksudnya karbon dioksida dihantar ke loji pemprosesan yang menggunakan bahan kimia. Kemudian loji ini akan menghantar karbon dioksida diproses ke perut bumi balik.

Jadi ada pendapat mengatakan tempoh penyimpanan memakan masa beberapa dekad, abad dan alaf. Tetapi alam sekitar bebas karbon dioksida, sekali gus mengurangkan tempias daripada perubahan iklim (Stephenson, 2008).

Halangan Realistik

Rasanya semua boleh bayangkan dua halangan utama. Kos awal sangat tinggi untuk membina dan menyelidik bukti keberkesanan.

Kemudian isu kerelevanan pula harus diketengahkan. Kipas gergasi ini kena guna elektrik yang dihasilkan melalui bahan api. Jadi untuk menggerakkan kipas pun kena keluarkan karbon.

Industri minyak sebenarnya sangat suka idea carbon capture.

Persoalannya, berapa banyak karbon diproses kipas ini? Relevan atau tidak untuk sebarkan karbon untuk simpan karbon? Itu baru setakat kipas. Belum lagi loji pemampatan karbon dioksida yang tentu sekali menggunakan elektrik (entahnya lagi banyak elektrik daripada kipas).

Ketika ini banyak pihak menentang kerana projek ini takkan lagi mengehadkan penggunaan bahan api fosil.

Tambah pula projek kipas gergasi sedia ada masih belum mengurangkan karbon seperti diramal semasa dalam peringkat hipotesis (Groom, 2020).

Kilang penyedut karbon sedia ada.

Jadi itulah sebab kenapa Bill Gates ingin melabur… iaitu untuk mengenal pasti pembolehubah yang boleh menambah baik projek sedia ada. Jika berjaya, karbon pasti boleh dikurangkan. Andainya gagal, manfaat penyelidikan akan melimpah dengan hasil luar jangka.

RUJUKAN:

Glazer, E., et al. (2021, Mei 16). Bill Gates Left Microsoft Board Amid Probe Into Prior Relationship With Staffer. The Wall Street Journal.

Groom, N. (2020, Ogos 7). Problems (ditapiskan) U.S. CO2 capture project before shutdown: document. Reuters.

Haselton, T. (2020, Mac 13). Bill Gates leaves Microsoft board. CNBC.

Stephenson, J. (2008). Climate Change: Expert Opinion on the Economics of Policy Options To Address Climate Change. DIANE Publishing. Halaman 16.

Vidal, J. (2018, Februari 4). How Bill Gates aims to clean up the planet. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply