Sebut saja Raja Henry VIII, ramai menggaru kepala bagaimana lelaki gemuk berjanggut merah itu berjaya menakluk hati enam orang wanita untuk dijadikan sebagai isteri sebelum dua daripadanya kemudian dikenakan hukuman pan.cu.ng. Tetapi tidak ramai tahu, baginda pernah kalah dalam satu pertarungan gusti dengan Raja Perancis ketika itu, Francis I. Dan kekalahan ini kemudiannya menjadi pencetus konflik dengan Perancis lebih setahun kemudian.

Di sebalik bentuk fizikalnya yang gemuk, Henry VIII sebenarnya seorang atlet yang cemerlang dalam banyak acara seperti mema.na.h, boling dan gusti. Alison Weir menerusi bukunya Henry VIII: The King and His Court yang diterbitkan pada 2001 mendedahkan baginda amat meminati sukan itu sejak dari muda lagi. Begitupun, ada merasa pelik mengapa Henry VIII meminati sukan yang tidak selayaknya disertai oleh golongan ada-ada.

Rajah 1: Francis I dan Henry VIII

Kekalahan baginda berlaku dalam satu temasya sukan yang dipanggil Lapangan Kain Emas (Field of Cloth of Gold) yang berlangsung pada Jun 1520 di Calais. Temasya ini diadakan bagi meraikan hubungan baik Perancis-England dan berharap dapat meleraikan sebarang ketegangan sebelum berlarutan menjadi konflik bersen.ja.ta. Menurut Charles Dickens dalam bukunya A Child’s History of England, lebih 12,000 orang menghadiri termasya berkenaan.

Rajah 2: Temasya Lapangan Kain Emas (Field of the Cloth of Gold) seperti dipaparkan dalam drama The Spanish Princess.

Bagi Raja Francis I, baginda sudah pasti berharap Henry VIII tidak condong kepada pemerintah Sepanyol, Raja Charles V. Francis I tahu kedua-dua Henry VIII dan Charles V mempunyai banyak persamaan termasuk hakikat baginda merupakan anak saudara permaisuri Raja England itu, Catherine of Aragon. Baginda berharap dengan temasya ini, sebarang pertikaian antara kedua-dua negara dapat dihentikan dan mengukuhkan pakatan England-Perancis terhadap Sepanyol.

Disebabkan kepentingan pertemuan dua pemerintah Eropah itu, ia memberi inspirasi kepada sasterawan Inggeris William Shakespeare untuk menghasilkan pementasan drama Henry VIII. Pertemuan kedua-duanya dijadikan sebagai pembuka tirai drama berkenaan.

Semasa temasya diadakan, ramai atlet mengambil bahagian dalam acara seperti laga tom.ba.k dan mema.n.ah. Francis I dan Henry VIII turut sama menyertai mereka tetapi tidak berlawan antara satu sama lain. Pada waktu malam, para peserta dijamu dengan makanan dan menyertai pelbagai pesta hiburan.

Suatu hari, dalam keadaan mabuk, Henry VIII mencabar Francis I untuk bergusti dengannya. Usia mereka hampir sebaya dengan baginda berusia 28 tahun. Sementara Raja Perancis itu pula baru menginjak usia 25 tahun. Menurut sejarawan Glenn Richardson menerusi bukunya The Field of Cloth of Gold (2014), Francis I berjaya menewaskan Henry VIII menerusi satu gerakan yang menyebabkan lawannya terhumban keluar.

Walaupun kalah dalam pertarungan mengejut itu, baginda masih mampu bangkit sekaligus menjaga maruahnya daripada terus tercalar. Hubungan kedua-duanya masih baik apabila kedua-duanya berjalan bersama untuk menghadiri majlis makan malam.

Jadi, apakah pertarungan Henry VIII-Francis I benar-benar berlaku seperti didakwa? Tidak ada rekod kisah ini di sebelah England. Ramai sejarawan percaya jika benar ia berlaku, ia tidak akan direkodkan secara terang-terangan kerana tidak mahu mengundang kemurkaan Henry VIII. Di sebelah Perancis pula, kisah ini mula disebut dalam memoir Robert III de La Marck, seigneur de Florange.

Tidak diketahui apa perasaan Henry VIII selepas dikalahkan dalam acara sukan kegemarannya. Justeru, para penulis dan sejarawan hanya mampu berspekulasi apa yang dilalui baginda ketika itu.

Sejarawan Perancis abad ke-19 Jules Michelet merasakan baginda amat terhina akibat kekalahan tersebut. Ini kerana acara gusti tersebut turut disaksikan oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja wanita kedua-dua negara. Sementara Francis Hackett yang menulis memoir Henry VIII pada 1929 mendapati baginda merasa murka dengan apa yang berlaku. Tetapi bagi Richardson, itu langsung tidak penting.

Lukisan pe.ra.ng Itali

Yang pasti, 23 bulan selepas itu, Henry VIII mengisytiharkan pe.ra.ng ke atas Perancis dan membentuk pakatan dengan Charles V. Ini membawa kepada pakatan England, Sepanyol dan negara-negara ditadbir oleh Paus terhadap Perancis dan sekutu mereka. Pe.ra.ng yang dikenali sebagai Pe.ra.ng Itali itu berlaku antara 1521 hingga 1526.

Francis I kemudiannya tewas di Pavia dan menjadi tawanan pihak Sepanyol selama empat tahun. Siapa sangka mengikut catatan Hackett, pertarungan yang bersifat kesukanan antara dua raja itu akhirnya menjadi pencetus pe.ra.ng antara kedua-dua negara selama 38 tahun dengan 500,000 nyawa melayang.

RUJUKAN

Daugherty, Greg. (2021, 28 Jun). When Henry VIII Wrestled the King of France—and Lost. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.