Pada tahun 838, Maharaja Rom Timur/Byzantine Theophilus berkenan menerima dua duta asing untuk menghadap baginda. Semasa sesi menghadap, kedua-duanya memberitahu mereka berasal dari wilayah sekitar Laut Hitam dan berhajat untuk berdagang dengan kerajaan berkenaan. Selepas selesai menerima penghadapan mereka, baginda mengutus surat kepada Maharaja Ludwig dari Jerman agar berlaku baik kepada mereka dan menghantar mereka pulang.

Sebaik saja mereka tiba di Jerman, mereka diberi layanan seperti yang diminta oleh Theophilus. Tetapi Ludwig merasa curiga dengan mereka dan meminta orang-orangnya menyiasat asal-usul mereka. Rupanya, dua orang duta asing ini berasal dari Sweden Scandinavia, wilayah sama orang-orang Viking yang sedang mengga.n.as di wilayah-wilayah Jerman. Dan bertahun-tahun kemudian, mereka mensasarkan Constantinople!

Ini merupakan penampilan pertama Viking Sweden/Varangian di pentas dunia. Orang Yunani tahu orang Viking ini atau Rus mahu menguasai tanah-tanah di sebelah timur yang diduduki orang-orang Slavik sebelum kemudiannya menamakan wilayah tersebut sebagai Rossiya atau Rusia. Hubungan dagang terjalin antara kedua-dua wilayah tetapi orang Rus yang dipimpin Askold dan Dir menanti saja peluang sesuai untuk menggem.pu.r Miklagard (gelaran mereka terhadap Constantinople).

Peluang yang dinantikan mereka akhirnya terhidang pada tahun 860. Pada ketika itu, pengganti Theophilus iaitu Michael III sedang sibuk dalam kempen keten.te.raan Byzantine terhadap ketumbukan ten.te.ra Bani Abbasiyyah di sepanjang sempadan Syria. Bagaimanapun, ketidakcekapannya dalam bidang keten.te.raan dan sikap kaki botol baginda mengakibatkan angkatan Rom Timur tewas teruk di tangan ten.te.ra yang diutus khalifah Abbasiyyah ketika itu, al-Mutawakkil.

Untuk kempen baginda terhadap Bani Abbasiyyah, Michael III mengerah keringat semua anggota ten.te.ra termasuk ten.te.ra elit yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Constantinople. Akibatnya, satu-satunya garison yang menjadi penghalang antara orang Rus dengan Constantinople ialah garison yang diketuai oleh penjaga kota Nicetas Oryphas.

Tanpa kelibat ten.te.ra elit yang sepatutnya mengawal kawasan pinggir badan dan pesisir pantai Constantinople, ia ibarat sasaran mudah untuk pihak Rus. Kelibat ten.te.ra laut Byzantine juga tidak kelihatan pada ketika itu. Sebahagian daripada mereka digerakkan ke perairan Syria untuk menyokong kempen Michael III. Manakala sebahagian lagi digerakkan sejauh Itali untuk mengekang kemaraan gerombolan Viking yang sibuk menye.ra.ng, mera.mp.as dan menjarah kota-kota orang Eropah.

Pada 18 Jun 860, 200 buah kapal Viking yang membawa 20,000 orang Viking muncul dari Selat Bosphorus. Oryphas bertindak pantas dengan menutup pintu gerbang kota tetapi itu meninggalkan kawasan pertanian dan pinggir kota menjadi mangsa amukan mereka. Arcbishop of Constantinople, Photios merekodkan kega.na.san mereka termasuk menculik 22 orang khadam bekas Patriach of Constantinople, Ignatius ke atas kapal sebelum dite.ta.k sampai ma.ti.

Oryphas yang kemudiannya menjadi laksamana ten.te.ra laut Byzantine terkenal berjaya mengekang asakan mereka. Sementara Photios cuba menenangkan moral populasi Constantinople agar tidak panik dan terus menyokong usaha mempertahankan kota itu. Tembok-tembok kota yang dibina atas arahan Theodosius II pada abad kelima berjaya mengekang usaha pihak Viking yang tidak mempunyai kemahiran pengepungan seperti kerajaan-kerajaan lain ketika itu.

Sistem isyarat amaran yang dibangunkan pihak Byzantine untuk Constantinople menyedarkan Michael III bahawa ibu kota Rom Timur itu dalam bahaya. Baginda segera bertolak pulang tetapi sebaik menghampiri Selat Bosphorus, pergerakan kapalnya dihalang oleh kapal-kapal Viking. Lantas, Michael III menyusup kembali ke Constantinople menggunakan sebuah kapal nelayan.

Sebaik tiba, baginda bersama Patriach of Constantinople pergi ke Gereja Blachernae dan mengambil artifak Constantinople yang paling berharga: Selempang Theotokos (nama Maryam yang digunakan oleh gereja-gereja di sebelah timur). Selempang ini dibawa mengelilingi seluruh tembok sambil diikuti oleh orang ramai yang melalui jalan-jalan kota.

Rajah 1: Fresko Michael III dan Photios merendam Selempang Theotokos di Pelabuhan Constantinople.

Akhirnya, selempang dibawa ke pelabuhan Constantinople. Di situ, Michael III merendam kain berkenaan dalam air sambil merayu kepada Tuhan agar ada keajaiban untuk melindungi kota berkenaan daripada an.ca.man orang pagan (orang Viking). Tiba-tiba, ribut besar datang dari sebelah utara lalu memu.sn.ahkan kapal-kapal orang Viking. Orang-orang Viking yang ketakutan lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Tetapi mengikut rekod kontemporari, orang yang membawa Selempang Theotokos bukan Michael III tetapi Photios. Beliau berbuat demikian bagi menaikkan moral penduduk Constantinople yang teruk ditekan oleh pihak Viking di luar. Sementara bagi orang Viking pula, mereka sama ada berundur kerana bimbang dengan an.ca.man Michael III atau berpuas hati dengan harta ram.pa.san mereka. Apa saja sebab mereka berundur, mereka telah hilang menjelang Ogos 860.

Jadi, apa nasib Askold, Dir dan Michael III? Askold dan Dir pulang ke Kiev membawa harta ram.pa.san tetapi kemudiannya dibu.nu.h oleh Oleg dari Dinasti Rurikid. Beliau kemudiannya mengasaskan negeri Rusia pertama iaitu Kievan Rus. Sementara Michael III pula dibu.n.uh dalam keadaan mabuk atas arahan maharaja bersama Basil I pada 867 selepas tidak tahan dengan kerenah baginda yang terus menyusahkan kerajaan Byzantine.

RUJUKAN:

Tsouras, Peter. (2014, Mei). ‘The Fury of the Northmen’: Viking Assault on Constantinople, 860. HistoryNet.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.