1-Pada tahun 525 SM, pasukan Parsi pimpinan Kisra Cambyses II tiba dengan selamatnya ke perbatasan kerajaan Mesir Kuno iaitu kota Pelusium dengan tujuan ingin menakluki kerajaan Mesir Kuno yang tidak berjaya dilakukan oleh pemerintahan sebelumnya.

2-Parsi mengetahui kucing sangat dikeramatkan oleh bangsa Mesir kuno. Bahawa, Mesir sangat tabu membunuh kucing dalam peperangan. Parsi juga tahu Mesir tidak akan menyerang parajuritnya dan secara tak sengaja membunuh kucing, sebab itu merupakan pertanda tidak baik.

3-Pada era perang 2500 tahun lalu itu juga menggunakan taktik ‘psychology warfare’ iaitu mengunakan imej kucing di depan perisai tentera-tenteranya. Kisah ini boleh dirujuk didalam penulisan Pertempuran Pelusium: Kucing Berjaya “Mengalahkan” Firaun oleh Jiji Azizan di laman web the Patriot Asia.

4-Seekor kucing bernama Mourka digunakan sebagai pembawa pesan rahsia pada saat pengepungan Stalingrad tahun 1942. Mourka pun menjadi pahlawan dan London Times pun menulis tentang dirinya,” “he has shown himself worthy of Stalingrad, and whether for cat or man there can be no higher praise”.

5-Kisah menarik mengenai kucing tidak berhenti sebagai Dewa tamadun kuno dan sebagai haiwan peliharaan yang comel. Selepas melalui evolusi kemajuan sains dalam perisikan, Kucing mula dikaji sebagai objek hidup oleh kuasa-kuasa besar perisikan termasuk lah oleh CIA (Unit Risikan Amerika) khas untuk melakukan aktiviti perisikan.

6-Antara operasi  yang pernah berlaku adalah pada tahun 1960-an. Agensi perisikan Central Intelligence Agency (CIA) telah melancarkan satu projek rahsia yang dikenali sebagai “Acoustic Kitty”.

7-Projek ini bukanlah seperti yang anda sangka berdasarkan namanya. Ia bukan sebuah projek di mana kucing diajar untuk melakukan aksi sarkas seperti menari dan sebagainya. Sebaliknya, ia merupakan projek yang sah oleh Direktorat Sains dan Teknologi cawangan CIA dengan niat untuk menggunakan kucing bagi mengintip kedutaan Soviet ketika Perang Dingin. Tidak secomel nama projek yang diberikan bukan?

Operasi Acoustic Kitty – Pembentukan Idea

1-Idea di sebalik projek rahsia ini adalah dengan menggunakan kucing yang diletakkan di lokasi-lokasi tertentu seperti tepi tingkap, bangku taman atau tong sampah, dan merekodkan bunyi-bunyi di sekitar lokasi dan dihantar kepada CIA.

2-Idea ini diperoleh selepas para pegawai CIA menyedari bahawa ketika dalam percubaan untuk mencuri dengar terhadap perbualan seorang ketua negara, lokasi tersebut dipenuhi dengan kucing liar. Apa yang mereka sedari kelebihan yang ada pada kucing-kucing ini adalah kucing-kucing ini  berkeliaran di premis tersebut tanpa menarik perhatian mana-mana pihak, kecuali mereka iaitu CIA. Sebab lain kepada penghasilan operasi ini adalah dakwaan bahawa kucing adalah makhluk yang mempunyai sifat ingin tahu.

3-Pihak CIA percaya bahawa kucing yang terlatih akan pergi ke mana sahaja yang mempunyai bunyi yang menarik bagi mereka, yang memungkinkan kucing-kucing tersebut pergi ke tempat di mana perbualan antara pegawai Kesatuan Soviet berlaku. Oleh kerana sifat yang tidak begitu menonjol dan semula jadi, kehadiran kucing tidak disedari atau disyaki mereka mula melakukan kajian terperinci, dimana kucing-kucing ini akan diberi peranti elektronik supaya, apabila kucing-kucing ini melewati kawasan risikan haiwan ini boleh merakam bunyi atau suara.

Operasi Acoustic Kitty – Latihan dan Implan Peranti

1-CIA pernah cuba melatih kucing untuk menjadi salah satu cara risikan pada tahun 1960-an, iaitu dalam era perang dingin. Adakah mereka mencapai matlamat mereka yang pertama? Mereka gagal. Selepas 5 tahun penyelidikan dan $ 20 juta dibelanjakan.

2-Ini adalah butiran ringkas mengenai program Acoustic Kitty. CIA membina pemancar 3/4 inci untuk ditanamkan pada dasar tengkorak kucing itu. Minor operation diperlukan untuk metakkan mikrofon di setiap pasang telinga, dan antena yang dibuat dari wayar halus dan ditanam disepanjang badan hingga ke ekor. Jahitan dan wayar akan melalui bulu panjang kucing untuk menyembunyikannya.

3-Oleh kerana saiz badan kucing kecil, bateri terkecil digunakan dan ia menyekat keupayaan waktu rakaman. Ini merupakan salah satu kelemahan yang tidak dapat diperbaiki oleh saintis CIA pada waktu itu. Masalah kedua adalah kucing akan berasa lapar. Setelah beberapa kali ujian dilakukan, mereka mendapati bahawa kucing akan meninggalkan “kerja” tersebut apabila berasa lapar, jadi mereka terpaksa memasang wayar tambahan bagi mengatasi masalah tersebut.

4-Selepas banyak ujian, keselesaan kucing, kebolehan bergerak, dan kelakuan normal telah dipastikan, mereka terus menghidupkan ejen berfungsi sepenuhnya. Memasang peralatan mengambil masa sejam yang dilakukan dengan kerjasama doktor haiwan, tetapi ia berjalan lancar. Bahagian yang paling sukar adalah latihan kucing untuk mengikuti arahan.

Operasi Acoustic Kitty – Ujian Perisikan yang gagal

1-Bagi ujian lapangan pertama yang dilancarkan, van peninjauan CIA berada di seberang jalan dari sebuah taman, di mana terdapat dua orang yang akan dirisik dilihat duduk di bangku simpanan di luar kawasan Soviet di Wisconsin Avenue di Washington. Misi skuad Acoustic Kitty yang pertama adalah untuk mendengar perbualan oleh kedua-dua lelaki ini. Kucing itu melompat keluar dari van, mula melintasi jalan raya, dan secara tidak sengaja telah dilanggar oleh teksi dan menyebabkan kucing perisik itu mati serta-merta.

2-Ternyata inilah misi terakhir risikan menggunakan kucing sebagai agen. Seorang pengendali CIA kembali ke lokasi kemalangan untuk mengumpul bangkai kucing dan peralatan-peralatan yang bersepai selepas kematian drastik kucing tersebut.

3-Mereka tidak mahu pihak Soviet mendapat tahu mengenai peralatan peranti risikan audio mereka. Dengan kematian kucing tersebut, maka tamatlah pelan rahsia atas usaha untuk menjadikan kucing sebagai mesin perisikan berakhir. Projek Acoustic Kitty telah ditinggalkan sepenuhnya pada tahun 1967.

4-Pada tahun 2001, Pembantu Eksekutif kepada Pengarah CIA pada era 60-an Jeffrey Richelson di dalam bukunya”The Wizards of Langley” berkata;

“A lot of money was spent. They slit the cat open, put batteries in him, wired him up. The tail was used as an antenna. They made a monstrosity,”

Walaupun telah disunting dengan begitu terperinci, dokumen-dokumen mengenai projek ini telah didedahkan kepada umum oleh Arkib Keselamatan Kebangsaan pada tahun 2011, membolehkan orang awam mengetahui mengenainya. Selepas operasi ini didedahkan secara terbuka, ia mengalami cemuhan yang sangat teruk daripada orang awam.

Rujukan:

WAR CAT: CIA PROJECT “ACOUSTIC KITTY” TO SPY ON. https://www.johnnytimes.com/war-cat-cia-project-acoustic-kitty/

When the CIA Learned Cats Make Bad Spies. https://www.history.com/news/cia-spy-cat-espionage-fail


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sebelum ini merupakan penulis artikel berbentuk "copywriting" dalam membantu perniagaan dalam talian. Seorang yang mempunyai kelulusan kejuruteraan Elektronik tetapi amat meminati sejarah. Gemar menulis kembali artikel sejarah yang mula dilupakan. Seorang penulis yang terkesan dengan hilangnya jati diri anak bangsa yang tidak tahu menilai kehebatan bangsa dan ikhlas dalam membantu menarik minat golongan muda kembali menghayati sejarah.

Comments are closed.