Bagi penganut agama Kristian, sambutan Krismas sememangnya dinanti-nantikan terutama bagi anak-anak kecil. Bagi mereka, inilah peluang untuk mendapat hadiah yang banyak. Bagi penganut Kristian yang lain, ia merupakan sambutan keagamaan dan peluang untuk mengeratkan kembali ikatan silaturahim bukan saja dalam kalangan keluarga tetapi komuniti. Tetapi jika anda mengembara ke Massachusetts pada abad ke-17, jangan haraplah melihat sambutan Krismas diadakan oleh komuniti Puritan di situ.

Sebelum itu, siapa sebenarnya kelompok Puritan ini? Kelompok Puritan ialah satu kelompok Protestan Inggeris yang muncul pada akhir abad ke-16 dan abad ke-17 yang menganggap Gerakan Reformasi yang digerakkan oleh Ratu Elizabeth I sebagai tidak lengkap. Justeru, mereka berusaha untuk memudahkan dan mengawal bentuk penyembahan. Kelompok ini tiba di Massachusetts pada tahun 1630-an dengan membawa satu perkara yang mengejutkan sesiapa – kebencian terhadap sambutan Krismas. Tidak seperti hari ini, gereja-gereja ditutup sementara sekolah-sekolah dan kedai-kedai beroperasi seperti biasa.

Tetapi jika ada merasakan perkara ini pelik, ia sebenarnya sudah bermula di England pada tahun 1647. Selepas berjaya menyingkirkan Raja Charles I yang kemudiannya membawa kepada hukuman pancung sampai mati, perkara kedua yang digerakkan kelompok ini ialah menghapuskan sambutan Krismas. Parlimen mengisytiharkan 25 Disember seharusnya dijadikan sebagai hari berpuasa dan menebus malu untuk orang-orang Inggeris menghapuskan dosa mereka. Koloni British di Massachusetts memilih melakukan perkara sama pada tahun 1659 dan mana-mana individu yang ditangkap melanggar larangan tersebut akan dikenakan denda sebanyak lima syiling.

Jadi kenapa kelompok Puritan sangat memusuhi Krismas? Menurut penulis Stephen Nissenbaum, kebencian tersebut timbul atas sebab teologi dan berang dengan sambutan kurang ajar yang selalu timbul setiap kali sambutan Krismas pada abad ke-17. Berikutan inteprestasi mereka yang tegas terhadap kitab Bible, tiada sebarang hujah yang membenarkan sambutan Krismas. Malah, tiada satu pun ayat yang menyebut musim atau hari yang menandakan hari kelahiran Nabi Isa a.s.

Tambahan pula, bagi yang mengikuti asal-usul sambutan Krismas pasti tahu ia sebenarnya merupakan sambutan orang pagan seperti sambutan perayaan Saturnalia. Sambutan perayaan itu merupakan perayaan cahaya orang Rom di mana ia diraikan dengan minum arak dan berpesta kerana seiring dengan tarikh solstis musim sejuk. Menurut Nissenbaum, kelompok Puritan percaya sambutan Krismas hanyalah adat orang pagan yang dicedok oleh kelompok Roman Katolik tanpa sebarang asas. Perayaan tersebut mempunyai kaitan dengan tempoh pada tahun itu, solstis musim sejuk dan Saturnalia serta tiada kaitan dengan agama Kristian.

Sambutan Krismas bak orang tiada beragama juga menimbulkan kemarahan golongan Puritan pada abad ke-16. Seorang paderi bernama Hugh Latimer menulis, “Manusia mencemar kehormatan Christ lebih banyak pada 12 hari sambutan Krismas berbanding dalam tempoh 12 bulan sebelumnya. Pada abad ke-17, malam sambutan bukanlah senyap dan suci seperti disangka. Masa inilah digunakan orang ramai untuk minum, berpesta, berjudi dan terlibat dalam pelbagai aktiviti maksiat.

Ada pula yang memakai pakaian seperti lelaki/perempuan dan pergi ke rumah-rumah untuk mendapatkan makanan atau pakaian baru sebagai tukaran kepada nyanyian karol atau ucapan Krismas. Selalunya yang menjadi mangsa kumpulan ini ialah golongan berada. Jika mereka enggan melayan permintaan kumpulan ini, kumpulan yang dianggotai oleh pemuda-pemudi ini akan bertindak ganas dan merosakkan kediaman penduduk yang enggan melayan mereka.

Selepas kuasa monarki British dipulihkan menerusi pertabalan Raja Charles II pada tahun 1660, kelompok Puritan di Massachusetts terus menguatkuasakan larangan sambutan Krismas dan ia berterusan selama satu generasi. Walaupun ia diharamkan di khalayak awam, sambutan secara bersendirian masih dibuat terutama di bandar-bandar perikanan yang jauh dari pusat kekuasaan Puritan di Boston. Bandar-bandar sebegini dikatakan amat terkenal dengan amalan orang yang tidak beragama, kaki botol dan aktiviti seks bebas. Bagaimanapun, berdasarkan kajian Nissenbaum, tiada siapa yang pernah dikenakan tindakan kerana melanggar larangan itu. Kelihatan larangan tersebut dilihat sebagai satu cara untuk mengekang tingkah laku tidak senonoh di tempat awam.

Namun, larangan sebegini sudah menimbulkan kemarahan kerajaan pusat di London. Kelompok Puritan di Massachusetts diberi kata dua sama ada menghentikan larangan tersebut atau berhadapan risiko kehilangan status koloni diraja. Akhirnya pada tahun 1681, kelompok Puritan memansuhkan semua undang-undang mereka termasuk larangan sambutan Krismas. Bagaimanapun, reaksi kasar terhadap sambutan ini masih kekal di Massachusetts walaupun selepas undang-undang larangan itu dimansuhkan. Contohnya pada tahun 1686, Gabenor Massachussetts yang baru dilantik Sir Edmund Andros mengetuai upacara keagamaan pada 25 Disember sambil dikawal oleh sepasukan tentera British sebagai langkah berjaga-jaga dengan protes ganas penduduk.

Sehingga abad ke-19, premis-premis perniagaan dan sekolah-sekolah terus dibuka di Massachusetts pada 25 Disember sementara gereja-gereja pula ditutup pada hari itu. Namun, semua itu berubah pada tahun 1856 apabila sambutan Krismas, Hari Kelahiran George Washington dan Hari Kemerdekaan 4 Julai akhirnya diisytiharkan sebagai cuti umum di Massachusetts.

RUJUKAN:

Klein, Christopher. (2015). When Massachusetts Banned Christmas. History. https://www.history.com/news/when-massachusetts-banned-christmas


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.