Lebih seminggu dua ini, w4b4k Covid-19 dilihat semakin mengg4n4s. Di Malaysia sahaja, pada minggu lepas mencatatkan jumlah 3 angka tiga hari berturut-turut. Walaubagaimanapun, angka yang terdapat di Malaysia dilihat kecil berbanding negara jiran, Indonesia.

Di Indonesia, saban hari negara tersebut mencatatkan pes4k1t positif 4 angka. Sudah tentu, masalah ini terletak di bahu Menteri Kesihatannya, Terawan Agus Putranto. Ada satu wawancara yang diaturkan oleh sebuah produksi, Mata Najwa untuk menemuramah beliau.

Terawan Agus Putranto

Berkali-kali surat jemputan sudah dihantar, namun pihak kementerian tidak mengendahkan jemputan itu. Lantas, pihak produksi mendapat idea baru. Mereka bertindak untuk “menemuramah” sebuah kerusi kosong.

Rancangan Mata Najwa edisi ‘Menanti Terawan‘ itu tetap diteruskan, malah dilaporkan meraih lebih tiga juta tontonan.

Pada sesi pembukaan temu bual itu, Najwa dengan nada sinis mengatakan betapa menteri kesihatan Indonesia itu seorang menteri yang rendah diri dan tidak menonjol di khalayak umum dalam menangani pandemik Covid-19.

Mengapa menghilang pak, anda enggan sekali muncul di depan umum memberikan penjelasan selama pandemik. Rasanya menteri kesihatan yang paling low profile di seluruh dunia selama wabak ini hanya menteri kesihatan dari Indonesia”.

“Atau kehadiran menteri kesihatan di depan umum anda rasa tidak terlalu penting”?” tanya Najwa ketika mewawancara kerusi tanpa tetamu itu.

Najwa turut menyatakan bahawa Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkali-kali menegur Menteri Kesihatan itu tentang prestasinya.

Najwa kemudian menambah dan mencabar Menteri Kesihatan itu untuk melepaskan jawatan disebabkan kegagalannya menguruskan masalah ini.

Katanya “Pak Terawan, ada banyak menteri kesihatan yang meletak jawatan kerana penangan Covid-19, misalnya menteri kesihatan New Zealand, Poland, Brazil, Pakistan, dan Israel”.

“Pertanyaan saya pak, apakah cara kita menangani lebih baik daripada negara-negara yang menteri kesihatanya berundur itu?

“Bukan hanya desakan melalui presiden, tetapi umum meminta kebesaran hati anda untuk berundur. Siap mundur pak?”

“Atau bagaimana boleh menyakinkan rakyat anda masih layak menduduki posisi yang berat itu?” Soalnya sambil menegaskan bersedia untuk berdepan dengan menteri itu bila-bila masa sahaja.”

Sesiapa yang hendak menonton program ini di atas talian, boleh rujuk pautan di bawah.

RUJUKAN:

https://nasional.kompas.com/read/2020/09/29/15514661/saat-najwa-berbincang-dengan-terawan-yang-sebenarnya-tidak-ada?page=all

https://www.youtube.com/results?search_query=%23MataNajwaMenantiTerawan

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.