Melalui satu siaran radio Gyokuon-hōsō, pada 14 Ogos 1945, maka Jepun mengumumkan yang Empayar Jepun telah mengaku kalah dan menyerah kepada Pakatan Bersekutu.

Jadi waktu itu Malaya dan beberapa wilayah Asia Tenggara yang lain yang sebelum itu diduduki Jepun, terbiar tergantung tanpa sebarang pemerintah.

Lalu, pada waktu itu juga lah, Malayan Peoples’ Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dikenali sebagai Bintang Tiga keluar dari kedudukan mereka di hutan melakukan keganasan dan kezaliman.

Era Perang Dunia Kedua, Bintang Tiga ini mendapat bantuan latihan dan senjata dari British bagi melancarkan perang gerilla ke atas Jepun.

Selepas Jepun kalah, Bintang Tiga ini keluar membinasakan penduduk kampung yang didakwa bekerjasama dengan Jepun.

Kebinasaan yang mereka lakukan memang sama sekali maha zalim.

Mangsa diseksa dengan begitu kejam sekali sebelum mati derita dek penyeksaan yang dilakukan.

Kawasan di sekitar Batu Pahat, Muar, Parit Sulong, Benut, Rengit, dan Sri Medan antara yang menjadi sasaran Bintang Tiga.

Pihak Bintang Tiga menubuhkan ‘Mahkamah Rakya’ kononnya membicarakan para penduduk kampung yang bekerjasama dengan Jepun.

Kalau mahu tahu apa makna ‘maha zalim’, maka soroti lah kaedah-kaedah Bintang Tiga pada waktu itu. Sudah lah menyeksa dengan begitu kejam, hasil pertanian juga dirampas, cukai atau wang perlindungan diperas dari penduduk kampung, umat Islam turut dilarang mengerjakan ibadah, anak-anak dara dan wanita diculik dan dirogol, para imam dan agamawan dibunuh sama sekali.

Imbau-imbau kisah kekejaman Israel ata puak Serb di Bosnia, maka bolehlah diperihalkan betapa Bintang Tiga juga begitu.

Ia menjadi satu ‘barah’ perkauman. Bibit-bibitnya mula kelihatan.

Sifirnya begini.

Bintang Tiga majoritinya orang-orang Cina. Jepun takluk Malaya, dan yang paling menerima kesan kezaliman Jepun adalah orang-orang Cina. Ada satu tempat berhampiran sempadan Pahang dan Negeri Sembilan, hampir 200 orang-orang Cina di kawasan itu dibunuh kejam oleh Jepun.

Ia dendam lama antara orang Cina-Jepun sejak Perang Sino-Japan lagi.

Orang-orang Melayu pula rata-rata dilayan tidak lah sekejam layanan pada orang Cina.

Jepun tahu, untuk meraih untung hasil dari pendudukan mereka di Malaya, mereka perlu bekerjasama rapat dengan orang-orang Melayu. Ramai juga penduduk tempatan diberi jawatan untuk melancarkan pentadbiran Jepun di Malaya. Institusi Beraja dan pentadbiran peringkat penghulu dan ketua kampung dikekalkan.

Bintang Tiga lihat dari konteks berbeza.

Mereka rasa ia satu pengkhianatan.

Walhal situasi yang memaksa begitu.

Ekonomi sangat merudum. Barang makanan terhad dan mahal.

Perang pula sedang melanda. Dahulu diperintah British kemudian Jepun datang. Kuasa pun tiada.

Bagi teruskan kelangsungan hidup, bilmakna terpaksa menurut apa jua acuan sang pemerintah.

‘Makan ubi kayu lah jawabnya’.

Maka, selepas Bintang Tiga keluar melakukan kezaliman, para penduduk kampung sepakat untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama mereka.

Timbullah nama-nama seperti Kiyai Salleh, Penghulu Abdul Hamid, Encik Hamid Dollah, yang begitu masyhur menentang kezaliman Bintang Tiga.

Ayat Empat, Selempang Merah, parang terbang, itu antara latar cerita kisah kehebatan Kiyai Salleh.

Pernah suatu masa, kuncu-kuncu Bintang Tiga berlindung di bangunan Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat kerana takut diserang oleh penduduk kampung. Hanya apabila Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato Onn Jaafar campur tangan, baharu lah kekacauan dileraikan. Bangunan tersebut masih wujud di tengah-tengah Pekan Batu Pahat, terletak di Jalan Rahmat, dan setiap orang-orang lama daerah itu yang melalui kawasan itu pasti akan sebut ;

“di sini lah Bintang Tiga menyorok ketakutan”.

Penduduk kampung bangkit bukan kerana menyebelahi Jepun atau menuntut British supaya hadir semula ke Malaya.

Hanya satu sebab – mempertahankan keluarga, anak isteri, agama dan bangsa dari kekejaman.

Naluri manusia, terutamanya orang Islam cintakan kedamaian.

Tak suka pada kekejaman, kezaliman, keganasan. Lumrah kemanusiaan.

Sabar ada batas.
Dendam jangan berbekas.

Info foto : Suasana sewaktu para tentera Jepun menyerahkan pedang Samurai mereka tanda menyerah kalah, di suatu tempat di Kuala Lumpur. Divisyen Ke-25 India, batallion Tentera British mengawal selia upacara penyerahan pedang tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply