Seekor harimau Malaya betina berusia empat tahun bernama Nadia merupakan haiwan pertama yang dijangkiti Covid-19 yang dibawa oleh penghidap manusia. Kejadian ini berlaku di Zoo Bronx membabitkan seorang penjaga zoo yang tidak menunjukkan simptom Covid-19 dengan keputuan ujian disahkan Perkhidmatan Makmal Veterinari Kebangsaan di Iowa.

Selain Nadia, enam lagi haiwan kucing besar turut disyaki positif Covid-19 membabitkan adik Nadia, Azul, dua harimau Amur dan tiga singa Afrika. Nadia mula menunjukkan simptom Covid-19 termasuk batuk kering pada lewat bulan lepas.

Menurut ketua doktor haiwan zoo Paul Calle, kes ini merupakan kes pertama di mana penghidap Covid-19 boleh menjangkitkan penyakit itu kepada haiwan dan ia jatuh sakit. Penemuan tersebut akan dikongsi dengan zoo-zoo dan institusi-institusi yang mengkaji bagaimana penyakit wabak itu boleh berjangkit.

Keenam-enam ekor haiwan kucing besar dijangka akan pulih sepenuhnya. Menurut pihak zoo, walaupun keenam-enam ekor mengalami sedikit penurunan selera makan tetapi secara keseluruhannya, enam ekor haiwan zoo itu berada dalam keadaan baik.

Pihak zoo menambah mereka tidak tahu bagaimana virus berkembang dalam spesis haiwan seperti harimau dan singa memandangkan setiap spesis hidupan memberi reaksi berbeza terhadap jangkitan baru. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, semua haiwan yang dijangkiti akan diletakkan di bawah pemerhatian rapat.

Ketika ini, empat zoo yang diletakkan di bawah pengurusan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar termasuk Zoo Bronx ditutup kepada orang awam sejak 16 Mac lepas. Berikutan kes jangkitan Covid-19 membabitkan Nadia dan lima haiwan zoo berkenaan, pendekatan baru bakal diambil untuk melindungi para penjaga haiwan dan haiwan zoo berkenaan.

Kes jangkitan Covid-19 membabitkan manusia kepada haiwan dianggap jarang berlaku dan sukar difahami oleh komuniti saintifik. Bagaimanapun, wujud beberapa kes haiwan peliharaan dijangkiti Covid-19 oleh tuan mereka seperti satu kes di Hong Kong.

Walaupun tiada bukti yang menunjukkan anjing atau kucing boleh menjangkiti manusia, pakar-pakar hidupan liar memberi amaran wabak sebegini boleh memberi kesan negatif kepada haiwan liar yang hampir dengan manusia seperti gorila, orang utan dan cimpanzi.

Justeru, ramai menggesa lebih banyak tindakan diambil bagi melindungi spesis haiwan ini daripada ancaman Covid-19.

RUJUKAN:

BBC News. Coronavirus: Tiger at Bronx Zoo tests positive for Covid-19. https://www.bbc.com/news/world-us-canada-52177586


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.