Semua maklum dengan situasi pandemik Covid-19, masjid dan surau di seluruh dunia termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terpaksa ditutup kepada orang ramai dan semua bentuk perkumpulan ramai tidak dibenarkan. Ini mengakibatkan umat Islam tidak dapat melakukan banyak perkara di masjid dan surau termasuk berbuka puasa beramai-ramai dan solat tarawih berjemaah pada bulan Ramadan.

Tetapi di sesetengah negara di mana umat Islam merupakan minoriti, ada wilayah yang membenarkan umat Islam melaungkan azan Maghrib bagi menandakan waktu berbuka puasa. Misalnya, Majlis Bandaraya Mississauga di Ontario meluluskan resolusi menggantung undang-undang kawalan bunyi pada 29 April lepas.

Dengan kelulusan resolusi ini, ini membolehkan masjid-masjid melaungkan azan Maghrib. Resolusi ini bersifat sementara dan hanya berkuatkuasa sepanjang Ramadan serta ditetapkan beberapa syarat:

  1. Laungan azan hanya dibuat sekali sehari pada waktu petang.
  2. Waktu maksimum yang dibenarkan untuk azan ialah lima minit.
  3. Ia bukanlah panggilan untuk memanggil umat Islam berkumpul melakukan solat berjemaah.

Sejak itu, beberapa lagi bandaraya Kanada seperti Toronto, Hamilton, Windsor, Brampton, Ottawa dan Edmonton membuat resolusi sama. Manakala Masjid Dar Al-Hijrah di Minneapolis, Amerika Syarikat telah mendapat permit kebenaran untuk melaungkan azan.

Azan dari Masjid Madinah Dan Fourth, Toronto:

Azan dari Masjid Dar Al-Hijrah, Minneapolis:

Tetapi ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Bandaraya Mississauga yang disifatkan boleh mencetuskan trauma dalam kalangan veteran-veteran tentera Kanada yang pernah berkhidmat di Timur Tengah. Ada pula yang mengganggap resolusi tersebut bertentangan dengan perlembagaan Kanada dan menggalakkan kegiatan radikal di negara itu.

Namun, bagi Hassan Ahmed, bekas penduduk Riyadh yang kini menetap di Mississauga percaya laungan azan itu seharusnya tidak mengganggu warga Kanada yang lain. Hassan yang selalunya hadir di Masjid Al-Falah dan Masjid Muslim Neighbour Nexis menyifatkan bunyi loceng gereja yang dimainkan tidak mengganggu dirinya dan tidak mencabuli haknya sebagai seorang Muslim.

Tambahnya, “Wujud rasa kebersamaan dan hubungan komuniti yang diberi oleh masjid. Dengan perlaksanaan aspek penjarakan sosial di tempat di mana Muslim tidak dapat pergi, ia sedikit sebanyak merupakan langkah kecil mengisi kekosongan itu.” Hassan turut mengingatkan mereka ia bersifat sementara dan tidak mengganggu urusan seharian penduduk.

Bagi Kanwal Saya pula, Muslim bertumpu di masjid pada bulan Ramadan bukan saja untuk beribadat. Malah, mereka hadir untuk menuntut ilmu, diskusi, aktiviti berbuka puasa dan aktiviti bersama kanak-kanak. Kanwal yang pernah menetap di Riyadh dan Dubai sebelum ini banyak menghadiri program-program di Islamic Society of North America di Mississauga.

Baginya, laungan azan yang dibuat di masjid-masjid dilihat membangkitkan semangat bulan Ramadan dalam kalangan umat Islam lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik Covid-19.

Semua maklum reputasi Kanada yang mengalu-alukan dan menerima kehadiran migran terutama pelarian. Dan berdasarkan bancian di wilayah Ontario pada tahun 2016, suku daripada populasinya merupakan golongan minoriti.

Ada yang bimbang menerusi resolusi membenarkan laungan azan ini, ia bakal membangkitkan sentimen Islamophobia tatkala pandemik Covid-19 terus membadai negara-negara dunia. Tetapi bagi Hassan, dia menyifatkan rakyat Kanada amat sensitif dengan kepelbagaian budaya populasinya dan prejudis Islamophobia dilihat tidak akan menggugat mereka secara keseluruhan.

Di sesetengah negara Eropah, laungan azan dibuat sebagai tanda solidariti umat Islam dalam menghadapi Covid-19. Di Jerman, lebih 50 masjid yang dikelola kumpulan Turki-Muslim DITIB dan IGMG, sebuah organisasi Muslim-Turki terbesar di Jerman melaungkan azan melalui pembesar suara.

Menurut Fahrettin Alptekin, seorang wakil DITIB di Essen memberitahu laungan azan di Jerman menerusi pembesar suara jarang dibenarkan kecuali sebagai petanda keraian istimewa seperti Aidilfitri dan Ramadan.

Manakala di Belanda, laungan azan melalui speaker dibuat secara meluas sebagai tanda solidariti umat Islam bersama Belanda mendepani Covid-19.

RUJUKAN:

Lodi, Hafsa. (2020). Call to prayer ruling in Canada causes controversy. Arab News. https://www.arabnews.com/node/1671251/world

Kazanci, Handan. (2020). COVID-19: Call to prayer gesture in heart of Europe. Anadolu Agency. https://www.aa.com.tr/en/latest-on-coronavirus-outbreak/covid-19-call-to-prayer-gesture-in-heart-of-europe/1791809


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.