Semua maklum era pemerintahan N4z1 Jerman merupakan satu era gelap kepada Jerman terutama semasa P3rang Dunia Kedua. Tetapi tidak ramai tahu kemunculan rejim ini banyak dibantu oleh polisi-polisi perkauman yang wujud di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ya, Uncle Sam ialah model agenda perkauman N4z1 Jerman!

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, Amerika merupakan pemimpin dalam soal penggubalan undang-undang berasaskan kaum. Ini bagi memastikan agenda nasionalis orang kulit putih/Caucasia yang menjadi sebahagian daripada konsesus politik ketika itu terpelihara.

Pada tempoh itu, Kongres meluluskan undang-undang yang membenarkan imigran yang datang dari negara-negara Eropah Utara tetapi menolak kehadiran imigran-imigran Asia, Yahudi dan Itali yang dianggap tiada nilai. Sementara di negeri-negeri selatan pula, undang-undang Jim Crow terus menjadi hantu kepada kelompok minoriti dan memberi kelebihan kepada orang Caucasia.

Contoh paling senang, kahwin campur. Daripada 48 negeri, 30 negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang menghalang pasangan berlainan kaum berkahwin. Ini bukan saja membabitkan pasangan Caucasia-orang kulit hitam tetapi juga membabitkan orang Caucasia-etnik Asia.

Jika ada yang tetap berkeras melakukannya, bersiap sedialah ditahan polis kerana memperjuangkan cinta. Jika anda melakukan perkahwinan campur di Maryland misalnya, anda boleh berdepan prospek dipenjarakan selama 10 tahun.

Dan semua undang-undang Jim Crow ini menjadikan semua warga minoriti tanpa mengira orang Asia, Latin, kulit hitam dan orang asli Amerika sebagai warga kelas kedua. Dan usah terkejut sekiranya ada warga Amerika bukan kulit putih dinafikan hak untuk mengundi terutama jika mereka berstatus banduan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Semua perkara ini menambat hati geng-geng perkauman Eropah termasuk pemimpin N4z1 Jerman sendiri, 4d0lf H1tl3r. Dalam memoirnya bertajuk M3in K4mpf, H1tl3r menggelar Amerika sebagai sebuah negara yang membuat kemajuan besar dalam membentuk orde masyarakat yang diidamkannya.

Jika ada rasa nak termuntah, baca ini pula. Pada tahun 1935, sebuah buku parti yang bertajuk Buku Panduan Undang-undang dan Perundangan Sosialis Kebangsaan mengisytiharkan Amerika Syarikat telah mencapai pengiktirafan asas yang diperlukan bagi membentuk sebuah negara satu kaum.

Pihak rejim juga turut mengagumi cara Washington menakluk bahagian baratnya seperti didedahkan dalam pujian H1tl3r pada tahun 1928. Beliau memuji mereka kerana berjaya men3mbak jutaan Redskins kepada beberapa ratus ribu dalam perjalanan membentuk empayar mereka. Pendek kata, perkauman menjadikan Amerika itu hebat dan ramai seolah-olah bersetuju dengan pandangan ini.

Tetapi di sebalik kekaguman mereka terhadap Amerika, rejim N4z1 menolak amalan demokrasi dan pendekatan egalitarianisme yang dibawa mereka. Mereka melihat amalan kahwin campur masih wujud di mana sekiranya ia diteruskan, ia bakal membawa kepada kehancuran negara berkenaan. Paling penting, AS tidak mempunyai undang-undang khusus mensasarkan sasaran mereka: orang Yahudi.

Namun, itu tidak menghalang mereka menjadikan ia sebagai model kepada Undang-Undang Nuremberg yang digubal tidak lama selepas mereka berkuasa. Undang-undang perkauman paling jelik pada abad ke-20 mengikut semua bentuk undang-undang perkauman AS termasuk mengharamkan perkahwinan campur dan menjadikan orang Yahudi warga kelas kedua.

Matlamat Undang-undang Nuremberg mudah saja: menjadikan Jerman terlalu sukar dan gila untuk didiami sekaligus mendorong mereka berhijrah ke luar negara. Inilah bentuk N4z1sme pada tahun 30-an sebelum kegilaan Pelan Terakhir direncanakan semasa WWII: menjadikan Jerman hanya wujud untuk orang kulit putih sahaja.

RUJUKAN:

Whitman, James. (2017). Why the Nazis Loved America. https://time.com/4703586/nazis-america-race-law/

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.