Orang yang mengatakan Melayu bangsa pemalas hanyalah disebabkan kejahilan akibat tidak mengkaji budaya dan tamadun Melayu secara mendalam. Tidak perlu melihat pada banyak perkara, cukup hanya melihat pada ilmu dan budaya pelayaran Melayu, maka kita akan mendapati orang-orang Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan pintar.

Orang-orang Melayu dulu telah mereka cipta ratusan jenis perahu. Setiap jenis perahu itu memiliki fungsi dan kelebihannya tersendiri. Jong, pinis, bedar, pencalang, lancang, kura-kura, kolek dan sebagainya adalah sebahagian dari ratusan jenis-jenis perahu Melayu.

Jika ingin meredah ombak yang kuat dan tinggi, perahu jenis jukung akan digunakan. Perahu ini bawahnya bulat dan ada kayu pengimbang di kedua-dua belah perahu. Sekuat mana pun ombak yang diredah, perahu ini tidak akan terbalik. Ia boleh diibaratkan seperti kenderaan 4×4.

Jika ingin belayar jauh dengan lebih laju, perahu jenis lancaran yang akan digunakan. Perahu ini dibina ringan, bersaiz sederhana tetapi memiliki kemudahan dan kemampuan untuk membawa layar yang besar.

Jika ingin berperang, perahu jenis penjajap akan digunakan. Perahu ini dibuat ringan, bersaiz sederhana, mudah ditempatkan lela atau rentaka, mampu membawa sejumlah tentera dan miliki banyak tempat pengayuh. Ia juga dibina mudah untuk menyerang dan berundur.

Jika ingin menangkap ikan atau mencandat sotong, perahu jenis sekoci yang sesuai digunakan. Ia perahu yang baik untuk kekal pegun di atas air.

Jika ingin bermudik di sungai atau saliran yang kecil dan sempit, kebiasaannya akan digunakan perahu jenis jalor. Perahu ini tirus dan ringkas. Dibina dari sebatang kayu.

Jika ingin meredah air yang tenang seperti tasik dan tepian sungai tetapi permukaan airnya penuh dengan tumbuhan seperti kiambang, maka perahu jenis biduk lah yang paling sesuai digunakan. Perahu ini bawahnya tajam seumpama pisau yang membolehkannya membelah tumbuhan berangkai di atas air.

Maka dengan itu wujudlah peribahasa “Biduk lalu kiambang bertaut”

Dari sini jelas membuktikan dua perkara iaitu yang pertama adalah pintar. Nenek moyang kita dulu mengkaji dan melakukan eksperimen. Tanpa kajian mustahil begitu banyak jenis perahu yang tercipta dengan fungsi yang tertentu.

Kedua, Melayu adalah bangsa yang rajin. Mereka meneroka segenap penjuru bumi. Ratusan jenis perahu itu jelas menggambarkan kepelbagaian dan padatnya aktiviti mereka.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.