Jepun pada 1940an memang mende.rita. Mereka te.was dalam Pe.rang Dunia Kedua. Lebih tiga juta rakyatnya kehilangan nyawa. Ekonomi melemah. Dua bandar besar juga mus.nah. Ikut mus.nah adalah laluan-laluan gerabak. Sebagai akibat, agihan makanan jadi terjejas. Kebu.luran pun makin meluas.

Dianggarkan, daripada 1.74 juta kema.tian ten.tera sepanjang 1941-1945, sejuta daripadanya adalah akibat kebu.luran. Ini baru kor.ban dalam kalangan ten.tera. Belum lagi angka dari rakyat biasa. Sebab itu, pada tempoh tersebut, ramai bayi baru lahir dibiarkan mening.gal tanpa dibesarkan. Paling lazim, mereka ditinggalkan sahaja di hospital sejurus dilahirkan.

Dalam banyak-banyak kes yang timbul, ada satu nama yang muncul. Itulah dia, Miyuki Ishikawa – seorang bidan pakar. Miyuki dilahirkan di bandar Kinitomi pada 1897. Menurut satu sumber, masa mudanya tidak begitu menyenangkan. Dia selalu kebu.luran. Dia juga kerap menjadi bahan bela.sa.han. Ini lantas diambil sebagai alasan mengapa Miyuki di usia dewasa menjadi begitu kurang belas kasihan, sehingga sanggup melakukan ratusan pembu.nuhan.

Namun, dalam perkara ini sebenarnya ada sedikit keraguan – atau mungkin persoalan. Yakni, apakah dia kebu.luran kerana kemiskinan atau itu juga satu bentuk pende.raan (dia sengaja tidak diberi makan)? Kalau kerana kemiskinan, ia sedikit menghairankan.

Sebab, Miyuki berpeluang menghabiskan pengajian dalam jurusan perbidanan di Universiti Tokyo. Untuk warga Jepun – khususnya wanita – sebelum tahun 1945, hanya golongan berada sahaja mampu memperoleh hal demikian. Justeru, ini secara tidak langsung mengisyaratkan yang Miyuki datang dari keluarga yang berkemampuan.

Kalau sebab pende.raan, ia memang masuk akal. Lihat sahaja perkahwinan Miyuki. Ia adalah aturan keluarga. Dia dipasangkan dengan seorang duda anak satu yang bekerja sebagai anggota Kempeitai. Tambahan, perkahwinan mereka berdua tidak dikurniakan zuriat. Ia gara-gara Miyuki pernah melakukan histerektomi. Yakni, pembedahan membuang rahim – satu perkara yang menuding kepada kesan pende.raan.

Apapun halnya, usai menamatkan pengajian, Miyuki tidak duduk diam di rumah. Dia mendapat kerja sebagai bidan di Kotobuki San’in (Hospital Bersalin Kotobuki). Beberapa tempoh kemudian, dia mendaki jawatan sebagai ketua pengarah. Saat inilah namanya diingati sejarah.

Penang.kapan Miyuki

Sepanjang 1940an, jumlah kelahiran yang dikendalikannya memang ramai. Namun, Hospital Kotobuki bukanlah rumah kebajikan. Tanpa biaya dan dana yang mencukupi, keperluan anak-anak ini memang tidak dapat dipenuhi. Kebanyakan ibu bapa pula bersikap lepas tangan. Sejurus sahaja beranak, bayi tadi ditinggalkan. Semua gara-gara kemiskinan. Lantas, Miyuki pun umpama diperkudakan.

Kalau ikut tindakan normal, situasi sebegitu biasanya diketengahkan dan dihebahkan. Lebih-lebih lagi, jika yang menghadapinya adalah individu berpengaruh seperti Miyuki. Bukan sedikit pertubuhan yang disertai dan diwakilinya. Dengan bantuan ramai, dana yang diperlukan mungkin boleh didapatkan.

Tetapi, Miyuki memilih jalan lain. Kekangan kewangan mengubahnya menjadi syai.tan (memang dia digelar demon midwife). Dalam banyak-banyak pilihan, Miyuki memutuskan untuk membiarkan bayi-bayi di hospitalnya kelaparan dan tidak diuruskan – sampailah mening.gal. Bagi Miyuki, itu lebih baik berbanding membenarkan mereka membesar dalam dunia yang penuh kemiskinan dan keseng.saraan.

Idea ini turut disuntik kepada ibu bapa yang menggunakan khidmatnya. Yakni, lebih baik bayar padanya sedikit (konon sebagai biaya penjagaan) berbanding menanggung beban berpanjangan (belanja membesarkan anak tadi hingga dewasa). Itu kan jauh lebih murah, kata Miyuki dan suaminya.

Justeru dengan cara itu, Miyuki mengutip serba-sedikit keuntungan bagi membina kekayaan. Kegiatannya itu turut melibatkan seorang lagi doktor lain, bernama Shiro Nakayama. Dengan bantuan Shiro, Miyuki dapat mengeluarkan sijil kema.tian palsu. Ini penting bagi mengaburi pihak berkuasa dan menyembunyikan kegiatan celakanya.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tersembam ke tanah jua. Tanggal 12 Januari 1948, pekung Miyuki dibuka. Segalanya bermula apabila dua orang pegawai polis dari Balai Polis Waseda menjumpai jasad lima bayi yang tertanam di tempat sama. Kecurigaan bertambah apabila hasil bedah siasat mendapati kelima-lima mereka mening.gal dunia bukan atas sebab alami. Yakni, ada yang mendalangi.

Belum pun beberapa hari, jumpaan baru dibuat lagi. Kali ini, polis menemukan jasad 40 orang bayi di rumah Miyuki dan 30 yang lain di perkarangan sebuah kuil. Kesemuanya berkongsi punca kema.tian yang sama dengan lima bayi pertama. Lantas pada 15 haribulan, Miyuki dan dua rakan subahatnya diber.kas. Sepanjang tempoh mereka disoal siasat dan dibicarakan, polis menemukan sejumlah 103-169 ma.yat bayi – semuanya dikaitkan sebagai mang.sa Miyuki.

Keratan akhbar yang melaporkan tentang perbicaraan kes Miyuki

Ketika dibicarakan, Miyuki membela diri dengan menyalahkan ibu bapa mangsa. Katanya, mereka lebih bersalah kerana meninggalkan bayi yang dilahirkan. Tambahan, undang-undang Jepun ketika itu memang kurang memperuntukkan perlindungan buat bayi. Ini justeru diambil kesempatan oleh Miyuki dan peguamnya.

Sokongan massa juga berpihak kepadanya. Tidak jelas mengapa. Tapi, ini tidak menghairankan. Sebab sepanjang kegiatannya, Miyuki bukanlah sepenuhnya bersendirian. Selain dua rakan subahat, dia juga ada kakitangan. Malangnya, tidak seorang pun kakitangan ini membuat laporan. Mereka sekadar mendiamkan atau meletak jawatan.

Kesudahannya, dengan segala keadaan memihak Miyuki, dia hanya dijatuhi hukuman pen.jara lapan tahun. Dua rakan subahatnya pula – suami dan Shiro – dipen.jara empat tahun. Namun, rayuan mereka diluluskan. Tempoh pemen.jaraan dikurangkan menjadi empat tahun dan dua tahun. Memang sama sekali tidak masuk akal bagi jena.yah yang sedemikain fatal.

Selepas dibebaskan, Miyuki hilang tanpa bekas. Namun sehingga hari ini, kesan jenayahnya masih dirasai. Ia mendorong kerajaan untuk meminda akta yang membenarkan kandungan digu.gurkan. Sebelum itu, ia diharamkan. Sebab itu, kes pengabaian anak seperti dalam kisah Miyuki ini berlaku.

Namun pada 13 Julai 1948 – hampir enam bulan selepas Miyuki ditangkap – Akta Perlindungan Ibu digubal sekali gus membolehkan penggu.guran kandungan atas sebab kewangan dilakukan, bermula tahun 1949.

RUJUKAN:

Harrington, Luke T. (2021, 28 April). Detail You Should Know About Serial (ditapiskan) Miyuki Ishikawa. Grunge.

Giacomazzo, Bernadette. (2021, 29 September). The Disturbing Story of the Demon Midwife Who (ditapiskan) 1940s Tokyo. All That Interesting.

Kageyama, Ben. (2020, 31 December). Why Miyuki (ditapiskan) a Hundred Infants. History of Yesterday.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.