Terdapat dua teori yang manganjurkan susun atur sistem suria kita berdasarkan cerapan dan kajian matematika cendekiawan dalam bidang astronomi, yakni geocentrism dan heliocentrism.

Geocentrism mulai disebut oleh Ptolemy, ahli falsafah Greek yang menyatakan Bumi adalah pusat cakerawala dan segala jasad samawi beredar mengelilinginya.

Ia bukan sahaja dipetik oleh Ptolemy malah turut disebut dalam ketamadunan purba.

Namun ia hanya bersandar pada pemerhatian umum pergerakan jasad samawi merentasi langit. Apa yang berlaku sebenarnya?

Apparent motion of the sun (atau celestial object) merupakan satu pergerakan yang memperlihatkan yang matahari, bulan dan bintang seolah-olah beredar mengelilingi Bumi. Apparent motion inilah yang dijadikan sandaran pendokong geosentris sebagai bukti Bumi merupakan pusat cakerawala, walhal ia adalah sebaliknya.

Dalam ilmu navigasi, kami diajar cara memegunkan bumi bagi menentukan kedudukan berdasarkan cerapan keatas jasad samawi. Namun untuk memegunkan bumi, seseorang perlu memahami dinamik dan rukun navigasi yang asas yakni kitaran bumi mengelilingi sistem suria serta edaran bumi pada orbitnya yang senantiasa mengubah kedudukan jasad samawi dan matahari sepanjang tahun. Bagi menentukan kedudukan dibumi, jasad samawi dianggap wujud dalam satu sfera samawi (atau celestial sphere) dengan bumi sebagai pusatnya. Ini khusus untuk tujuan pengiraan matematik dan bukan bersifat model sistem suria.

Bagi menerangkan heliocentrism, seseorang mestilah memahami model geocentric angkasaraya. Kita tahu matahari terbit di timur dan terbenam dibarat. Ia adalah fenomena harian dan berlaku sepanjang tahun. Tetapi tidak ramai yang sedar bahawa kitaran terbit dan terbenam matahari ini tidak tetap dan ia berubah sepanjang tahun. Jika anda seorang yang cermat dengan pemerhatian terbit dan terbenam matahari, anda akan perasan yang terdapat perbezaan dari segi arah terbit matahari dari timur dan terbenamnya di barat. Perbezaan ini sangat ketara di hemisfera utara dan selatan yang mengalami 4 perubahan musim yang berbeza disebabkan satah Bumi yang condong pada sudut 23 darjah.

Pemerhati di hemisfera utara dan hemisfera selatan akan mengalami 3 azimuth terbit dan terbenam matahari, dimana terbit dan terbenam matahari benar-benar di timur dan barat berlaku ketika ekuinoks, peralihan sebanyak 20 darjah dari timur/barat pada bulan Julai ketika solstis musim panas dan pengurangan sebanyak 20 darjah dari timur/barat ketika solstis musim dingin.

Satah altitud matahari ketika meridian passage juga berbeza mengikut musimnya, dimana pada pergerakan matahari ketika musim dingin lebih rendah dilangit berbanding di musim panas yang kelihatan lebih tinggi, dan ini turut secara tidak langsung memberikan kesan kepada pendek dan panjangnya siang pada musim tersebut.

Fenomena ini walaubagaimanapun tidak berlaku di kawasan khatulistiwa hingga garisan sartan dan garisan jadi yang mana ia menerima sinaran mentari dan jumlah siang dan malam yang sekata. Kita tahu ketika musim dingin hemisfera utara menjauhi dari Matahari, malam nya panjang, malah kawasan artik, sub artik dan tundra mengalami malam yang sangat panjang, yakni selama 6 bulan tanpa adanya siang bilamana hemisfera utara mengalami musim dingin.

Pautan yang saya berikan adalah video time lapse terbit dan terbenam matahari di hemisfera utara, hampir dengan kawasan tundra di waktu musim dingin. Anda akan dapati yang matahari terbit dan terbenam pada aras rendah. Jika benar matahari itu mengelilingi bumi maka mengapa ia tidak terbit dan terbenam seperti ia sepatutnya mengelilingi bumi?

Saya kepil kan satu lagi video dalam bentuk time lapse, kali ini dimusim panas di kawasan Artik yang mana selama 6 bulan berturut turut matahari tidak pernah terbenam. Jika mengikut model geocentric maka nya matahari itu beredar mengelilingi Bumi, nah bagaimana pula dengan ini. Matahari menari nari di langit dalam kitaran yang tetap sepanjang 6 bulan.

Perkara sama berlaku apabila hemisfera selatan mengalami musim dingin, bilamana matahari tidak terbit, tidak pun melintasi garisan ufuk sepanjang 6 bulan.

Dalam video timelapse yang diambil di Davis Station, Antartika ini jelas memperlihatkan keadaan dimana langit ketika malamnya dan bagaimana matahari tidak terbit, malah hanya menyinar dibawah ufuk.

Maka adalah jelas geocentrism dan tuduhan bumi tidak berputar pada paksinya amat dangkal kerana bukti alami jelas menunjukkan sebaliknya.

Jadi amat dangkal jika kita terlalu taksub membuta pada heliocentrism atau geocentrism semata-mata tanpa memahami apakah sebenarnya yang berlaku di alam semesta kita ciptaan Tuhan ini.

Sebenarnya bagi memahami mekanisme fizik orbital planetary, kita perlu faham dahulu dua rukun utama fizik yang digariskan oleh Newton dan Kepler dengan menambah pembuktian matematik yg dibuat oleh Lagrange,. Kedua dua rukun mekanik ini merupakan asas kepada membuktikan sifat bumi yang berputar pada paksi sambil mengelilingi matahari, dimana wujudnya daya-daya tertentu yang saling berkait rapat dan bertindak balas antara satu sama lain.

Newton dalam rukun yang ditulis didalam Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica menyebut berkenaan pergerakan yakni hukum pergerakan yg tiga dan kemudian hukum gravitasi universal. Didalam hukum gravitasi universal ia menyebut :

“Newton’s law of universal gravitation states that any two bodies in the universe attract each other with a force that is directly proportional to the product of their masses and inversely proportional to the square of the distance between them.”

Ini merupakan pengukuhan dan perincian kepada hukum yang di utaran oleh Kepler dengan hukum Kepler’s laws of planetary motion yang menyatakan 3 perkara yakni :

1.The orbit of a planet is an ellipse with the Sun at one of the two foci.

2.A line segment joining a planet and the Sun sweeps out equal areas during equal intervals of time.

3.The square of the orbital period of a planet is proportional to the cube of the semi-major axis of its orbit.

Hukum Newton merupakan pembuktian heliocentric model yang mana ia diperhalusi kemudiannya oleh ahli matematik terkemuka dalam pengiraan mekanik jasad samawi seperti yang dikemukakan oleh Lagrange yang menyentuh dan menyelesaikan secara matematik berkenaan permasalahan astronomi, terutama mengenai perkara berkaitan orbit seperti :

3 body problem yang menjadi asas kepada Lagrangian Point,

tarikan ellipsoids,

kestabilan orbit planetari,

pergerakan pada titik titik orbit planetary

kertas kerja mengenai penentuan orbit komet.

Dalam memahami mengenai perkara peredaran Bumi mengelilingi matahari, dan putaran Bumi pada paksi nya kita perlu mengetahui asas utama yakni Bumi ini berputar dari barat ke timur. Kita perlu juga memahami apakah asas yang menjadikan Bumi ini berbentuk spheriod, bukan mendatar.

Dalam ilmu navigasi, penentu kedudukan berdasarkan cerapan jasad samawi memerlukan pelaut mengaplikasikan model geocentric untuk tujuan pengiraan matematik. Jika di bumi kita mengetahui kedudukan kita berdasarkan garis lintang dan garis bujur (latitude dan longitude), maka bagi mengetahui garisan lintang dan garisan bujur ini dengan teknik-teknik seperti pengamatan jasad berdasarkan metode Marc St Hilaire (Intercept Method), Meridian Passage, Latitude by Meridian Altitude dan Longitude by Chronometer, ia memerlukan pemahaman tentang celestial sphere.

Model celestial sphere ini seperti yang saya nyatakan memerlukan pemerhati meletakkan bumi sebagai center, dengan pemerhati merujuk kedudukan beliau berdiri sebagai observer meridian. Di waktu malam di tengah lautan anda akan dapat melihat dengan jelas yang langit kelihatan seperti berbentuk hemisfera dan seolah-olah ia sedang mengelilingi bumi. Namun ia hanyalah apparent motion of celestial heaven.

Didalam celestial sphere ini, titik rujukan bagi mencerap bintang bagi tujuan menentukan kedudukan dibumi adalah First Point of Aries. Titik ini adalah titik pertemuan ecliptic yang mewakili edaran matahari secara apparent dengan celestial equator dalam celestial sphere yang mana berlakunya titik ini menandakan ekuinoks. Ini adalah sebahagian dari sistem koordinat samawi yang digunakan oleh pelayar dari dahulu hingga kini yang mana dalam menentukan kedudukan satu satu jasad samawi dan berhubungan dengan permukaan bumi, titik ini perlu diambil kira bagi mendapatkan sudut sebenar jasad tersebut.

Metode ini memudahkan cerapan dan penentuan kedudukan namun ia tidak membuktikan yang bumi ini pegun kerana setiap tahun, waktu terbit dan terbenam jasad jasad samawi ini berbeza dan tidak tetap sama seperti waktu terbit dan terbenam matahari dan waktu terbit dan terbenamnya bulan dan planet yg telah di hitung setiap tahun dengan tepat dan diterbitkan dalam bentuk almanac utk kegunaan panduarah.

Konsep yg sama diaplikasikan dalam metode navigasi moden yg menggunakan satelit dengan perbezaan, pemerhat tidak lagi menggunakan alatan cerapan seperti sextant tetapi kini bergantung kepada transmisi frekuensi satelit yang mencongak halaju dan masa transmisi bagi mendapatkan altitud dan jarak satelit dan penerimanya. Jadi bagi menyerupai satelit ini seperti berada tetap diangkasa, ia perlu ditempatkan diorbit geostationary, dan dikumpulkan dalam gugusan sama seperti buruj.

Jika anda memerhatikan konsol GPS anda, anda akan dapati dihemisfera anda berdiri terdapat kelompok satelit yang memancarkan transmisinya, dan ia perlu berada diatas ufuk bagi menetapkan fix yg merupakan kombinasi lebih dari 3 circle of position.

Metode ini telah digunakan oleh pelayar sebelum era moden, cuma mereka mengaplikasikan bintang diwaktu malam dan menggabungkan cerapan kedudukan tersebut dengan cerapan kedudukan matahari di waktu siang. Model celestial sphere yg kelihatan bersifat geocentric itu tidak bersifat membuktikan bumi sebagai pegun dan merupakan pusat cakerawala tetapi merupakan perspektif dalam memudahkan congakan.
Hakikatnya angkasa raya itu tidak beredar tetapi bumi yang berputar pada paksinya.

Apparent motion ini sama seperti bilamana anda berada didalam tren yg bergerak tetapi anda melihat keluar jendela seolah-olah dunia sekeliling yg bergerak walhal anda yg sebenarnya bergerak bersama-sama tren.

Kerana peredaran Bumi pada orbitnya juga mewujudkan jujukan najam yang berbeza-beza setiap bulan. Di hemisfera utara dan selatan, buruj-buruj dalam zodiak yang 12 dan juga buruj-buruj utama melainkan buruj equatorial sentiasa berubah-ubah kedudukannya dari satu bulan ke bulan yang lain.

Aplikasi ini diterapkan oleh ahli astronomi untuk menempatkan satelit secara statik sama seperti bintang dan ini melahirkan sistem penentu kedudukan buatan yg kini dikenali sebagai GPS NAVSTAR dan GLONASS.

Malahan satelit komunikasi seperti Inmarsat dan Iridium serta satelit Measat juga ditempatkan pada orbit geo synchronous (GEO) yg mana untuk kekal dilangit satu-satu kawasan ia perlu bersama-sama bergerak pada kelajuan bumi berputar. Ia amat berbeza pada aplikasi satelit tentera seperti KH11 atau stesen angkasa ISS yg mana ia terletak di orbit rendah bumi (Low Earth Orbit-LEO) yang mana ia mengorbit bumi pada kelajuan berbeza, maka ia dapat dilihat di satu kawasan ke kawasan lain pada satu satu masa.

Ada yang cuba menidakkan usul Bumi yang berputar dan beredar dengan mengatakan jika sekiranya Bumi benar berputar maka pesawat tidak akan dapat terbang dari barat ke timur, atau pesawat di timur tidak perlu menggunakan jentera turbo fan nya untuk tiba ke destinasi di barat karena ia hanya perlu pegun dan menunggu Bumi untuk berputar baginya.

Ini adalah pemahaman fizik yang salah dan dangkal. Perlu saya nyatakan rukun pertama pergerakan yg dinyatakan Newton menerangkan :

Lex I: Corpus omne perseverare in statu suo quiescendi vel movendi uniformiter in directum, nisi quatenus a viribus impressis cogitur statum illum mutare.

Yang membawa maksud, sesuatu objek yang bergerak dengan apa isi yang ada didalamnya akan tetap bergerak, manakala sesuatu objek yang pegun dengan segala isinya akan tetap pegun, melainkan ada satu daya lauran yang bertindak keatasnya.

Analogi mudah, adakah anda kekal pegun disatu tempat bilamana kenderaan yg anda naiki bergerak?

Tentu tidak kerana anda bergerak bersamanya melainkan anda akan pegun bilamana kenderaan anda dihentam satu daya luar yang bertinda keatas kenderaan anda sebagai contoh anda dilanggar atau melanggar sesuatu yg menyebabkan pergerakan anda terganggu. Katakan anda dilanggar tren sebagai contoh.

Ambil juga contoh anda menjatuh kan bola bilamana anda berdiri pegun dipermukaan bumi. Anda akan mendapati bola jatuh pada satu garisan lurus dan tidak melencong.

Hujah ini digunakan pendokong bumi pegun sebagai bukti namun hakikatnya bola yg anda jatuhkan ketika anda pegun, dan bola yang anda jatuhkan ketika anda bergerak dengan satu satu kelajuan, sebagai contoh anda sedang berada didalam tren yg berkelajuan 300km/j tetap jatuh dalam satah menegak. Anggap tren sebagai bumi yg sedang berputar dan bergerak. Adakah anda mendapati bola yg anda jatuhkan didalam tren tersebut melencong mengikut arah pergerakan tren bergerak.

Tidak. Ia tidak berlaku dengan cara sedemikian. Malah anda bisa berjalan mahupun berlari kerana secara relatif nya anda bergerak pada kelajuan 300km/j. Sepatutnya anda mampu untuk berada dihujung tren ke hujang satu lagi tanpa berjalan tetapi ini tidak berlaku.

Keadaan ini sama seperti halnya pada bumi yang sedang berputar. Ia adalah persepsi manusia terhadap alam semesta.

Dalam sistem cuaca Bumi, pergerakan angin selain dipengaruhi kewujudan sistem tekanan udara rendah dan sistem tekanan udara tinggi, pergerakannya turut dipengaruhi putaran Bumi.

Ini jelas berlaku bilamana sistem tekanan udara ini mempunyai arah pergerakan umum yang berbeza mengikut hemisfera bumi. Misalnya, sistem tekanan udara rendah di hemisfera selatan menggerakkan udara mengikut arah jam dan perkara sebaliknya berlaku di hemisfera utara, manakala sistem tekanan tinggi udara di hemisfera selatan pula menggerakkan udara pada arah lawan jam.

Arah pergerakan angin ini pula akan melencong apabila melintasi garisan khatulistiwa, akibat bilamana ia mulai menjauhi sistem tekanan udara kesan dari pressure gradient dimana daya sistem tekanan udara semakin berkurang apabila ia menjauhi dan ini menyebabkan kesan Coriolis mempengaruhi pergerakan udara tersebut dan melencongkan ia.

Ini dapat dilihat pada sistem ribut tropika, seperti hurikan dan taufan yg mana trek pergerakan ribut ini seringkali berbentuk parabolik.

Ini merupakan kesan dari putaran bumi pada paksinya. Jika sekiranya bumi ini pegun, maka ribut tropika dan sistem angin akan hanya bergerak dalam trek garis lurus dari kutub ke kutub, dan ia tidak akan melencong kearah kawasan polar bergantung kepada dimana hemisfera terjadinya ribut tersebut.

Angin tidak wujud secara tiba tiba dan datang dari mana-mana arah. Ia telah ditetapkan yg pada waktu-waktu tertentu ia akan bergerak pada haluan umum dan sistem angin ini terbahagi kepada 5 kawasan yang mana pergerakannya berkait rapat dengan sistem tekanan udara panas dan sistem tekanan udara sejuk. Sistem pergerakan angin global ini lah yang mempengaruhi keadaan cuaca tempatan satu satu kawasan dan bukannya angin itu wujud kerana bumi ini pegun.

Manusia di bumi melihat seolah-olah Bumi ini pegun dan segala jasad samawi beredar mengelilinginya namun dengan teknologi sains yg wujud dimasa kini serta pembuktian melalui kaedah matematik yang diusulkan Laplace, Lagrange, Newton dan Kepler serta diperhalusi oleh Hawking, Einstein dan diperkukuhkan oleh cerapan yang dibuat ahli astronomi seperti dari era Herschel hinggalah Subrahmanyan Chandrasekhar terhadap alam semesta.

Ini diperkukuhkan lagi oleh ayat-ayat suci Al Quran yg tersirat maknanya tetapi telah jelas dari dahulu membenarkan kekuasaan Allah, dan kajian sains angkasa lepas telah banyak membuktikan kebenaran Al Quran.

Lihat sahaja contoh :

quote

Let me show here how the Qur’an does mention the earth spining around its axis and that it revolves around the sun, and that the sun itself moves in its own orbit.

First:

039.005 خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأجَلٍ مُسَمًّى أَلا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

039.005 Khalaqa a(l)ssam[a]w[a]ti wa(a)l-ar[d]a bi(a)l[h]aqqi yukawwiru allayla AAal[a] a(l)nnah[a]ri wayukawwiru a(l)nnah[a]ra AAal[a] allayliwasakhkhara a(l)shshamsa wa(a)lqamara kullun yajree li-ajalin musamman al[a] huwa alAAazeezu alghaff[a]r(u)
In verse 39.005 above, Allah says Yukawwir (to move in a ball motion, to cause revolve in a circular motion) the night around the day and the day around the night. This is a clear indication of a round earth.

The second thing to notice is this: a(l)shshamsa wa(a)lqamara kullun yajree.And he made the sun and moon Yajree (Run) for a specfic term.

This is an indication to another Orbit which the sun follows, in other words the sun is in its own orbit too.

The additional point is that it mentions TWO types of Orbits. A tight orbit refered to by Yukawwir (to revolve/wrap) and Yajree (to run in a circuit).

Hence 30.005 gives us a spinning day/night in a tight orbit and a sun that runs around a larger ciruit. But some would say this does not say wether the revolving earth is rotating around the sun or wether it is the sun that is rotating around the earth (7th century misconept).

unquote

dan contoh ini

quote
091.001 وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
091.001 Wa(al)shshamsi wa[d]u[ha]h[a]
________________________________________
091.002 وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا
091.002 Wa(a)lqamari i[tha] tal[a]h[a]
________________________________________
091.003 وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاهَا
By the Day as it shows up (the Sun’s) glory;
091.003 Wa(al)nnah[a]ri i[tha] jall[a]h[a]
________________________________________
091.004 وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا

By the Night as it conceals it;

091.004 Wa(a)llayli i[tha] yaghsh[a]h[a]

Verses 3 and 4 say that the Day reveals the Sun and the Night hides it (not the other way round where the sun reveals the day and hides the night) cleary indicating that it is not the sun that is revovling but the earth system that is revolving. The sun is relatively stationary while the spin of the earth is that which hides and reveals the sun and causes the night and day.

Dan contoh ini :

025.045 أَلَمْ تَرَ إِلَى رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلا
025.045 Alam tara il[a] rabbika kayfa madda a(l){thth}illa walaw sh[a]a lajaAAalahu s[a]kinan thumma jaAAaln[a] a(l)shshamsa AAalayhi daleel[a](n)

Do you not see how your Lord stretched/elongated/prolonged the Shadow, Had he so willed he would have made it stationary and we made the sun its guide/indicator.
If the earth wasn’t (a) Round and (b) spinning around its axis, the shadow would not have been elongated/retracted due to the suns effect.

Just incase you might think the sun it is revolving around the eath, the verse says ‘and he made the sun a guide/indicator to it’. Meaning the sun guides the orbit of the earth not the other way round.
Without part 1 (the shadow effect) of the verse you could have argued that the earth revolves around the sun but the earth is not spinning.

Without part 2 of the verse (the underscored part) you could have argued that the earth IS revolving around the sun but is not spinning on its axis.

The two together give the complete and accurate account which no 7th century person would have known.
unquote

Dan akhir sekali yang ini :

Just incase anyone is in doubt as to wether the Sun is in an orbit of its own and wether that orbit is circular or not.

036.040 لا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
036.040 L[a] a(l)shshamsu yanbaghee lah[a] an tudrika alqamara wal[a] allaylu s[a]biqu a(l)nnah[a]ri wakullun fee falakin yasba[h]oon(a)

The word in red is al shshams (The sun) the words in blue say and each (including the sun) swims (asba[h]oon) in its own circular orbit (falak).

Swims inplies a large orbit and falak (which describes that orbit) implies a round or circular circuit

dipetik dari laman
http://www.ummah.com/forum/showthread.php…

Petikan petikan dari Al Quran ini sebenarnya memerlukan tafsiran yg trampil yakni dari segi pengkajian teliti alam semesta dan juga pemahaman mendalam mengenai ayat suci Al Quran dan bukan diambil secara literal.

Mengakhiri artikel ini saya memetik kata kata berikut:

——————————————————————–

To an observer in space;
The earth orbits the sun.
The moon orbits the earth.
The earth revolves once on it’s axis every 24 hours.
To an observer on the earth;
The moon orbits the earth.
The sun orbits the earth.
According to Relativity
The sun dents space/time fabric and the earth follows the circular contours thereof.
The earth dents space/time fabric and the moon follows the contours thereof.

The Quran is the highly revered Islamic holy text believed to be revealed via Gabriel to the prophet Mohammed, which, it is believed, has remained unchanged and is faultless as the revealed word of God ever since.

It’s all rather a matter of perspective, what an irony, hence the inability of debators to reach a mutually satisfactory conclusion on the matter.
——————————————————————————————————-
Jadi apa yang terjadi sebenarnya hanyalah perspektif. Kita melihat sesuatu pada permukaan menyebabkan perspektif kita terbatas. Maka untuk meluaskan lagi perspektif kita terhadap alam , kita perlu menyelami ilmu pengetahuan. Ugama dan ilmu pengetahuan bergerak seiring. Ia tidak bersifat sekular dan Islam amat menghargai Ilmu pengetahuan kerana ia adalah salah satu cara mengkagumi kebesaran Tuhan.

Kita sepatutnya menjadi ummah yang tidak takut pada sains. Ia menjadikan kita lebih taqwa kepada tuhan kerna kita menjadi lebih faham akan dinamik dan mekanik alam semesta. Dengan mengetahui kebesaran Tuhan ini dapat pada masa sama kita meneguhkan keimanan.

Ugama bukan hanya bersandar pada kitab semata-mata tetapi juga pada keberhasilan akal untuk berfikir dan merungkai kebesaran tuhan. Ia tidak jumud. Namun manusia yg menjumudkan ugama. Kita melihat hari ini bagaimana orang-orang ugama cuba menjumudkan ugama, mirip bagaimana paderi Kristian cuba mengatakan ilmu pengetahuan itu seperti sihir.

FJ

link-link untuk pembacaan lanjut bagi melengkapkan pemahaman berkenaan artikel

http://earthobservatory.nasa.gov/Features/OrbitsHistory/page2.php

http://www.esa.int/Our_Activities/Space_Science/What_are_Lagrange_points

http://www.haydenplanetarium.org/tyson/read/2002/04/01/the-five-points-of-lagrange/

https://zakirnaikqa.wordpress.com/tag/earth-rotates-around-sun-in-quran/

http://astro.wsu.edu/worthey/astro/html/lec-celestial-sph.html

video menerangkan mekanik berkenaan Hukum Kepler

video menerangkan hukum Newton berkenaan graviti universal

laman web yang menerangkan subjek fizik
http://earlhaig.ca/departments/science/physicsreview.php


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Comments are closed.