Isra Mikraj disambut umat Islam dengan bermacam-macam cara. Ada yang buat perarakan siap berpedang dan ada yang memeriahkan ceramah perdana. Ia termasuk sebagian mukjizat Rasulullah yang wajib dipercayai serta tersebut dalam Al-Quran.

Isra Mikraj sangat monumental dengan ayat suci yang mengabadikan peristiwa tersebut:

بسُبْحَٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Isra’ ayat 1)

Sebenarnya, kalimat “Maha Suci Allah” dan “Masjid Al-Aqsa” cukup signifikan bagi ulama’ Tafsir. Lebih-lebih bila terdapat dalam satu ayat yang sama. Mengucapkan “subhanallah” tidak sebatas zikir sahaja, bahkan makna yang lebih jitu ialah ketulenan tauhid. Apatah lagi pembuktian daripada garis sejarah menunjukkan, Masjid Al-Aqsa tak pernah merdeka daripada cengkaman Kaum Yahudi atau Tentera Salib kecuali dibebaskan oleh Kerajaan yang berakidah Ahlul Sunnah wal Jamaah. Ya, yang saya maksudkan ialah Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi yang tidak lari daripada aliran Asyairah wal Maturidiah.

Kerajaan berakidah Wahabi, Syiah, Muktazilah atau Khawarij juga tak pernah membebaskan Baitulmaqdis. Apatah lagi Ayah Pin atau Ismail Kassim. Bahkan salah sebuah akidah sesat pernah mengkhianati Umat Islam. Misalnya tindakan Arab Saudi yang menjunjung Wahabi, telah menikam dari belakang Khilafah Turki Uthmaniah yang mempertahankan Palestin bermati-matian.

Akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah telah wujud seawal Rasulullah menyampaikan wahyu kepada ummah. Sahabat Nabi, Ibnu Abbas menafsirkan sepotong ayat Al-Quran:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌۭ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌۭ ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَٰنِكُمْ فَذُوقُوا۟ ٱلْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu”.

Ibnu Abbas mentakwil, “muka (orang-orang) menjadi putih berseri” sebagai golongan Ahlul Sunnah wal Jamaah. Imam Zahabi pula merujuk Ahlul Sunnah wal Jamaah sebagai aliran Asyairah wal Maturidiah.


Masjid Al-Aqsa dibebaskan oleh Khulafa’ Rashidun, Saidina Umar Al-Khattab pada 638 M. Khilafah Ayyubiah, Sultan Salahuddin Al-Ayubi membebaskannya sekali lagi pada 1171 M setelah ditawan musuh dalam Perang Salib. Jikalau kita amati ijtihad dan tindakan dua pemimpin agung ini, pasti mencerminkan feqh, akidah dan tasawuf Ahlul Sunnah wal Jamaah.

Ahlul Sunnah wal Jamaah alirah Asyairah wal Maturidiah, tidak mudah menyesat-nyesatkan semua perkara yang baharu. Sebagai contoh, kebanyakan ulama’ Asyairah bartaklid kepada mazhab Syafie atau Maliki. Dalam kaedah fiqh Imam Muhammad bin Idris al-Syafie, dia membahagikan makna bidaah kepada dua: Bidaah hasanah dan Bidaah dholalah.

Bidaah hasanah sebenarnya sunnah yang baik untuk dipelopori manakala perkataan bidaah di situ hanya pada lafaz sahaja. Ia seerti dengan hadis Nabi: “Barang siapa melakukan Sunnah yang baik dalam Islam, maka selain memperoleh pahala bagi dirinya, juga mendapat tambahan pahala dari orang yang mengamalkan sesudahnya, dengan tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka.” (HR Muslim).

Bidaah dholalah pula adalah perkara baru yang menyesatkan sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis: “Setiap yang baharu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke neraka” (HR Abu Daud). Lafaz “setiap” di situ tidaklah bermaksud semua, tetapi “kebanyakan”. Gaya bahasa sebegini turut terdapat dalam Al-Quran.

Saidina Umar Al-Khattab adalah di antara orang yang memujuk Saidina Abu Bakar Al-Siddiq agar membukukan Al-Quran. Menariknya, dialog mereka berdua boleh dijadikan iktibar. Abu Bakar siap tanya, “Macam mana aku nak buat sesuatu yang Rasulullah tak pernah buat?” Umar lantas berhujah agar Kitab Suci tersebut tidak lenyap bersama syuhada’ huffaz. Setelah diyakinkan, bermulalah projek penyusunan mushaf Al-Quran sehinggalah sampai ke tangan kita. Kalaulah sahabat anggap semua yang Nabi tak buat itu sesat, mungkin kita pun tak dapat pegang mushaf sekarang.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.



Umar Al-Khattab juga pernah memuji sebuah bidaah. Zaman Rasulullah, solat taraweh didirikan sendiri-sendiri. Sehinggalah tiba zaman Umar, dia mengumpulkan orang Islam di Masjid untuk Solat Taraweh berjemaah dengan diimamkan oleh Ubai bin Ka‘ab. Apabila melihat Solat Taraweh berjemaah yang tak pernah dilakukan Nabi namun dilaksanakan di zamannya ini, Umar gembira: “Sebaik-baik bid‘ah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).”

Sultan Salahuddin Al-Ayubi pula berjasa dalam mengukuhkan akidah Asyairah dalam kerajaannya. Sebelum ini, Khilafah Fatimiah mendominasi Afrika Utara, Mesir dan Syam dengan berakidah Syiah Ismailiah. Dia membersihkan Universiti Al-Azhar Syarif daripada pengaruh selain Ahlul Sunnah wal Jamaah. Tidak seperti di Malaysia yang membiarkan penganut akidah sesat menjadi pensyarah, Salahuddin Al-Ayubi menyaring tenaga pengajar dan penuntut ilmu agar berakidah Asyaari.

Dia mewajibkan anak-anak yang menjadi pelapis bangsa, agar mengaji risalah Hadaiq al-Fusul wa Jawahir al-Usul yang berisi prinsip akidah Asyairah. Risalah ini begitu popular di zamannya sampai dipanggil “Akidah Salahiyyah” iaitu Akidah Salahuddin Al-Ayyubi. Bahkan ia turut disebarkan dari menara masjid-masjid menjelang waktu subuh. Imam Quthbuddin Mas`ud al-Naisaburi menyusun kitab akidah untuk Salahuddin Al-Ayubi. Imam Fakhruddin al-Razi pula menyusun Asas al-Taqdis untuk adinda Sultan tersebut.

Ummah tidak akan menang, kecuali dengan iktikad Ahlul Sunnah wal Jamaah aliran Asyairah wal Maturidiah. Saladin yang berakidah Asyairah membuka Palestin manakala Mehmet Al-Fateh yang berakidah Maturidiah membuka Constantinople. Jika kita benar-benar menghayati pesanan pertama daripada Surah Al-Isra’, insyaallah kesatuan Umat Islam daripada Sawadul A’zam yang dijanjikan Nabi, akan terpenuhi lantas membebaskan Masjid Al-Aqsa tidak lama lagi!


Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply