Dalam artikel lepas, kami ada bercerita sedikit pasal dakwaan yang menyatakan Ratu Elizabeth adalah keturunan Nabi Muhammad (SAW). Ada yang bersetuju dengan artikel tersebut sambil menyatakan sedikit sebanyak tentang teori keturunan Firaun.

Maka kali ini, kami bercerita pasal teori ini pula. Pada dasarnya, teori ini berteraskan konspirasi untuk memberi persepsi buruk terhadap Ratu Elizabeth.

Masih ramai dalam kalangan orang Melayu yang menyangka bahawa Firaun hanyalah seorang, yakni penguasa ketika zaman Nabi Musa (as).

Sekadar makluman, Firaun adalah pangkat dipegang 170 raja yang berbangsa Qibti di Mesir Purba (ketika zaman kejatuhan, darjat Firaun dipegang bangsa selain Qibti).

Jadi sekarang semua boleh nampak naratif persepsi negatif. Katanya seorang ratu moden adalah keturunan golongan penguasa dalam kelompok 170 raja ini. Persoalan sekarang adalah, firaun mana?

Al-Qur’an tidak menyatakan nama Firaun zaman Nabi Musa (as). Para sarjana berpendapat firaun ini adalah Ramses II, yang walau bagaimanapun sudah µzµr teruk sebelum pergi buat selamanya (Townsend, 2021).

Ramses II mempunyai tujuh isteri rasmi dan lebih daripada 100 orang anak. Jumlah yang begitu ramai ini mengingatkan pasal Genghis Khan. Baginda mempunyai enam isteri rasmi dan lebih daripada 500 gµηdik.

Pasangan-pasangan ini beranak pinak. Anak cucu pun beranak pinak, sampai hari ini lebih daripada 16 juta orang adalah keturunan baginda (Mayell, 2003).

Sekarang bayangkan – Genghis Khan hidup 800+ tahun lalu. Dan 16 juta orang disahkan keturunan baginda. Ramses II dianggarkan hidup 3,200 tahun lalu. Maksudnya, sesiapa saja boleh menjadi keturunan Ramses II.

Bukan setakat Ratu Elizabeth sahaja. Kalau tidak percaya, cuba tengok ujian DNA yang menganalisis bahan genetik Firaun Tutankhamun. Selesai proses data, saintis cuba tengok siapa berkongsi genetik baginda.

Rupa-rupanya 70 peratus rakyat British berkongsi DNA sama (Baghdijan, 2011). Tutankhamun mαηgkαt tanpa seorang anak, bermakna baginda dan 70 peratus rakyat British ini mempunyai “common ancestor” (moyang sama), barangkali seseorang yang menetap di Kaukasia sekitar 9,500 tahun lalu.

Raja Tutankhamun (digital reconstruction).

Sekarang fikir balik – seorang anak Kaukasia beranak pinak. Keturunan beliau berkahwin dengan salasilah yang melahirkan Akhenaten dan Tutankhamun.

Contoh ini sudah cukup untuk memahami logik “keturunan firaun” terhadap Ratu Elizabeth II. Sesiapa sahaja boleh menjadi keturunan firaun.

Ada yang menyatakan bahawa baginda adalah keturunan Cleopatra, seorang permaisuri Mesir Purba yang memainkan peranan dalam kebangkitan Empayar Rom.

Cleopatra melahirkan empat orang anak. Tiga orang jalan dulu sebelum mencapai usia 18 tahun. Anak bongsu siap pergi barangkali sebelum berumur 8 tahun pun.

Hanya anak perempuan iaitu Cleopatra Selene II sahaja hidup sampai 35 tahun, dengan dua orang anak iaitu Ptolemy dan Drusila. Dan salasilah dua anak ini tidak pergi jauh pun, dengan catatan terhenti tidak lama kemudian.

Sebelum mengakhiri artikel, ada satu benda yang perlu diceritakan. Cleopatra adalah permaisuri daripada dinasi berbeza untuk dibandingkan dengan firaun-firaun besar yang terdahulu.

Cleopatra berasal daripada Dinasti Ptolemaic, yang berkuasa selepas Dinasti Argead. Sebelum dua kelompok penguasa ini, ada 31 dinasti yang berbeza antara satu sama lain. Ramses II adalah firaun ketiga dalam Dinasti ke-19. Tutankhamun pula adalah firaun terakhir dalam Dinasti ke-18.

Jadi kalau ingin memburukkan Ratu Elizabeth, tidak perlu tarik sampai Firaun atau Namrud. Petik saja daripada William the Coηqµeror. Anak William iaitu Stephen dari Blois turun berperαηg sampai ke Jerusalem. Cuma cakap “keturunan Stephen!” mana ada feel.

RUJUKAN:

Baghdijan, A. (2011, Ogos 2). Half of European men share King Tut’s DNA. Reuters.

Mayell, H. (2003, Februari 14). Genghis Khan a Prolific Lover, DNA data implies. National Geographic.

Townsend, J. (2021). Mummy Mania Facts & Jokes. The Salariya Book Company. Halaman 56.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.