Pejam celik, 34 tahun sudah berlalu sejak Yasser Arafat membuat perisytiharan kemerdekaan. Namun Palestin masih lagi berfungsi bagaikan “negara dalam negara”, sekalipun diiktiraf 139 buah negara.

Status kemerdekaan hanyalah impian, belum lagi sebuah realiti. Jadi Palestin terpaksa memohon bantuan antarabangsa untuk melicinkan proses pentadbiran dan kerenah birokrasi.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Nasib dan hala tuju Palestin sebenarnya menjadi pergolakan antara Dunia Arab dan Dunia Barat. Amerika Syarikat sentiasa dilihat sebagai “abang besar” dalam perkara-perkara Timur Tengah.

Mana tidaknya – sebarang rundingan perdamaian dan kemerdekaan Palestin mesti kena ada Amerika Syarikat… daripada zaman Jimmy Carter (1977-1981) lagi.

Dari Kiri: Menachem Begin, Jimmy Carter dan Anwar Sadat

Amerika Syarikat mengumum hasratnya untuk menubuhkan sebuah kerajaan dan masyarakat Palestin yang “selamat, bebas, demokratik dan stabil”.

Hasrat ini mesti tercapai melalui rundingan supaya segala konflik berakhir. Jadi objektif Amerika Syarikat sentiasa menghala ke arah Solusi Dua Negara.

Pihak Washington, D.C., lebih terlibat dalam pengurusan Palestin selepas tahun 1993. Semua tahu tahun keramat tersebut, iaitu apabila kerajaan Palestin menandatangani Perjanjian Oslo.

Bayi yang lahir pada hari tersebut sudah beranak-pinak.

Sejak hari itu, kerajaan Amerika Syarikat sentiasa meluluskan dana bantuan untuk diguna kerajaan Palestin. Sehingga tahun 2021, sebanyak AS$7.6 bilion sudah dikirim – dana untuk membangunkan ekonomi dan mengukuhkan keselamatan (Department of State, 2021).

Jika ada lebihan, dana ini perlu dibelanja untuk tujuan kemanusiaan.

Tetapi ada pendapat mengatakan bahawa Amerika Syarikat paling banyak membantu Palestin. Sejauh manakah kebenaran ini? Takkan AS$7.6 bilion dikira “paling banyak”?

Realiti Di Sebalik Retorik

Sebenarnya bab “paling banyak” sukar untuk diulas secara adil. Ada dua sebab ketara di sebaliknya. Pertama sekali, kerajaan-kerajaan sedunia sudah tidak percaya pada kerajaan Palestin.

Pentadbiran Donald J. Trump memotong derma begitu ketara kerana kerajaan Palestin menyalurkan wang kepada “parti Gaza” (Tubbs, 2016). Kerajaan Australia siap berhenti terus atas logik sama.

Manakala negara-negara Arab pula mahu menyumbang terus kepada rakyat… tanpa menggunakan kerajaan Palestin. Mereka lebih suka berurusan dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Anak-anak Palestin belajar dalam Sekolah UNRWA.

Dan jangan terkejut – Malaysia pun dikhabarkan begitu. Kerajaan kerajaan Palestin sendiri pernah berkata, “rakyat Malaysia perlu ambil peduli dan menyoal tentang saluran derma. Kerana Masjid al-Aqsa sudah bertahun tidak menerima dana (daripada Malaysia)” (Solhi, 2020).

Jadi kerajaan Palestin sendiri berdepan dengan krisis kepercayaan. Barat pandang serong kerana “parti Gaza” terlibat sekali. Timur pandang serong kerana mempertikaikan ketelusannya.

Statistik Menurut UNRWA

Tumpuan sekarang adalah UNRWA. Inilah institusi dipercayai kerajaan-kerajaan dunia. Banyak negara lebih yakin dengan proses pengauditan PBB, untuk dibandingkan dengan kerajaan Palestin.

Saluran derma diketahui untuk tujuan apa. Kalau tengok dari segi statistik, memang Amerika Syarikat mendominasi carta sepanjang pentadbiran Barack Obama.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Ambil contoh pada tahun 2011 dan 2016. Kedua-dua tahun ini memang Amerika Syarikat di tangga teratas.

UNRWA melaporkan derma Amerika Syarikat sebanyak AS$368.4 juta pada tahun 2016… jauh meninggalkan Arab Saudi, Jerman, United Kingdom dan Sweden. Setiap tahun UNRWA merangka belanjawan yang bergantung pada Amerika Syarikat.

UNRWA jatuh ke kancah krisis semasa pentadbiran Donald Trump. Mana tidaknya – Amerika Syarikat turun takhta selepas memotong AS$360 juta. Ini memang idea menantu Trump yang menjadi Penasihat Timur Tengah Presiden (Wong, 2018).

Slender Man di belakang Trump.

UNRWA boleh menghela nafas lega selepas Trump jatuh. Kerana pentadbiran Joe Biden berkomited untuk derma seperti zaman Obama dulu.

RUJUKAN:

Department of State. (2021, Jun 11). U.S. Relations with Palestinian Territories. State.gov.

Solhi, F. (2020, Februari 19). ‘No Malaysian donations ever reached us, except from MAIS.’ The New Straits Times.

Tubbs, A. (2016, September 28). Senators introduce Taylor Force Act to cut (ditapiskan) (ditapiskan) funding. KCBD.

Wong, E. (2018, Ogos 31). U.S. to end funding to U.N. agency that helps Palestinian refugees. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply