Istilah ‘Turki’ dan ‘Turkik’ adakalanya berbeza kerana satu mewakili etnik, satu lagi mewakili bahasa, namun, bagi mengelakkan kekeliruan antara Turki Anatolia dengan Turki Asia Tengah, penulis akan menggunakan istilah Turkik bagi bahasa mahu pun bangsa Turkik kuno, Turkik dari Asia Timur mahupun Asia Tengah secara umum. Manakala bagi keturunan Turki Oghuz, penulis akan gunakan istilah Turki, Turki Oghuz, Turki Anatolia atau Turkmen.
Walau mungkin Turkik dan Mongol tiada kaitan langsung sekali pun, tetapi, mengenali dan memahami hubungan antara Turkik dan Mongol adalah amat penting dalam kita hendak menelusuri sejarah Empayar Mongol.
Orang Turkik, sama ada berasal dari selatan Siberia / Mongolia atau utara China. Ada yang mencadangkan mereka berasal dari timur Manchuria, terutamanya lembangan sungai Liao. Sementara kajian lain menunjukkan mereka berasal dari wilayah Gansu di China. Orang-orang Turkik awal, juga dikenali sebagai orang proto-Turkik, adalah masyarakat berciri Mongoloid (yang meliputi Asia Timur).
Mereka berkait rapat dengan orang Asia Timur dan Siberia moden dan kemudian membentuk Asia Tengah setelah berkembang dari timur. Mereka menggantikan tamadun Scythian, Iran Kaukasoid, dan bahkan mempengaruhi sejauh ke bahagian Eropah (Tatar, Avar, Bulgar). Ini bermakna, Orang Turkik yang asli adalah Mongoloid (Asia Timur) dan berkait rapat dengan orang Asia Timur yang lain, termasuk orang Mongol. Sebilangan besar bangsa Turkik hari ini masih membawa identiti genetik Mongoloid.
Kajian genetik terkini menyimpulkan bahawa terdapat “komponen Turkik” yang berada di setiap populasi berbahasa Turkik moden. Komponen ini dihubungkan dengan orang Asia Timur dan Siberia dan dapat ditelusuri kembali ke wilayah yang disebut “Siberia Selatan dan Mongolia”. (Warisan Genetik Pengembangan Nomad berbahasa Turkik di seluruh Eurasia).
Bukti genetik menunjukkan asal usul Turkik dari wilayah berhampiran Siberia Selatan dan Mongolia sebagai “Tanah Air Asia Dalam” etnik Turki. Beberapa pakar linguistik, seperti Juha Janhunen, Roger Blench dan Matthew Spriggs, menunjukkan bahawa Mongolia adalah tempat kelahiran bahasa Turkik kuno.
Pengarang Joo-Yup Lee dan Shuntu Kuang menganalisis penyelidikan genetik selama 10 tahun terhadap orang-orang Turkik dan mengumpulkan maklumat saintifik mengenai asal-usul orang Turkmen dan mengatakan bahawa orang-orang Turkmen abad pertengahan adalah kumpulan yang heterogen dan bahawa Turkifikasi Eurasia adalah hasil penyebaran bahasa, yang melibatkan orang Turki kuno dan kumpulan turkatif daripada penghijrahan penduduk yang homogen. Orang-orang Turki awal berasal dari Asia Timur / Dalam dan tanah kelahiran yang paling mungkin adalah Mongolia moden.
Sudut pandang linguistik yang lebih baru (sekarang juga termasuk bukti genetik dan arkeologi) menyokong wilayah di timur laut China, berdekatan tanah air Mongolia dan Tungusic dan mungkin juga dengan hubungan intensif dengan bahasa dan bangsa Koreanik dan Japonik.
Walaupun teori keluarga Altaic kebanyakannya ditolak, bahkan pengkritik terkuat mengatakan bahawa semua bahasa yang disertakan pasti saling berhubungan (secara geografi) antara satu sama lain pada zaman kuno, kemungkinan besar di Manchuria. Oleh itu, Altaic dianggap sebagai “keluarga jati”. Tetapi baru-baru ini, beberapa kajian menunjukkan bukti yang lebih kuat menyokong Altaic, yang kini secara umumnya disebut Transeurasian.
Pada tahun lepas terdapat sebuah kajian dengan bukti tambahan untuk asal-usul “Transeurasian” sebagai leluhur bagi bangsa dan bahasa Turkik di Timur Laut China, yang diterbitkan di Cambridge University. Penemuan ini memberi sokongan kepada penyebaran penduduk semasa zaman neolitik dari lembah sungai Liao. Mereka mengaitkan budaya dan bangsa proto-Turkik dengan kebudayaan Hongshan pada sekitar tahun 3000 SM.
Dengan itu, perbezaannya ialah, orang Turki atau Turkmen juga adalah kumpulan etnik Turkik, yang kebanyakannya tinggal di Anatolia (Turki) tetapi turut bertaburan di beberapa bahagian di Eropah dan Timur Tengah. Mereka adalah keturunan suku Turki Oghuz yang berpusat di Turkmenistan moden di Asia Tengah, yang menaklvk wilayah jiran dan berhijrah ke Turki moden, tetapi Azerbaijan dan beberapa bahagian lain di Timur Tengah, Balkan di Eropah dan lain-lain etnik pribumi di Anatolia telah diasimilasi oleh suku Oghuz.
Orang-orang Turki Oghuz kuno, kebanyakannya adalah pembawa identiti Mongoloid (berkaitan dengan Asia Timur), dan orang-orang Turkik di Asia Tengah, yang merupakan keturunan orang-orang Turki dan Azeri, sebahagian besarnya adalah Mongoloid, seperti kebanyakan orang-orang Turki lainnya.
Walaupun terdapat sedikit persamaan berdasarkan bahasa dan perkataan yang serupa, bahasa Turkik dan bahasa Mongolik adalah sangat berbeza.Mungkin perbezaannya boleh digambarkan dengan perbezaan di antara bahasa Melayi dengan bahasa Jawa.
Meskipun kedua-dua bahasa Turkik dan Mongol sama-sama berada di dalam keluarga bahasa Altaic, mereka tidak boleh saling memahami pertuturan antara satu sama lain. Hanya bahasa Tuvan dari kumpulan bahasa Turkik yang sahaja yang boleh saling memahami secara dua hala jika berbual dengan orang Mongol hingga tahap tertentu.
Bahasa mungkin merupakan perbezaan yang paling penting antara negara-negara serupa ini. Walau bagaimanapun, selain asas-asas bahasa seperti vokal harmoni, susunan kata dan akhiran aggulatif: bahasa Turkik dan Mongolia sering berkongsi beberapa perkataan yang serupa.
Dalam perkembangan yang lain, ada pandangan yang lebih kuat iaitu menafikan kaitan antara Turkik dan Mongol secara genetik. Di sebalik perbezaan ketara antara dua suku nomad ini, bangsa Mongol dan Turkik pernah berada di bawah satu panji-panji yang sama untuk satu jangka masa yang agak panjang. Sepanjang tempoh tersebut, Mongol dan Turkik banyak mempengaruhi antara satu sama lain dari segi budaya, bahasa dan agama.
Empayar nomad yang pertama dicatat jika menurut rekod arkib sejarah China adalah Empayar Xiongnu yang ditubuhkan pada tahun 209 SM. Ia sama seperti Empayar Mongol yang berabad kemudian di mana ia merupakan sebuah sistem pemerintahan nomad yang berbilang etnik (Turkik, Mongol, Iran, Tungusic), tetapi klan yang paling elit adalah dari kalangan suku-suku Turkik.
Teori ini menunjukkan bahawa tanah Mongolia moden pernah menjadi tanahair yang dikongsi bersama dengan suku-suku Turkik selama ribuan tahun. Sebilangan besar mercu tanda yang terdapat dalam budaya Mongol termasuklah di Mongolia dan Rusia moden hari ini dinamakan dengan perkataan yang berasal dari bahasa Turkik. Misalnya, Gunung Altai adalah perkataan Turkik untuk “emas” (altai). Tasik Khovsgol (sebutan: kubsukul) adalah istilah Turkik untuk sebuah tasik dengan air yang dalam atau jernih.
Bahkan, asal usul gelaran atau nama keluarga ‘Khan’ yang terawal dikesan dalam sejarah adalah digunakan oleh dinasti-dinasti Turkik kuno, walaupun begitu, istilah ini masih menjadi pertikaian dan tidak diketahui asal usulnya yang sebenar, bagi Mongol, mereka menganggap istilah Khan adalah sebuah perkataan pinjaman dari bahasa Ruanruan Mongol kuno.
Setelah Empayar Xiongnu dimvsnahkan oleh Dinasti Han, satu entiti politik berbentuk negara yang berasaskan pemerintahan etnik proto-Mongol telah ditubuhkan, ia dijadikan sebuah pemerintahan yang juga menurut sumber arkib sejarah China, dikenali sebagai negara Xianbei. Orang Turkik juga merupakan sebahagian dari penduduk dan struktur pemerintahan kerajaaan tersebut.
Pada abad ke-6, suku Gokturk tinggal di gunung Altai (barat Mongolia) dan berada di bawah pemerintahan negara proto-Mongol bernama Rouran (330-555). Gokturk kemudian bangkit mengalahkan tenter4 proto-Mongol pada tahun 552 dan turut menaklvk suku-suku Turkik yang lain. Sebaik saja mereka berjaya menaklvki Asia Tengah, mereka menubuhkan sebuah empayar yang dipercayai sebagai empayar Turkik yang terawal pernah dikesan dalam sejarah iaitu Kekhaganan Gokturk (555-745). Gokturk adalah perkataan gabungan dari perkataan Turkik “Kok Turuk” yang bermaksud “Turkik yang pertama”.
Kaum Gokturk kebanyakannya memiliki ciri-ciri fizikal Mongoloid walaupun klan pemerintah Kekhaganan Gokturk adalah berasal dari klan Ashina yang memiliki ciri-ciri Kaukasia. Pada masa itu wilayah di Asia Tengah dipenuhi dengan orang-orang Iran Kaukasia. Suku-suku Gokturk dipercayai telah bercampur gaul dengan mereka. Namun tiada bukti kukuh yang menyokong teori ini.
Kaum Uighur kemudian memulakan pember0ntakan dan menubuhkan negara Kekhaganan Uighur (745-840). Orang Uighur merupakan rumpun langsung dari bangsa Turkik. Jadi, secara teorinya, bangsa Mongol telah berada di bawah pemerintahan Turkik (555-845) selama tiga abad. Namun, perlu diingatkan bahawa entiti bernama bangsa Mongol masih belum wujud pada abad ini, mereka hanya dibezakan dengan kewujudan orang Turkik, tetapi mereka berpecah dalam pelbagai nama.
Setelah negara Uighur runtuh, dinasti Proto-Mongol yang terkenal dengan lagenda dinastinya yang menubuhkan dua kerajaan yang sama tetapi di tempat dan waktu yang berbeza, mereka dikenali sebagai bangsa Khitan, yang mengasaskan Dinasti Liao di utara China pada tahun 906.
Dibawah adalah peta wilayah barat Empayar Mongol era Genghis Khan yang bersatu pada tahun 1207. Di barat adalah 1/3 bahagian barat yang merangkumi Kekhanan Naiman, Tuvan, Kyrgyz dan lain-lain adalah suku-suku Turkik, manakala Empayar Qarakhanat yang merupakan kesinambungan daripada Empayar Qara-Khitai (Dinasti Liao Barat) adalah empayar campuran Turk-Mongol dan selebihnya adalah suku-suku Mongol.
Oleh itu, suku Mongol akhirnya mendesak suku Turkik keluar dari Mongolia pada abad ke-13. Anak lelaki Genghis khan, Ögedei Khan mempunyai seorang isteri dari suku Naiman, Khan-khan agung Empayar Mongol seperti Kublai, Hulagu, dan Möngke Khan mungkin mempunyai ibu berbangsa Turkik berikutan nama Sorghaghtani Beki yang sangat bernuansa Turkik. Malahan dia juga berasal dari Qarakhanat.
Apabila Genghis khan bangkit menyer4ng Asia Tengah, tenter4 Mongol menggantikan tenter4 mereka dengan tenter4 Turkik. Pada saat ini, keturunan Turki Oghuz, di mana salah satu cabangnya adalah suku Kayi yang mengasaskan Empayar Uthmaniyah dan beberapa suku Turkik yang lain melarikan diri dari ancaman Mongol dan membuka penempatan di Anatolia.
Memandangkan orang Mongol meninggalkan kaum wanita di Mongolia, ramai cucu cicit Genghis khan mengahwini penduduk tempatan termasuk dari suku Turkik. Kitaran ini diteruskan sehingga kemuncak hubungan bangsa Turki dan Mongol boleh dilihat semasa Kekhanan Tatar-Crimea menjadi kerajaan di bawah naungan Empayar Uthmaniyah. Di wilayah ini suku-suku Turkik tempatan jauh lebih besar daripada bangsa Mongol.
Jadi, semua ini mungkin boleh menjadi faktor mengapa sejak dahulu lagi pengaruh Turkik sangat ketara terhadap kaum nomad terutamanya semasa era Empayar Mongol (kecuali dinasti Yuan). Oleh itu, Turkik dan Mongol dianggap sebagai tidak berasal dari susur galur yang sama, bahkan memiliki asal usul keturunan yang berbeza, akan tetapi mereka saling mempengaruhi dari segi budaya, bahasa dan agama di antara satu sama lain. Sistem organisasi ketenter4an Genghis khan juga diilhamkan dari sistem Xiongnu. Dan sebahagian besar gunung dan sungai di Mongolia mempunyai nama Turkik (kecuali Mongolia timur).
Orang Turkik secara genetik terutamanya yang tinggal di Anatolia, Turki, adalah sangat jauh berbeza dengan orang Mongol. Kerana jumlah kaum Turki yang hidup secara nomad adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat sedentari yang bergantung kepada konsep agraria tempatan. Seperti yang penulis nyatakan, ketika kaum Gokturk menaklvki Asia Tengah, secara teknilalnya mereka telah bercampur dengan penduduk Kaukasia tempatan, ini sekaligus menolak klaim bahawa bangsa Turki Anatolia adalah hasil percampuran budaya antara Mongol dan Kaukasia.
Walaupun China pernah berada di bawah pemerintahan bangsa Mongol, suku campuran proto-Mongol, bangsa Jurhen/Manchu untuk tempoh yang memakan masa selama beratus-ratus tahun, namun struktur DNA kaum Cina (Han) di utara China tidak banyak terkesan. Situasi begini dianggap serupa dengan apa yang berlaku di Asia Selatan pada zaman moden, di mana setelah British memisahkan India dan Pakistan sebagai entiti berbeza agama, mereka tidak ada perbezaan langsung dari segi genetik, namun apabila Bangladesh keluar dari Pakistan, dua entiti politik yang sangat berbeza berjaya dihasilkan walaupun genetik dan DNA Pakistan-Bengal sememangnya dari awal lagi telah berbeza. Bahkan berbeza dari segi budaya dan bahasa, hanya agama saja yang menjadikan mereka ada persamaan. Namun, teori ini tetap dianggap sebagai pengasingan budaya dari satu entiti yang sama.
Seperti yang penulis nyatakan, perbezaan di antara budaya nomad dan sedentari turut memainkan peranan mencipta perbezaan budaya, manakala asimilasi barat-timur yang memiliki perbezaan genetik menghasilkan dua entiti bernama Turkik yang memiliki bahasa dan budaya yang sama tetapi berbeza dalam ciri-ciri fizikal seperti berbezanya Turki Oghuz dengan Gokturk.
Peta di bawah ini menunjukkan kerajaan Gokturk setelah perpecahan pada tahun 552. Kawasan kelabu menunjukkan kawasan On-Ok atau Gokturk barat. Kawasan putih menunjukkan kawasan Gokturk timur. Kawasan ini pada abad keenam masih lagi berstatus penaung China. Pada tahun 745, Gokturk adalah sebahagian daripada Empayar Uighur. Selepas tahun 840, Gokturk dan Uighur ditaklvki oleh suku Kyrgyz.
Amir Temur atau Timurlenk berasal dari klan Barlas yang dikuasai bangsa Mongol. Dia memiliki aspirasi yang tinggi untuk mengembalikan zaman kegemilangan Empayar Mongol walaupun dia bukan berd4rah keturunan Genghis khan, oleh itu, dia mengabsahkan kedudukannya dengan mengahwini wanita dari keturunan Genghis Khan. Namun pasukan tenter4 Amir Temur kebanyakannya terdiri daripada angkatan tenter4 Turki.
Babur, yang merupakan keturunan Amir Temur, mendirikan Empayar Mughal di Asia Selatan iaitu India. Penggunaan istilah Mughal adalah secara ketara berasal dari perkataan Mongol yang telah menjadi perkataan korup oleh lidah Arab dan Parsi, dan ia sedikit sebanyak menguatkan penjelasan bahawa Empayar Mughal adalah sisa keturunan Dinasti Timurid. Inilah salasilah Mughal-Mongol. Babur mempunyai darah keturunan Turki dan Mongol dari kedua belah pihak.
Turkik adalah istilah yang sangat meluas. Jadi, bangsa Turki itu adalah pelbagai. Antaranya, Turkik Siberia atau Yakut dan Turki Tuva, kedua-duanya hidup sebagai etnik minoriti di Rusia, seperti etnik Mongol dari suku Buryat dan Kalmyk serta yang lain di Rusia.
Dari apa yang penulis faham, dari setiap etnik-etnik ini, hanya Turkik Tuva dan Yakut merupakan etnik Turkik paling memiliki kaitan rapat dengan bangsa Mongol secara genetik dan budaya. Khususnya orang Tuva, pakaian adat etnik mereka amat serupa dengan pakaian tradisional Mongol, lalu penulis cuba membezakan bahasa mereka dengan mendengar pertuturan bahasa Tuva, kedengarannya seperti bahasa Mongolia, di mana kita mungkin dapat menangkap beberapa patah perkataan.
Kemudian ada suku Turkik nomad yang lain seperti Kazakh dan Kyrgyz, budaya mereka agak serupa dengan orang Mongol. Terdapat beberapa perbezaan besar kerana agama tetapi mereka mempunyai budaya nomad yang serupa dengan orang Mongol. Berikut adalah antara jawapan yang mungkin terbaik:
Apa persamaan budaya Kyrgyz dengan budaya Mongol?
Orang Turkik seperti Uzbek, dan Uighur sangat berbeza dengan orang Mongol, baik dari segi genetik dan budaya dan bahasa mereka, budaya mereka banyak dipengaruhi oleh tamadun Islam dan Parsi, jadi orang-orang Turkik ini tidak banyak berkongsi budaya yang sama dengan orang Mongol.
Orang-orang Turkik memeluk agama Islam pada abad ke-12-14, dan hari ini kebanyakannya masih beragama Islam, di sinilah titik permulaan perbezaan budaya dan asal usul Turkik-Momgol berlaku. Orang Mongol pula mula menganut agama Buddha pada abad ke-17 atau ke-18. Ironinya, Turkik dan Mongol pada asalnya masing-masing berkongsi satu kepercayaan agama nomadik yang sama iaitu Tengrisme. Dari segi bahasa, bahasa Mongol dan bahasa Turkik sama-sama tergolong dalam keluarga bahasa Altaic, tetapi tetap masih berbeza.
RUJUKAN:
Saunders, J. J. (March 2001). The History of the Mongol Conquests. University of Pennsylvania Press.
Janhunen, Juha (2013). Personal pronouns in Core Altaic. In Martine Irma Robbeets; Hubert Cuyckens (eds.). Shared Grammaticalization: With Special Focus on the Transeurasian Languages.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih