Kalau tengok waktu Hari Pertabalan Rama X, iaitu Raja Vajiralongkorn pada tahun 2019, ada satu bahagian upacara menunjukkan semasa golongan Istana turun mengadap baginda, mereka diwajibkan duduk berlutut serta menundukkan badan dan kepala seperti berada dalam posisi menyembah.

Vajiralongkorn – Rama X

Oleh itu, dalam budaya masyarakat Thai Buddha sememangnya wujud kepercayaan menganggap seorang Raja itu sebagai jelmaan tuhan,

Sang Raja harus melalui beberapa syarat-syarat yang lain untuk diberi pengiktirafan tertinggi, maksudnya bila bergelar seorang Raja tak selamanya baginda akan di’sembah’ atau dihormati sepanjang hayat selagi tidak menepati syarat-syarat penting, atau selagi tidak dapat dibuktikan melalui pengorbanan atau jasa-jasa baik untuk rakyat. Hal ini akan dikupas secara terperinci nanti.

Sebagai contoh, ketika Raja Bhumibol Adulyadej m-ninggal dunia pada tahun 2016, jutaan rakyat Thailand meratapi pemergian baginda selama beberapa hari bahkan memakan masa selama beberapa minggu untuk memberi ruang pada rakyat Thailand berkabung. Ini bermakna pasti ada sesuatu yang terkesan di dalam dihati rakyat Thailand, iaitu melalui jasa-jasa besar yang dibuat sepanjang hayat baginda sehinggakan rakyatnya terlalu menyanjungi baginda.

Bhumibol Adulyadej – Rama IX

Berbalik pada topik asal, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jasa-jasa baik yang boleh dijadikan contoh, perlu ‘flashback’ kembali Sejarah Thai era Raja Taksin untuk menjawab persoalan tadi.

Sejarah Taksin & Thonburi

Secara ringkas, Pada 1767 Ibu Kota Ayutthaya yang terletak dalam daerah Phra Nakhon Si Ayutthaya diser-ng secara mendadak dan kemudian Kota itu jatuh ke tangan Burma(Myanmar).

Dalam keadaan huru-hara dan tak menentu dalam Kota Ayutthaya masa tu, muncul dua orang lelaki yang bakal mengubah Sejarah Thai moden pada masa akan datang, Lelaki tersebut ialah Taksin dan Chakri.

Taksin – Dinasti Thonburi

Sukanya hendak menyentuh sedikit biografi tentang mereka berdua ini kerana mereka merupakan pemimpin terpenting pada masa itu.

Dalam hal ini, Taksin dan Chakri kedua-duanya memegang jawatan rendah dalam susunan pangkat golongan Khunnang/Bangsawan Siam zaman Kerajaan Ayutthaya.

Taksin yang bergelar Phraya pada waktu itu dilantik sebagai Gabenor di Wilayah Kamphaengphet, Wilayah itu sebenarnya tak ada kepentingan sangat dari segi sosiopolitik.

Ayah kepada Taksin merupakan seorang berbangsa Cina benama Hai-Hong, manakala ibunya merupakan gadis jelita berasal dari Tanah Siam.

Manakala Chakri pula, atau nama aslinya ialah Thongduang memegang jawatan lebih rendah daripada Taksin, iaitu sebagai wakil diraja atau luang yokkrabat di wilayah Ratburi.

Phra Phutthayotfa Chulalok Maharaj/Chakri – Dinasti Chakri

Cukup tidak diduga bagaimana dua orang pegawai Istana Ayutthaya berpangkat paling rendah ini akan mencatat Sejarah Siam di luar jangkaan.

Secara lebih ringkasnya, Taksin muncul sebagai seorang Raja baharu yang bergelar Chao Phraya Taksin yang memimpin masyarakat Siam, lalu mengasaskan Dinasti Thonburi pada 1767 selepas kehancuran Ayutthaya.

Bermula dari tahun 1768, 1770, 1772, 1773, 1774, 1775 sehingga 1777 Siam sering dilanda ser-angan Burma, malah ser-ngan itu berjaya dipatahkan dibawah pimpinan Raja Taksin.

Taksin sebagai wira bagi bangsa Siam dan baginda merupakan pemimpin yang bertanggungjawab bagi menyatupadukan kembali wilayah Siam setelah diancam Burma.

Kehebatan Taksin terletak pada kebolehan strategi per-ngnya, kerana baginda memiliki kemahiran yang mengagumkan serta berpengalaman, maka dengan itu menjadi kelebihan besar buat Siam bagi menangani ser-ngan balas malah dapat menipis dengan mudah justeru memperolehi kejayaan dalam menentang musuh tradisionalnya iaitu Burma.

Falsafah Agama dan Politik

Di dalam Phongsawadan Krung Thonburi/Sejarah Zaman Thonburi melaporkan tentang aspek terpenting yang sering ditekankan oleh Taksin.

Menurut falsafah Taksin, keruntuhan dan kegagalan empayar Ayutthaya berpunca daripada Raja-Raja terdahulu, yakni Raja memerintah Ayutthaya mengabaikan ajaran Buddha dan dan apa-apa yang berlaku akibat karma.

Taksin menunjukkan sisi baik dan sikap bertimbang rasa, tidak hairan mengapa baginda merupakan calon paling layak memegang tampuk pemerintahan.

Mengambil dari petikan dalam Phongsawadan Bahagian 66, Taksin menerangkan seperti berikut:-

“Sekiranya seseorang raja yang bertanggungjawab memelihara dan menjamin keselamatan negara tidak mentadbir mengikut undang-undang dan adat resam masyarakat dengan ubekha/ketenangan, iaitu tidak menjatuhkan hukuman yang patut kepada sesiapa yang melakukan kesalahan, atau tidak menganugerahkan sesiapa yang layak, ini akan memusnahkan negara.

Aku[Taksin] bersumpah bahawa aku tida ingin menjadikan raja dengan sebab-musabab duniawi, aku berhasrat hanya menentukan peluang kepada semua makhluk supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang tenteram dan damai serta mengikut dharma yang akan membolehkan mereka mencapai nirvana. Sekiranya sesiapa pun yang lebih layak tentutannya daripada aku untuk menanggung beban diraja ini, aku bersedia serta sanggup menyerahkan kedudukan aku kepadanya. Aku akan mengikut cara hidup pertapaan.”

Masa zaman Taksin, aspek pertama yang ditugaskan baginda adalah memulihkan kembali institusi keagamaan Buddha yang telah lama diabaikan pemerintah terdahulu. Dengan memulihkan institusi agama, kepercayaan agama yang kuat di kalangan rakyat dapat mewujudkan susana moral tertinggi demi mencapai kemakmuran.

Taksin digambarkan sebagai pemimpin yang berpegang kuat pada agama, Taksin mengasaskan tuntutan baginda kepada agama Buddha mazhab Theravada.

Dalam tuntutan berkaitan pencapaian ilmu keagamaan, Taksin menegaskan kedudukan baginda sebagai Sotapana, iaitu seorang yang telah mencapai ilmu agama peringkat tertinggi, iaitu peringkat Nirvana atau Makrifat.

Namun, Taksin mendakwa golongan sami-sami biasa berkedudukan lebih rendah daripada baginda dan perlu menyembah Taksin. Walaupun Taksin bukan sami tapi ilmu keagamaan baginda sudah mencapai peringkat arahat, Menurut ajaran Buddha, seseorang yang telah mencapai arahat memang berkedudukan lebih tinggi daripada sami-sami biasa.

Dengan itu, Apakah yang menjadikan ‘pegawai’ ini diangkat menjadi raja.?

Iaitu sifat Bun-Baramii, jasa baik dan mempunyai moral tertinggi itu yang menjadikan baginda raja yang sah dan berdaulat. Jasa baik dan moral tertinggi(Bun-Barami) ini yang meningkatkan tarafnya menjadi Raja. Calon Takhta yang berdasarkan pertalian darah tidak lagi penting.

Oleh itu, hendak menjadi raja yang dihormati dan disembah wajib memiliki sifat dan ciri-ciri di atas, Masyarakat Thai tidak ‘menyembah’ sembarangan. Buktinya berlaku pada Taksin sendiri, walaupun baginda berjaya menyatupadukan wilayah Siam, Malangnya dengan sikap fanatik dan k-jam terus menghapuskan nilai-nilai moral yang dicipta, sehingga menyebabkan huru-hara di Thonburi. Taksin dituduh kurang siuman dan digulingkan pemberontak lalu dihukum b-nuh.

RUJUKAN:

Sejarah Thai Zaman Bangkok 1767 – 1957 – Kobkua Suwannathat-Pian(Dewan Bahasa dan Pustaka)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.