Dalam banyak banyak objek suci, Peti Tabut ni yang paling dikenali oleh orang kita sebagai objek suci orang Yahudi yang kemudiannya hilang terus daripada sejarah. Tapi tu lah, ada orang kata Peti Tabut ni bawah al-Aqsa, sebab tu deme serang Plstin. Jadi, betul ke claim ni?
Sebelum tu, kita kena tahu serba sedikit dulu tentang sejarah Peti Tabut ni. Selepas Nabi Musa dapat wahyu dalam bentuk Taurat, Talmud dan 10 Hukum, baginda diperintahkan oleh Tuhan untuk dibina satu peti sebagai alat kesucian Yahudi.
Peti ini dibina dengan terperinci oleh dua orang tukang kayu Yahudi dan hasilnya wujudlah Peti Tabut ni. Dikatakan dalam peti ni juga mengandungi tablet 10 Hukum yang diberi oleh Tuhan. Tapi, yang buat peti ni terkenal bukan sebab kisah kenapa ia dibina, tapi kisah ajaib tentang peti ni.
Dikatakan dulu masa pendeta Yahudi nak usung peti ni rentas sungai, arus sungai Jordan jadi berhenti dan mereka dapat rentas dengan selamat.
Masa orang Yahudi nak berperang dengan orang Jericho, deme bawak peti ni sambil main trompet dan tak semena mena runtuh terus dinding pertahanan bandar tersebut.
Bila peti ni dirampas oleh orang Philistine, habis semua orang Philistine tu terkena penyakit dan peti tu terpaksa diberi kembali kepada orang Yahudi.
Peti tu kemudiannya disimpan dalam Kuil Sulaiman yang kemudiannya selepas beberapa ratus tahun, diserang musuh dan akhirnya runtuh.
Ada yang kata peti tu dirampas lagi, tapi masalahnya kalau dirampas mesti sumber Yahudi dah sebut dah tapi tak sebut pun. Ada yang sebut peti ni dah tersorok dekat Gunung Nebo oleh Nabi Jeremiah dan takkan dijumpai hinggalah Al-Masih muncul kembali.
Kita masih tak tahu versi yang mana betul, tapi yang datang teori Peti Tabut duduk bawah al-Aqsa ni sebab teori Kuil Sulaiman tu.
Kuil Sulaiman ni terletak di Jerusalem sebelum beberapa kali diserang dan diratakan dan dikatakan masjid al-Aqsa ni dibina atas runtuhan kuil tersebut. Tapi nak kata macam ni pun, sampai sekarang masih takde bukti bawah masjid tu ada ruang rahsia yang simpan peti ni dan sebagainya.




No comments yet