Sejak akhir-akhir ini, kita sering dimomokkan bahawa pengangkutan awam boleh menyelesaikan masalah kesesakan secara total. Katanya apabila ramai menaiki pengangkutan awam macam LRT, secara automatiknya jumlah kenderaan akan menurun. Tapi sebenarnya tanggapan itu bersifat separa benar.
Hal ini demikian kerana masalah utama rakyat Malaysia adalah mereka perlu menggunakan kenderaan untuk bergerak ke tempat kerja dan sekolah dalam masa yang sama. Sekarang ini tak semua pengangkutan awam melalui semua tempat kerja dan sekolah rakyat Malaysia. Lepas itu, ramai daripada kita yang tinggal di kawasan kurang penduduk tetapi bekerja di bandar besar. Contohnya anda tinggal di Semenyih dan kerja di Bangsar, memang susah nak naik pengangkutan awam.
Kalau begitu, kerajaan kena bina MRT ataupun LRT yang boleh menghubungkan Semenyih dan Bangsar. Tapi ada ke yang nak naik? Kita boleh tengok jaringan LRT di Palembang. Pada asalnya LRT Palembang dibina bersempena Sukan Asia dan diharap mampu menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam. Tapi hari demi hari, jumlah penumpang semakin menurun sehingga LRT Palembang mengalami kerugian besar.
Situasi ini juga terjadi di Malaysia apabila terdapat beberapa stesen MRT yang dibina di kawasan kurang penduduk. Jadi tak ramai yang nak singgah ke stesen itu dan timbul persoalan kenapa dibina. Buang duit cukai rakyat saja buat stesen yang orang tak nak singgah.
Ditambah lagi kita juga gemar guna kenderaan persendirian kerana selesa, cepat dan bebas merancang perjalanan. Berbekalkan masalah-masalah ini, kita pun lebih gemar bergerak menggunakan kenderaan persendirian sehingga berlakunya kesesakan sangat dahsyat. Sekarang ini macam mana nak selesaikan masalah kesesakan, adakah dengan bina LRT dan MRT secara membuta tuli?
Sebelum nak bina LRT ataupun MRT, perkara paling penting sekali adalah pastikan jumlah penduduk sesuai dengan laluan train. Bayangkan kawasan pinggir bandar dengan penduduk kurang daripada 100,000 diberikan LRT dengan kekerapan 2 minit setiap train, pasti tidak ramai yang naik dan akan rugi.
Nak atasi masalah itu adalah dengan menaiki bas sebab lagi senang nak masuk ke kawasan-kawasan kecil. Tapi bas pula selalu lambat dan masa yang diambil dari satu kawasan nak ke kawasan lain sangat lama, padahal jaraknya dekat sahaja. Jadi lepas ini bas boleh menukar sedikit laluan mereka di mana ketika waktu puncak, bas akan terus bergerak ke stesen pertukaran.
Kalau dalam kawasan bandar pula, bas selalunya menggunakan konsep hub-and-spoke dimana bas di semua laluan akan berhenti di stesen pusat. Jadi kalau nak pergi ke satu kawasan itu tapi tiada bas direct ke sana, boleh buat pertukaran di stesen pusat. Kalau nak lagi mudah, guna sahaja konsep ring-and-spoke. Kesemua bas akan menggunakan laluan yang sama dan anda bebas menuju ke mana kawasan dalam bandar tanpa perlu buat pertukaran bas. Cuba bayangkan jika konsep ini diguna pakai dan melalui kesemua pejabat serta sekolah, pasti kesesakan di sesebuah bandar akan reda.
Seterusnya pembinaan stesen dan landasan LRT/MRT juga didakwa membuatkan kesesakan semakin ganas. Katanya pembinaan tersebut telah memakan jalan dan membahayakan pengguna jalan. Lepas itu MRT dan LRT sangat susah nak masuk kawasan yang miliki kepadatan penduduk begitu tinggi. Kalau cuba juga, bersiap-sedialah untuk menghadapi kemarahan penduduk.
Untuk hal ini kita boleh contohi Jepun yang membina kereta api bawah tanah dengan begitu banyak. Pembinaan laluan kereta api bawah tanah tidak akan mengganggu kawasan kepadatan penduduk yang tinggi dan boleh melalui kawasan pinggir bandar. Hasilnya, sebanyak 3 juta orang akan menggunakan kereta api bawah tanah di Jepun. Jadi jika sudah ada train yang lebih efisien dan pantas, orang Jepun terus kurang menggunakan kenderaan sendiri.
Macam mana pula kalau Malaysia dah buat MRT bawah tanah yang banyak laluan dan bas dengan kekerapan begitu tinggi tapi kita masih lagi nak bawa kenderaan sendiri?
Kita boleh contohi Korea Selatan iaitu dengan mengubah lebuhraya kepada laluan pejalan kaki walaupun ramai yang menentang. Disebabkan laluan tersebut agak panjang, Korea Selatan telah memperkenalkan sistem penyewaan dan pengkongsian basikal. Jadi kereta pun tidak dapat masuk dan rakyat yang pemalas boleh kayuh basikal.
Korea itu jauh sangat, tidak mengapa kita lihat Singapura pula. Apa yang Singapura buat adalah dengan mengenai cukai begitu tinggi untuk mana-mana rakyat memiliki kereta. Malah Singapura tidak membenarkan rakyat menggunakan kereta yang sama lebih daripada 15 tahun. Maka lebih baik tak payah beli kereta sebab membazir dan pengangkutan awam lebih murah.
Tapi Singapura itu negara maju, tak boleh nak banding dengan kita yang banyak keburukan. Kita tengok pula kepada Filipina, setiap kereta tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar Manila sehari dalam seminggu. Caranya adalah Filipina akan mengesan nombor terakhir di plat kereta. Kalau nombor itu 4, maka satu hari dalam minggu tersebut tidak dibenarkan sebarang kereta yang nombor plat terakhirnya 4 memasuki pusat bandar.
Kesimpulannya, pengangkutan awam bukanlah satu-satunya penyelesaian kepada masalah kesesakan. Kalau pengangkutan awam sangat efisien tetapi banyak highway dibina dan sikap kita yang gemar naik kereta sendiri, masalah kesesakan tidak akan selesai. Apa-apapun, rakyat dan kerajaan perlu sama-sam memainkan peranan agar masalah kesesakan selesai.
RUJUKAN:
Downs, A. (2004, Januari 1). Traffic: Why it’s getting worse, what government can do. Brookings. Dipetik daripada https://www.brookings.edu/research/traffic-why-its-getting-worse-what-government-can-do/
Hewett, J. (2017, Januari 29). How the world’s biggest city avoids congestion. Financial Review. Dipetik daripada https://www.afr.com/opinion/how-the-worlds-biggest-city-avoids-congestion-20170128-gu0hxj
Renan Hafsar. (2020, Oktober 24). LRT di Jakarta dan Palembang kok gagal (1). Kumparan. Dipetik daripada https://kumparan.com/renan-hafsar/lrt-di-jakarta-dan-palembang-kok-gagal-1-1uRxjXUa2b3/3
Smarter Cambridge Transport. (2016, Disember 12). Reducing traffic congestion and pollution in urban areas. Dipetik daripada https://www.smartertransport.uk/smarter-cambridge-transport-urban-congestion-enquiry/
Watanabe, S. (2014, Disember 17). Japanese companies try to ease congestion with technology. Nikkei. Dipetik daripada https://asia.nikkei.com/Business/Japanese-companies-try-to-ease-congestion-with-technology
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih