Antara mitos yang melata pada zaman dahulu ialah air zaman dahulu ni kotor, jadi kita kena minum satu satunya minuman yang mustahil nak jadi kotor. Minum arak.
Kenapa arak dikaitkan dengan benda ni?
Berbanding zaman sekarang, orang dulu tak tahu apa pencetus penyakit. Hanya pada abad ke-18 baru orang kenal pasti bakteria sebagai sumber penyakit. Sebelum ni orang banyak pakai teori lain seperti menganggap penyakit jadi sebab adanya miasma. Miasma ni macam gas kotor yang buat jadi penyakit.
Benda ni tak pelik kalau kita perhatikan masa zaman Pertengahan, kondisi masyarakat waktu itu sangat mengotorkan. Tahi dan kencing dibuang depan rumah, Sumber air yang stagnant dan tak mengalir. Bahkan zaman selepas itu pun banyak direkodkan tentang kekotoran masyarakat masa tersebut. Ini antara punca kenapa orang Eropah pakai kasut tumit tinggi dan juga dress dengan kain labuh. Jadi, arak adalah sumber minuman paling selamat sebab kewujudan alkohol dalam arak membunuh kuman merbahaya. Sebab itu rekod zaman dahulu banyak cerita tentang orang dulu minum arak berbanding minum air bersih.
Walau bagaimanapun, pendapat moden menyanggah pendapat ini. Pendapat sekarang mengatakan bukannya sebab kenapa rekod dulu banyak cerita tentang orang minum arak tu bukan sebab air kotor atau apa, tapi lebih kepada takde benda menarik pun nak cerita pasal orang minum air kosong. Dia macam orang suruh kita menulis pasal cara orang kentut. Menarik ke dengar pasal benda ni? Tak kan?
Juga, sebab lain kenapa rekod dahulu banyak bercerita pasal orang minum arak ialah disebabkan mandungan arak itu sendiri. Arak ni diperbuat oleh air peraman bahan berkanji atau buah. Jadi, selain alkohol dan air, ia juga mempunyai gula. Jadi, arak ni macam 100 plus zaman dahulu. Sebab tu peladang dan buruh selalu direkodkan kuat minum arak sebagai tonik diorang.
Jadi, ya. Arak tu macam 100 plus zaman dulu. Baru jumpa arak je dah banyak rekod orang dulu tulis sebagai tonik zaman dulu. Cuba kalau mat saleh ni kenal air ketum tengok berapa banyak rekod diorang akan tulis.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.