Orang Mesir sangat menghormati dan bahkan menyembah pelbagai jenis binatang. Namun, tak ada binatang yang setaraf kucing. Menariknya di Mesir, kucing baru berhasil dijinakkan pada Zaman Dinasti Awal, jauh setelah anjing dijinakkan.

 

Dewi kucing pertama orang Mesir ialah Mafdet. Penghormatan terhadap dewi ini dapat ditelusuri kembali ke Dinasti Pertama Mesir, sekitar 3,400 hingga 3,000 SM.

 

Sebagai dewi kucing, Mafdet biasanya dianggap sebagai pelindung dari gigitan atau sengatan beracun, terutama dari ular dan kala jengking (sebab kucing ialah pemburu ular dan kala jengking).

 

Setelah beberapa ketika, peranan Mafdet digantikan oleh dewi Bastet yang dianggap sebagai pelindung Mesir Hilir, penjaga firaun dan pendamping dewa matahari, Ra.

 

Bastet sering digambarkan sebagai wanita dengan kepala kucing. Kadang-kadang, ia disembah di kuil utamanya terletak di Bubastis, Mesir.

 

Penghormatan terhadap Bastet dan Mafdet bermula dari legenda tentang seekor kucing hitam lagenda bernama Mau/Muit.

 

Menurut lagenda, kucing tersebut melindungi pokok suci Persea di Annu dari Apophis, seekor ular jahat.

 

Ketika Apophis cuba mengelilingi pokok itu, Mau menangkap dan memenggal kepalanya. Oleh sebab itu, Bastet dan Mafdet sering dikaitkan dengan Mau/Muit.

 

Pada awal abad ke-3 SM, Bastet mula dikaitkan dengan semua jenis kucing dan dianggap sebagai bentuk fizikal dewi tersebut. Namun, ketika Mesir Hulu dan Mesir Hilir bersatu sekitar 3000 SM, peranan Bastet pula digantikan oleh dewi kucing lain bernama Sekhmet.

 

Sekhmet digambarkan lebih ganas daripada Bastet, mirip dengan singa betina daripada kucing. Akibat dari perubahan ini, Bastet dianggap sebagai pelindung kucing rumah yang jinak sementara Sekhmet adalah pelindung singa betina.

 

Selain Bastet dan Sekhmet, ada juga beberapa dewa lain yang dikaitkan dengan kucing, seperti Neith dan Mut. Namun, Bastet dan Sekhmet tetap dianggap sebagai dewi kucing paling penting dalam tamadun Mesir Purba.

 

Kehadiran kucing sangat membantu manusia dalam pertanian, terutama dalam memerangi tikus dan ular. Sebagai balasan, manusia biasanya melindungi kucing dari pemangsa yang lebih besar dan lama kelamaan, kucing Mesir menjadi lebih jinak. Kucing dibawa masuk rumah dan diberi makanan serta dianggap sebahagian dari keluarga.

 

Meskipun dihormati, tubuh kucing tidak disembah seperti dewa. Mereka dihormati sebagai bentuk fizikal dewa saja. Oleh sebab itu, mencederakan kucing dianggap sama dengan mencederakan dewa. Ia merupakan larangan utama dalam masyarakat Mesir Purba.

 

Membunuh kucing dengan sengaja atau tidak sengaja juga akan dihukum mati. Sejarawan terkemuka, Diodorus mencatat insiden di mana seorang warga Rom secara tidak sengaja membunuh kucing dan dihukum bunuh di Mesir.

 

Sebagai binatang yang dihormati dan dilindungi, beberapa kucing bahkan dimumiakan seperti manusia. Kadang-kadang, mereka dimumiakan sebagai haiwan peliharaan yang disayangi dengan harapan untuk bertemu dengan tuan mereka di akhirat.

 

Namun, kebanyakan mumia kucing digunakan untuk tujuan keagamaan yang tidak berhubungan dengan kematian manusia dan berfungsi sebagai persembahan kepada dewa-dewi.

 

Pada tahun 1888, seorang petani Mesir menemui sebuah makam yang berisi lebih dari 80,000 mumia kucing di pinggiran kota Beni Hasan. Sejak itu, ahli arkeologi menemukan lebih banyak makam kucing. Sayangnya, banyak makam ini rosak sebelum dapat dikaji oleh para ahli.

 

Meskipun kultus pemujaan kucing sudah tidak ada lagi, kucing tetap menjadi simbol penting dari tamadun Mesir Purba, terutama dengan patung Sphinx yang megah masih berdiri sebagai ikon budaya di negara itu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.

 

Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.

 

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply