Haritu, saya ada ternampak video pemain-pemain bola sepak amatur di Terengganu mengamuk sampai pecah kepala dibuatnya.

Tapi orang Melayu ni mengamuk dia lain macam.

Ni British sendiri yang kata. Bukan saya reka-reka cerita tau.

Sampaikan diorang ambik perkataan “Amuk” dalam Bahasa Melayu diserapkan dalam Bahasa Inggeris jadi “Running Amok.”

Pergh, dahsyat.

Amuk ni perkataan yang selalu muncul dalam manuskrip Melayu lama. Orang Melayu dikatakan selalu “amuk” untuk dapatkan sesuatu perkara contohnya untuk pertahankan diri serta tanah air jika diserang.

Selain itu, amuk pun dilakukan untuk menuntut bela atas kematian seseorang ataupun kerana maruahnya tercabar.

Amuk ni bukan sahaja mengerunkan kita orang Melayu tetapi turut digeruni oleh penjajah.

Jono de Barros dalam Decada IV ada menyebutkan “ .. dan mereka menganggap sangat tidak dimaafkan apabila dahi mereka disentuh dengan tangan, mereka menamakan balas dendam ini dengan “amok”.

Kenyataan ni jelas menunjukkan bahawa amuk orang Melayu itu boleh berlaku dalam perkara yang cukup kecil namun menggores maruah. Dengan hanya menyentuh dahi pun dah cukup untuk orang Melayu mengamuk.

T.M. Gullick pula dalam bukunya Malay Society in the Late Nineteeenth Century: The Beginnings of Change sebagaimana yang dipetik oleh Talib Osman yang menyebut mengenai sikap orang Melayu:

“Agak menonjol huraian Gullick tentang personaliti orang Melayu yang selalu tenteram lagi aman kecuali apabila ia merasa dirinya dihina atau dimalukan.”

“Ini akan mencetuskan keadaan yang dinamakan oleh Gullick sebagai sakit hati.”

“Mungkin lebih tepat jikalau dinamakan dendam atau geram kerana kononnya dari sini maka apa yang dikatakan sebagai tenteram pada mulanya menjadi keadaan kelam kabut apabila orang Melayu itu mengamuk.”

Frank Swettenham pula dalam bukunya Malay Sketches ada menyebutkan:

“Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.”

Sebenarnya perkataan amuk tu sendiri dah digunakan oleh teks Sejarah Melayu yang bertarikh tahun 1614 dan perkataan amuk ini sendiri diulang beberapa kali dalam teks tersebut. Antaranya ialah :

“ …beramuk-amukan, terlalu sabur, rupa kilat cahaya senjata seperti kilat dilangit, sabung-menyabung, gemuruh bunyi bahana tempik hulubalang, dan gemerencing bunyi senjata seperti akan sampai ke langit.” Sejarah Melayu

Sejarah Melayu menceritakan amuk yang berlaku semasa perang antara Melaka dengan Kelantan. Dan amuk turut digunakan semasa perang antara Melaka dengan Siam.

Dalam Perang Melaka-Siam II, Tun Omar anak kepada Tun Hamzah mengamuk seorang diri ke atas perahu angkatan Siam sehingga menyebabkan Siam merasa gerun dengan kekuatan tentera Melaka.

Serangan Tun Omar buat tentera Siam gerun sehingga diorang berbelah bahagi samada untuk meneruskan serangan ke atas Melaka ataupun tidak.

Pada malamnya, Tun Perak arahkan jamung api diikat di pokok supaya tentera Melaka kelihatan ramai. Maka tentera Siam ambil keputusan untuk berundur.

Tak lupa juga kisah Hang Jebat mengamuk untuk tuntut bela atas kematian Hang Tuah.

Dalam Perang Musuh Bisik antara Kedah dengan Siam pula, semasa serangan mengejut 7000 tentera Siam di Kedah maka orang Kedah yang tidak bersedia mengamuk sehingga berjaya bunuh ramai tentera Siam walaupun akhirnya mereka terkorban kerana mempertahankan tanah air.

Sebab itulah saya sering mengatakan bahawa amuk ni merupakan sifat istimewa orang Melayu jika merasakan maruah mereka tercalar atau air muka diinjak-injak.

Tapi itulah, nak main bola buat lah cara main bola. Ni yang kau pergi “Royal Rumble” dalam padang buat apa. Dah malu satu Malaysia tengok.

Oleh: Azizul Farhan

___

Tertarik nak baca banyak lagi cerita-cerita lagenda berkenaan Melayu? Dapatkan KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera di Shopee kami:
https://shope.ee/6zuOAQYyBR


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply