Ni antara mitos yang saya kerap dengar sejak zaman sekolah dulu lagi. Lagi memburukkan keadaan, orang yang sebarkan benda ni adalah pak-pak ustaz. Tapi tu lah, betul ke benda ni?
Setakat apa yang saya baca daripada kitab-kitab Barat dan kitab-kitab saintis Islam, benda ni salah. Yang sebetulnya, dua-dua saling hormat dan bagi kredit sesama sendiri. Masa Zaman Keemasan Islam, dunia Barat tengah kacau bilau sebab impak keruntuhan Rom Barat. Jadi kebudayaan ilmu tu macam stunted di situ. Belah Rom Timur masih ada kebudayaan ilmu dia lagi.
Tapi, benda ni tak serancak di Timur Tengah. Orang-orang di situ, tak kisah Islam ke tak, semuanya rancak terjemah kitab-kitab Yunani kepada bahasa Arab, tak pun kaji ilmu baru. Atas sebab ni, kita ada banyak serapan perkataan Yunani macam sophist (sufastafiyah) dan philosophy (falsafah). Sebab kemajuan ilmu di empayar Islam ni, orang Eropah berpusu-pusu belajar ilmu daripada kitab saintis Islam.
Jadi, kalau kita nak kata orang Barat curi ilmu saintis Islam sebab dia belajar kitab saintis Islam, maka benda ni dikira double standard. Ikut logik ni, maka orang Islam pun dikira mencuri ilmu orang Barat jugalah sebab belajar kitab Yunani (orang Eropah/Barat).
Kalau nak kata orang Barat belajar ilmu orang Islam, lepas tu dia dabik dia yang temui ilmu tu, ni pun tak logik. Malah, boleh kata orang yang cakap gini sebenarnya tak membaca pun. Kalau baca kitab orang Barat masa tu, bersepah dia letak nama saintis Islam sebagai sumber dia. Kira bagi kredit lah.
Kalau tak, dah tu buat apa kita ada nama macam Avicenna (Ibn Sina), Alhazen (Ibn Haytham), Averroes (Ibn Rushd) semua tu? Semua tu nama Arab yang dilatinkan dalam kitab diorang, sebab masa tu bahasa Latin ni dikira bahasa ilmu diorang lagi. Sebab kita ada nama latin macam tu la kita tahu diorang bagi kredit pada saintis Islam melalui penulisan diorang dalam bahasa Latin.
Benda ni bukan sahaja berlaku pada orang Barat. Ia juga berlaku pada orang Islam. Sewaktu kitab-kitab Yunani ni diterjemah, diorang tukar nama Yunani/Latin tu kepada Arab. Contoh nama tu, Sukrat (Socrates), Aflatun (Plato) dan Batlamyus (Ptolemy).
Untuk buktikan lagi yang orang Barat sebenarnya tak curi ilmu saintis Islam, malah sebenarnya hormat dengan saintis Islam, korang boleh tengok pada gambar di bawah. Ni ialah poster akademik yang diterima oleh Immanuel Kant, antara ahli falsafah terpenting di dunia. Kalau kita tengok atas tu, kita boleh nampak tulisan Bismillah dekat atas.
Diorang ni orang Protestant totok, tapi sebab pengaruh tamadun Islam yang kaya dengan ilmu dulu, diorang letak perkataan tu sebagai simbol bahasa ilmu, sekali dengan bahasa latin yang digunakan dalam poster ni. Walhal universiti yang buat poster ni ialah universiti daripada Jerman.
Sama juga dengan nombor 1,2,3,4,5 ni kita ingat ni nombor orang Barat, tapi orang Barat panggil nombor ni Arabic numerals. Kenapa? Sebab orang Barat belajar nombor ni daripada orang Arab Barat (Maghribi). Diorang boleh je nak claim ni angka diorang, tapi diorang masih bagi kredit pada orang Islam.
Jadi, ya. Sebenarnya tak wujud pun konsep orang Barat curi ilmu orang Islam. Tu cuma salah faham daripada kurang membaca sahaja. Kalau ada pun curi dan claim, tu cuma segelintir sahaja. Itupun ada yang jenis kebetulan macam kes Ibn al-Nafis dan William Harvey jumpa teori peredaran darah pulmonari. Walaupun Ibn al-Nafis yang jumpa dulu, tapi karya milik dia ni hilang lama sampai orang Barat yang belajar dengan tamadun Islam dulu pun tak kenal. Maka, tak boleh nak kata William Harvey curi ilmu teori tu pun.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.