Peserta Miss Universe Malaysia 2015 mendakwa bahawa asal-usul nama Klang berasal daripada perkataan perkauman rasis iaitu Keling. Sejauh mana benar dakwaan beliau di instagram beliau seperti mana dibawah?
Kelang (کلڠ) atau Klang ditemukan dalam catatan sejarawan Barat dengan ejaan Clang, Clan, Callangh, Calangh dan Callang.
Nama Raden Kelang juga pernah ditemukan dalam Sulalatus Salatin. Beliau terkorban ketika cuba membunuh orang mengamuk di Kampung Keling.
Klang jika dirujuk dalam PRPM, ada tiga maksud seperti di bawah.
Ia langsung tak ada kena mengena dengan dakwaan bahawa Kelang bermaksud Kel*ng seperti dalam sebuah video mengenai asal usul nama Kelang.
Orang dari India sendiri datang lamaaaa selepas Kelang ditemukan.
Nagarakartagama pada tahun 1365 Masihi juga ada mencatatkan nama Kelang. Di bawah ialah keratan daripada Nagarakartagama, sebuah naskah manuskrip purba milik Majapahit yang dengan jelas memaparkan nama Klang dalamnya.
Klang juga pernah menjadi sebahagian dari wilayah Kesultanan Melayu Melaka.
Disebut dalam Sulalatus Salatin bahawa Tun Perak pernah dilantik sebagai pembesar Kelang oleh Sultan Muzaffar Syah, Sultan Melaka ketika itu. Contohnya seperti di bawah, yang dipetik daripada Sulalatus Salatin tersendiri.
“Maka ada anak Bendahara Seri Wak Raja tiga orang, yang tua sekali perempuan Tun Kudu namanya; terlalu baik parasnya, maka diperisteri oleh Sultan Muzaffar Syah. Adapun yang dua orang itu lelaki, yang Terigah bernama Tun Perak, yang bongsu bernama Tun Perpatih Putih. Adapun Tun Perak tiada kena kerja raja, ia pergi duduk di Kelang beristeri di sana.”
Untuk pengetahuan semua, tarikh Sulalatus Salatin ditulis ialah pada sekitar 1612 Masihi paling awal manakala kedatangan kaum India sebagai buruh paksa seperti mana yang didakwa dalam video ratu cantik tersebut ke Tanah Melayu ialah pada sekitar 1786 ketika pejabat koloni British di buka di Pulau Pinang, dibawa sebagai buruh India.
Nama Tun Perak juga disebutkan lebih 14 kali dalam naskah Sulalatus Salatin. Ini membuktikan dakwaan bahawa Klang berasal dari panggilan perkauman ke-ling adalah tidak benar sama sekali seperti mana yang disebarkan oleh Miss Universe pada tahun 2015 itu.
Selain itu, ada pelbagai pendapat tentang asal usul nama Kelang misalnya;
1. Diambil dari liku-liku Sungai Kelang, ikon Kelang.
2. Dari perkataan ‘khlong’, perkataan Siam untuk terusan.
3. Dari perkataan/sebutan orang asli ‘klang’ maksudnya tengah. Kedudukan Kelang di tengah Tanah Melayu.
4. Klang berasal dari perkataan Bahasa Khmer Klong yang membawa maksud rumah gudang. Ini barangkali kerana kedudukan strategik Klang sebagai sebuah pelabuhan telah membuatkan membangunnya beberapa buah rumah gudang.
Terima kasih kepada saudara Wan Amir untuk maklumat tambahan yang dimasukkan ke dalam artikel ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih