Mereka-mereka yang perjuangkan #MigranJugaManusia ni betul-betul menjelikkan. Mereka menggunakan naratif perjuangan seperti mana di US, yang mengatakan negara itu negara imigran, maka mereka menggunakan naratif itu untuk Malaysia.

Ya, memang betul. US adalah negara imigran. Mereka datang berkelana dari Eropah,dan merampas negara milik Red Indian. Jadi dari pioneer yang terdiri dari WASP (white-anglo saxon protestant), Mafia Itali, sampailah ke bangsa kulit hitam semuanya adalah imigran.

Berbeza dengan Malaysia, yang merupakan gabungan Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Tapi kesuluruhan kepulauan Nusantara ni memang asalnya negeri Melayu. Penuh dengan kerajaan Melayu. Kalau bukan Melayu pun, ia tergolong dalam leluhur yang sama dalam kelompok Austronesia.

Malaysia sendiri ada sejarah yang panjang, yang terbentuk dari Semenanjung Tanah Melayu. Peradaban tertua yang ditubuhkan oleh nenek moyang orang Melayu ialah Sungai Batu yang berusia 788 Sebelum Masihi.

Tamadun Rom dikatakan didirikan pada sekitar 753 SM. Ini bermaksud Tamadun Melayu Sungai Batu adalah 36 tahun lebih tua daripada Rom yang diasaskan oleh adik beradik Remulus dan Romulus. Sungai Batu adalah 12 tahun lebih tua daripada Sukan Olimpik pertama yang dimainkan dalam sejarah pada tahun 776 SM.

Dan angka Sungai Batu memberitahu kita bahawa ianya 18 tahun lebih tua daripada permulaan zaman Dinasti Zhou Timur (770-221 SM), dan 17 tahun lebih tua daripada permulaan Zaman Musim Bunga Dan Luruh yang baru bermula di China menandakan China kembali tercampak ke kancah Perang Saudara.

Usia ini jugak sebenarnya 187 tahun lebih tua dari kelahiran pengasas ajaran Taoism iaitu Lao Tzu (601 SM) dan juga 237 tahun lebih tua daripada era kelahiran Confucius (551 SM), pengasas ajaran falsafah Confucius yang terkenal di China ketika itu. Sungai Batu juga wujud 225 tahun lebih tua daripada kelahiran Gautama Buddha (563 SM).

Tamadun tertua di Malaysia berusia 188 tahun lebih tua daripada era Mahajanapadas (600 – 300 SM) yang dimana menyaksikan India memiliki 16 kerajaan yang baru lahir. Ini juga menyaksikan Sungai Batu adalah 488 Tahun lebih tua dari era Sanggam (sekitar 300 SM), era tertua tamadun Tamil di selatan India yang dapat dibuktikan. Ketika waktu ini, tiga kerajaan Chola, Pandyan dan Chera menguasai Selatan India.

Itu belum bercakap mengenai kepelbagaian kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah berdiri di serata tempat di Alam Melayu.  Ganga Negara, Funan, Kedah Tua, Chih Tu, antara beberapa kerajaan-kerajaan Melayu purba yang pernah wujud dalam sejarah, mengatasi usia Melaka itu sendiri.

Kajian genetik ke atas bangsa Melayu yang dibuat oleh USM mula memberitahu kita bahawa usia bangsa Melayu ialah sekurang-kurangnya 60, 000 tahun tua! Bayangkanlah, orang asli di semenanjung Malaysia, dipanggil sebagai Proto-Malay. Jadi Malaysia bukanlah negara imigran, tapi negara Melayu bekas jajahan British. Proto-Melayu ini merangkumi Orang Laut, Jakun, Kanaq, Semelai, dan Temuan. Bahkan menurut Prof Zafarina, kajian DNA antara orang Melayu dan orang asli Semang, menunjukkan bahawa mereka sebenarnya serumpun.

Tapi itu tak bermakna yang Malaysia dan negara Melayu ini tak sayangkan imigran. Kerajaan-kerajaan Melayu memang menghargai dan menjaga baik imigran. Belum pernah dalam sejarah wujud gen0cide yang dilakukan oleh raja-raja ataupun pemimpin Melayu. Tengok sahajalah bangsa Baba Nyonya,bangsa Chetti, Serani semua boleh duduk aman damai di sini, tanpa diskriminasi jelas. Dengan syarat,mereka berasimilasi.

Melayu dah memang beratus tahun mengamalkan dasar hormat menghormati ke atas bangsa lain. Kalau tidak, tak akanlah Pelabuhan Melaka itu dikatakan sebagai pusat pelabuhan paling utama di dunia dengan 88 bahasa dipertuturkan? Mengendalikan sebuah pelabuhan entropot dengan 20, 000 kapal sehari dengan 88 bangsa berbeza sudah cukup menunjukkan orang Melayu sangat bertoleransi dengan migran.

Tetapi mereka yang migrant dan bermigrant ke bumi Melayu haruslah ikut resmi tempat. Orang Melayu sangat mengangkat budaya adaptasi dan asimilasi sehinggakan peribahasa mereka menyebut “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum”.

Beza pulak dengan orang Eropah dan orang US, yang kononnya jadi champion “hak asasi manusia”. Hipokritnya mereka ni, pada masa yang sama mereka berperang saudara kononnya menentang sistem perhambaan, mereka membvnuh berjuta Red Indian dalam pelbagai pertempuran, malah ada rekod pengunaan senjata biologi lagi.

Lepas dah jadi pakar gen0cide, pakar rasis, mereka pulak nak ajar kita benda yang kita dah amalkan beratus tahun. Toksahlah nak dengar cakap orang putih ni. Baik aku perjuangkan hak asasi migran ikut cara Melayu. Beramilasi dengan masyarakat setempat, menghormati adat-adat pribumi, dan jugak tidak melampaui batas. Mereka yang seperti di atas akan ditatang bagai adik beradik sendiri!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.