Apabila bercakap tentang orang Korea pasti nama-nama seperti Cha Bum-kun, Seo Taiji, Kim Go-eun dan Son Heung-min akan menjadi sebutan. Kalau ada yang dakwa leluhur mereka semua berasal daripada Asia Tenggara, anda percaya tak?

Mesti anda semua akan gelak berguling-guling kerana dari bermacam aspek seperti fizikal, budaya serta bahasa sahaja sudah cukup membuktikan mereka dan Asia Tenggara adalah sangat berbeza. Malah secara pandangan mata kasar, kita sendiri pasti akan beranggapan leluhur Korea berasal daripada China sama sebagaimana leluhur Jepun.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi jangan terkejut kerana pengkaji Korea sendiri telah berjaya menjejaki leluhur mereka yang dikatakan berasal daripada Kuala Tahan, Pahang. Bermakna adakah rodong-rodong sekalian merupakan saudara jauh kepada orang Korea yang telah lama terpisah? Ataupun sebenarnya, Sri Pahang FC adalah nenek moyang kepada Pohang Steelers?

Sebenarnya pengkaji Korea mendapati kaum Batek dari Kuala Tahan Pahang merupakan homo sapiens ataupun manusia moden pertama yang datang ke Asia daripada Afrika. Betul ke Kaum Batek ini dari Afrika? Jika dilihat daripada aspek fizikal, Kaum Batek miliki banyak persamaan dengan orang Afrika moden.

Orang Batek

Kaum Batek dikatakan telah berjalan dari Afrika Timur lalu merentasi Yaman dan terus bergerak ke India, sebelum sampai ke Asia Tenggara untuk terus menetap pada 60,000 tahun yang lepas. Sebahagian daripada mereka pula memutuskan untuk terus bergerak ke utara dan timur jauh untuk membuka penempatan baru.

Masalahnya perbezaan antara kaum Batek dan Korea adalah sangat ketara. Jadi macam tak betul je penemuan itu?

Menurut pengkaji Korea terdapat tiga DNA yang dominan di dalam orang Korea moden iaitu DNA Utara, DNA Selatan dan DNA Hibrid. DNA Utara dikatakan berasal daripada kawasan Siberia manakala DNA Selatan dapat dijejak sehingga ke Asia Tenggara. DNA Hibrid adalah gabungan kedua-dua DNA tersebut.

Hal itu tidak menunjukkan bahawa orang Korea sememangnya berasal daripada Asia Tenggara kerana terdapat DNA daripada Siberia. Setelah menelitian dibuat melalui Single Nucleotide Polymorphisms (SNP), DNA Utara juga berasal daripada Asia Tenggara. Senang cerita, pusing macam mana sekalipun orang Korea tetap berasal daripada Asia Tenggara melalui orang Batek yang menjadi manusia moden pertama sampai di Asia.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Persoalannya macam pula orang dari Asia Tenggara boleh terfikir nak ke Korea, ditambah lagi amat mustahil untuk berjalan ke Korea jika dilihat melalui peta hari ini.

Jawapannya adalah sekitar 40,000 tahun dahulu, bumi telah dilanda zaman ais. Bermakna paras laut rendah dan litupan daratan agak meluas. Asia Tenggara yang kita kenal hari ini adalah satu daratan luas yang menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo dan Jawa. Daratan itu dikenali sebagai Sundaland dan di Korea pula, Laut Kuning yang memisahkan Korea Selatan dan China masih lagi daratan.

Sundaland

Jadi pergerakan dari Asia Tenggara ke Korea menjadi amat mudah kerana mereka hanya perlu mengikuti garis pantai di sepanjang Sundaland sehingga menuju ke daratan Laut Kuning sebelum sampai ke Korea Selatan.

Setelah sampai di Korea Selatan, mereka semua mula menyesuaikan diri dengan iklim semata hingga berlaku bersemendaan dengan kaum-kaum yang datang di kemudian hari. Hasilnya, wujud orang Korea moden yang dapat kita lihat dalam pelbagai jenis K-Drama.

Kesimpulannya, orang Korea berasa yakin bahawa leluhur mereka adalah orang Batek yang tinggal di Kuala Tahan, Pahang. Kepada orang Pahang, mungkin leluhur  anda merupakan saudara kepada leluhur Korea sebelum mereka bergerak ke timur jauh.

RUJUKAN

KBS World TV. (2017, Oktober 24). KBS Panorama: Korean eve | KBS 파노라마: 코리안 이브 – Part 2 : The key to the secret, Sundaland [Fail video]. Youtube. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply