2 Disember 2019, tarikh yang menandakan ulang tahun ke-30 peristiwa Perjanjian Damai Hat Yai (2 Disember 1989) yang menamatkan persengketan antara Parti K0munis Malaya (The C0mmunist Party of Malaya – CPM) dan Kerajaan Malaysia selama 21 tahun.

Kenapa 21 tahun? Sebab ia menamatkan konflik yang dikenali sebagai Insurgensi K0munis Kedua (Second C0mmunist Insurgency) atau Darurat Kedua (Second Emergency) yang berlangsung dari 1968 hingga 1989. Darurat tahun 1948-1960 adalah Darurat Pertama.

Millennial hipster acah woke sekarang kebanyakannya tau pasal Darurat Pertama, tapi tak sedar pasal Darurat Kedua. Sebab tu ada yang kata “K0munis hero lawan British”, “K0munis bvnuh tali barut British sahaja” “kenapa benci K0munis sedangkan British yang jahat” blah blah.

Even tajuk kecil autobiografi Chin Peng (My Side of History) pun letak “Recollections of the guerilla leader who waged a 12-year anti-colonial war against British and Commonwealth forces in the jungles of Malaya”. Cewah.

“12-year anti-colonial war” merujuk kepada Darurat Pertama. CPM mendakwa perjuangan bersenjata mereka adalah untuk membebaskan Tanah Melayu (Malaya) daripada penjajahan (colonialism) British. CPM mencop Kerajaan Perikatan di bawah Tunku Abdul Rahman sebagai “tali barut British”, sebab tu mereka mengangkat senjata untuk mencapai kemerdekaan yang “sebenar”: negara k0munis tanpa kelas, tanpa harta peribadi bernama “Republik Rakyat Malaya” yang mereka idamkan.

Tali barut atau tidak, Tanah Melayu tetap merdeka pada 31 Ogos 1957, itu membuat perjuangan CPM tidak lagi relevan. Menjelang tahun 1960, CPM terpaksa berundur ke selatan Thailand, maka Darurat Pertama tamat dengan kemenangan Kerajaan Tanah Melayu.

Tapi 8 tahun kemudian, CPM buat “comeback” dengan bantuan China. Pada Jun 1968, CPM mengeluarkan manifesto (Hold High the Great Red Banner of Armed Struggle, and Bravely March Forward) yang terang-terang menyatakan kesetiaan kepada pemimpin China, Mao Zedong dengan mengatakan “berpandukan pemikiran Mao Zedong yang hebat, kami pasti akan mencapai kemenangan pada akhirnya”.

P3rang gerila aktif semula. Radio Suara Revolusi Malaya mula beroperasi di Hunan, China sebagai mesin propaganda CPM untuk “brainwash” dan rekrut penduduk Malaysia.

CPM dapat sokongan China kerana berlaku “Sino-Soviet Split” pada pertengahan 1960-an. Soviet Union dan China dari kawan bertukar jadi musuh, masing-masing merebut jadi ketua Blok K0munis. Untuk menyaingi pengaruh Soviet di Asia Tenggara, China memerlukan proksi tersendiri. Hubungan Soviet dan K0munis di Vietnam dah kukuh, jadi China pun kena bagi sokongan kepada K0munis di Cambodia (Khmer Rogue) dan CPM untuk “counter” pengaruh Soviet.

Kalau diperhatikan, nama CPM tetap Parti K0munis “Malaya”. CPM tak mengiktiraf negara bernama Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963, selari dengan China yang menganggap Malaysia sebagai ciptaan “neo-colonial” British. Sebab tu Sukarno kamcing dengan China, dan China pun menyokong kempen “Ganyang Malaysia” yang dilancarkan pada tahun 1963.

Di Borneo pun ada Parti K0munis Kalimantan Utara (NKCP) yang memperjuangkan penubuhan negara k0munis “Republik Kalimantan Utara” yang berasingan daripada Malaysia, juga disokong oleh China dan Sukarno. Selepas Sukarno digulingkan oleh Suharto yang anti-K0munis, China terus memayungi CPM dan NKCP.

Jadi, keganasan CPM semasa Darurat Kedua ini tidak lain “war against Malaysia”. Ratusan anggota keselamatan telah gugur untuk mempertahankan negara bernama Malaysia. Antara mangsa yang berprofil tinggi ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang ditembak mat1 pada tahun 1974, dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang ditembak mat1 pada tahun 1975.

Jangan ingat hanya orang berjawatan tinggi saja diserang, pegawai biasa dan orang awam pun jadi mangsa. Contoh macam Pegawai Waran II Lenggu Anak China dan Konstabel Nuing Anak Saling dari Sarawak yang dikurniakan darjah Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas pengorbanan mereka.

Tak kira kau Melayu, Cina, Iban, Serani atau Orang Asli, kau akan jadi mangsa K0munis kalau tak sokong perjuangan mereka. Kalau masih ada orang yang “romanticize” K0munis dalam sejarah Malaysia sebagai “pejuang kebebasan” dan “patriot” yang harus diiktiraf “sumbangan”-nya, tak tau lah nak cakap apa.

Bila kita baca naratif pro-CPM, tak kira lah daripada sejarawan bertauliah pun, selalunya sejarah tempoh 1968-1989 di-tonedown. Yang di-highlight cuma “anti-colonial struggle” (konon) dari 1948-1960. Sebab tak ada apa yang mulia dengan perjuangan CPM pada zaman Darurat Kedua. Hanya ketaksuban ideologi dan nafsu kuasa, sehingga sanggup jadi balaci China. Darurat Pertama boleh lah nak kata lawan British, Darurat Kedua nak kata lawan siapa?

Pada tahun 1974, CPM menerima tamparan hebat apabila Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik dengan China. Sikap Mao Zedong terhadap Malaysia berubah 180 darjah. Walaupun China masih sokong CPM, tapi ia tak lagi melihat Malaysia sebagai musuh dan tak nak campur tangan dalam konflik Malaysia-CPM, membuat CPM makin buntu.

Selepas Deng Xiaoping mengambil alih tampuk pemerintahan China pada 1978, maka tibalah ajal CPM. Berbeza dengan Mao, Deng tak minat sokong insurgensi k0munis. Radio Suara Revolusi Malaya ditutup oleh Deng pada 1981, sokongan kepada CPM diberhentikan. CPM tiada pilihan selain berunding dengan Kerajaan Thailand dan Malaysia, membawa kepada Perjanjian Hat Yai.

Melihat CPM menyerah, NKCP pun menandatangani perjanjian perdamaian dengan Kerajaan Sarawak pada 17 Oktober 1990. Cuma ketua NKCP, Wen Min Chyuan tak se-glamer Chin Peng. Hilang tanpa khabar masa dekat China, dan orang pun tak kisah dia balik atau tak balik Malaysia.

Di bawah Perjanjian Hat Yai, anggota CPM diampunkan dan dibenarkan kembali ke Malaysia, bukannya dihukum setimpal dengan jenayah mereka yang membawa trauma kepada ratusan kalau tak ribuan keluarga rakyat Malaysia. Samada keluarga mangsa keganasan CPM sudah memaafkan mereka, itu lain cerita.

Aku cerita pasal sejarah je, macam aku ulas sejarah ulang tahun ke-30 keruntuhan Tembok Berlin. Tak ada kaitan dengan isu abu ke abi ke baru-baru ni. Dah tak ambil port pasal apa berlaku kat Malaysia sekarang.

*Dalam gambar: pertemuan antara Chin Peng dan Mao Zedong di Wuhan pada 19 Mac 1965, 3 tahun sebelum tercetusnya Darurat Kedua.

**Cadangan bacaan lanjut: “Malaysia’s Defeat of Armed Communism: The Second Emergency, 1968-1989” (2014) oleh Ong Weichong, sarjana Rajaratnam School of International Studies di Singapura.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.