Hubungan antara abang dan adik memang unik. Kadangkala bergaduh. Kemudian berbaik dalam sekejap. Namun ada masanya, boleh bergaduh sampai mati. Inilah lumrah dalam dunia ini, yang berjaya ditunjuk WWE.

Perbualan pasal dunia gusti memang takkan sudah. Antara perbualan paling panas dulu melibatkan The Undertaker dan Kane. The Undertaker muncul dalam gelanggang WWF pada tahun 1990. Kane pula timbul tujuh tahun kemudian. Dan kedua-dua gergasi ini adalah adik-beradik seibu.

Ceritanya begini. Dulu kala, keluarga Undertaker ada buat perniagaan sendiri. Mereka menguruskan pengebumian orang. Segala kelengkapan disediakan seperti pakaian, mekap mayat dan keranda, belum lagi korek lubang dan bacaan doa.

Keluarga Undertaker mengupah seorang pengurus bernama Paul Bearer, yang berwajah kerut yang selalu ikut Undertaker ke gelanggang. Bearer pula mempunyai hubungan sulit dengan ibu Undertaker, yang melahirkan Kane.

Semasa kecil, Undertaker katanya menyalakan api yang menjilat habis pejabat perniagaan keluarganya. Undertaker ingat semua orang meninggal dunia (kecuali dirinya dan Bearer).

Beliau tidak tahu yang Kane sebenarnya masih hidup, dijaga Bearer cuma dalam keadaan serba rentung sampai jadi gila. Apabila diberitahu, Undertaker terkejut dan mendakwa Kane yang membakar tempat perniagaan kerana terlalu taasub pada api. Akhirnya Kane muncul dalam Badd Blood: In Your House 1997 diiringi bapanya, yakni Bearer sendiri.

Video:

Berminggu-minggu Kane mengganas. Undertaker menjadi mangsa dan takkan sesekali lawan balik (kerana pernah berjanji pada roh ibunya). Undertaker tiba-tiba hilang selama dua bulan, dengan Kane bermaharajalela sepanjang tempoh tersebut.

Beliau akhirnya kembali pada ambang WrestleMania 14, katanya selama ini berdamping dengan roh ibunya di alam barzakh. Ibunya meminta Undertaker buat “the one thing I promised never to do” (benda yang Undertaker janji takkan buat [yakni lawan Kane]).

Video:

Mereka pun berlawan – dan Undertaker menang. Kemudian Bearer berpaling tadah dan kembali mengikuti Undertaker yang menubuhkan sebuah kumpulan Gothic iaitu Ministry of Darkness. Pada waktu ini, Undertaker mengaku.

Beliau sengaja bakar tempat perniagaan. Kerana (dunia ini) tiada tempat untuk orang yang lemah (seperti Kane). Hanya yang kuat saja akan hidup.

Elemen Dalam Dunia Nyata

Hubungan adik beradik Undertaker dan Kane adalah naratif fiksyen dalam dunia gusti. Ramai sudah tahu perkara ini. Sekilas pandang nama sebenar atlet yang berlakon sebagai Undertaker dan Kane pun sudah cukup.

Nama sebenar Undertaker adalah Mark Calaway – dan Kane pula adalah Glenn Jacobs. Dua orang berbeza daripada keluarga lain.

Namun dalam dunia gusti, mereka lahir daripada rahim yang sama. Cuma ada sesuatu yang ramai terlepas pandang.

WWF mempunyai sebuah unit khusus yang khas untuk mengatur susunan jalan cerita setiap watak. Pihak pengurusan dibawah Vince McMahon akan meletakkan kriteria tertentu bagi setiap watak.

Dan unit ini bertanggungjawab untuk merealisasikan kriteria tersebut. Mereka merumuskan skrip yang perlu mendapat persetujuan McMahon. Lulus saja, skrip akan diberikan kepada penggusti. 

Sebelum masuk WWF, Calaway beraksi dalam gelanggang WCW sebagai “Mean Mark”. Ini kisah tahun 1989 dulu, seorang watak misteri yang suka muzik Ozzy Osborne.

Pada Oktober 1990, Calaway menandatangani kontrak bersama WWF dan diberi watak “Kane The Undertaker” (atau Cain The Undertaker). Sebulan kemudian beliau muncul sebagai “The Undertaker” saja; nama “Kane” digugurkan. Kira Calaway dapat rebranding sebelum masuk gelanggang.

Beberapa tahun kemudian, McMahon membuat watak “adik Undertaker” yang tinggi lampai dan berbadan sasa bernama Kane. Kira senang cakap, watak Kane sebenarnya sudah dicipta dari dulu lagi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.