Semenjak sistem komunikasi tanpa wayar mula berkembang pesat hingga wujudnya kemudahan internet dan laman-laman media sosial yang kini boleh menghubungkan kita kepada seluruh dunia. Secara tidak langsung, ini juga membantu kita untuk menyebarkan maklumat dalam masa sekelip mata, murah dan tiada had. Jika maklumat yang disebarkan itu adalah baik, maka, baiklah hasilnya, jika buruk, maka buruklah hasilnya.
Bagi para penggemar misteri teori dan konspirasi, anda pasti amat mengenali sosok tokoh yang bernama Mustafa Kemal Ataturk, bapa kemerdekaan Turki yang bangkit menentang pendudukan Yunani dan sekutunya di Turki selepas Empayar Uthmaniyah dan sekutu tewas dalam Pe-rang Dunia Pertama.
Kejayaannya membebaskan Turki dari ambisi pihak penj4jah terutamanya British, serta situasi Empayar Uthmaniyah yang sudah sedia lemah lagi tiada lagi kedaulatan kerana tiada sokongan dari rakyat majoriti, dan tindakan Sultan Uthmaniyah yang terakhir, Sultan Mehmed VI Vahdettin yang lebih rela menolak usul Mustafa Kemal Pasha agar pemberon-takan terhadap pendudukan pihak pemenang pe-rang ke atas tanah Turki boleh dihentikan.
Sultan Mehmed VI bukan sekadar menolak usul itu, beliau bahkan memerintahkan sheikh-ul Islam (mufti agung) Uthmaniyah ketika itu supaya mengeluar satu fatwa rasmi yang mengkafirkan sesiapa saja yang terlibat dengan gerakan pemberon-tak (Gerakan Nasionalis Turki) pimpinan Mustafa Kemal, sebelum Sultan melarikan diri menaiki kapal British, tanpa menamakan pewaris takhta. Jadi, secara teknikalnya, Uthmaniyah telah pun jatuh sebaik saja seorang Sultan meninggalkan takhta dan rakyatnya sendiri.
Namun Kesultanan Uthmaniyah hanya dibubarkan secara rasminya pada tahun 1922, hanya Kekhalifahan saja yang dikekalkan tetapi kuasa Khalifah hanya terhad dalam menyelia hal ehwal umat Islam di Turki sahaja. Abdülmecid II dipilih sebagai Khalifah oleh Majlis Agung Kebangsaan Turki pada tahun yang sama, namun dibubarkan dua tahun kemudian gara-gara ancaman pemberon-takan oleh kumpulan radikal luar Turki.
Ataturk telah memerangi British dan sekutunya, bahkan pernah mengharumkan nama tentera Uthmaniyah apabila berjaya mengusir armada tentera laut sekutu dan ANZAC di Galipolli. Semasa Pe-rang Kemerdekaan Turki, beliau telah menghalau pasukan tentera Yunani yang menduduki wilayah-wilayah Turki. Ataturk adalah musuh abadi kuasa-kuasa barat di Eropah, namun Ataturk memiliki pendapat bahawa tradisi yang ditinggalkan oleh sistem monarki adalah punca utama bangsa Turki terus jauh ketinggalan dari pelbagai aspek di belakang Eropah.
Oleh itu, setelah tertubuhnya Republik Turki yang merdeka, Ataturk bertindak mengharamkan sebarang amalan atau tradisi yang tidak memberi manfaat pada kemajuan menurut pandangannya. Undang-undang pakaian awam juga telah mengharamkan kaum lelaki dari memakai topi Fez, dan Ataturk menggalakkan rakyat mengikut gaya barat.
Khabar angin yang pernah popular di Malaysia adalah tuduhan bahawa Ataturk mengharamkan wanita dari memakai tudung ternyata adalah satu fitnah. Pemakaian tudung hanya dilarang dari dipakai di tempat-tempat tertentu terutamanya bangunan kerajaan pada tahun 1980-an sebagai akibat dari cubaan rampasan kuasa ketika itu.
Selain dari yang dinyatakan di atas, peraturan-peraturan baharu yang digubal berdasarkan sistem sekular dikatakan telah meminggirkan Islam, adalah benar, berikutan rasa dendamnya terhadap pengkhianatan sebilangan pemberon-tak Arab terhadap Uthmaniyah sebelum itu, Ataturk bertindak melarang segala amalan yang berkaitan dengan budaya Arab, seperti laungan azan dalam bahasa Arab ditukar kepada bahasa Turki, sistem penulisan Turki yang menggunakan aksara Arab ditukar kepada sistem abjad Roman.
Tetapi ada satu lagi fitnah yang kita sering anggap sebagai benar dan disebarkan dengan kesanggupan kita menolak sebarang skeptikal terhadap kisah berikut: Jena-zah Ataturk tidak diterima bumi.
Seberapa jauhkah kebenaran tentang dakwaan ini? Benarkah, setelah meninggal dunia, jena-zah Mustafa Kemal Ataturk dikatakan mengalami berbagai masalah ketika hendak dikebumikan, dipercayai kerana tanah bumi menolak ma-yatnya?
Pertama sekali, kita perlu tahu dari mana dakwaan ini muncul, di Malaysia, dakwaan ini sudah diketahui oleh segelintir kecil rakyat terutamanya warga emas yang telah menunaikan ibadah Haji, kerana ia bermula dari kenyataan seorang aktivis konservatif Turki Muslim.
Juga pada tahun 1980-an, Fethullah Gullen yang meluahkan rasa skeptikalnya terhadap kaedah pengebumian Mustafa Kemal yang memakan masa bertahun lamanya, beliau berpendapat, kesukaran ini dilalui oleh Mustafa Kemal sebagai balasan dari Allah di atas dosa-dosanya terhadap Islam dahulu, terutamanya apabila dia ‘menjatuhkan’ Empayar Kekhalifahan Uthmaniyah.
Namun, sejauh yang penulis faham, apa yang dinyatakan itu hanyalah sekadar pandangan yang sarkastik terhadap sikap Mustafa Kemal, tetapi, apa yang kita hendak jangkakan dari seorang lelaki yang mengaku tidak beragama?
Bahkan, sesuai dengan pemikiran sekularisme, Mustafa Kemal tidaklah mengharamkan sebarang amalan beragama di Turki, dalam sekular, agama juga adalah satu elemen penting bagi menstabilkan pentadbiran kerajaan, cuma ia harus dipisahkan dari sistem pentadbiran sahaja.
Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Islam yang lain seperti Amir Temur dari Empayar Timurid yang pernah menyem-belih beribu-ribu umat Islam sendiri? Mengapa dia boleh pula ma-ti dengan mudah?
Semua ini hanyalah mainan persepsi sahaja, bagaimana anda mahu Mustafa Kemal Ataturk itu digambarkan, begitulah gambaran tentang dia yang akan anda dapat dan akan anda pegang sebagai satu kepercayaan. Keran anda telah dididik untuk menolak idea dan tidak mahu mengimbangi emosi dalam menilai sesuatu perkara.
Untuk mengupas kebenaran tentang hal ini, penulis harus menjelaskan beberapa tradisi diraja Uthmaniyah yang berterusan sepanjang berdirinya Empayar Uthmaniyah. Dan amalan ini turut diteruskan semasa zaman Republik Turki. Penulis mendapati wujud terlalu banyak kaitan antara mereka. Dan setelah penjelasan ini, penulis akan memberikan maklumat di mana jena-zah Mustafa Kemal Ataturk dikebumikan.
Namun, jika apa yang dipertikaikan adalah mengenai tempoh yang terlalu panjang ketika menunggu sehingga pembinaan kompleks pemakamannya siap sepenuhnya. Ya, jena-zah Mustafa Kemal Ataturk memang diawet dan disimpan terlebih dahulu selama beberapa tahun sambil menunggu sehingga kompleks Anıtkabir itu siap dan sedia untuk jena-zah Ataturk bersemadi.
Untuk mengetahui bagaimana proses jena-zah Ataturk dikebumikan, anda boleh semak artikel di Wikipedia yang berkaitan dengan proses itu. Ia hanyalah mengenai keperluan yang praktikal. Tetapi jika anda maksudkan di mana ma-yatnya terletak, ia lebih melibatkan tradisi Turki dari konteks pengebumian pemerintah. Para pemerintah dari era Uthmaniyah, sentiasa menerapkan cara yang sama kepada semua penguasa Uthmaniyyah kecuali Vahideddin, kerana ketika dia meninggal dia tidak lagi penguasa.
Ya, jena-zah Ataturk hanya diperlakukan mengikut tradisi diraja, sama seperti yang dilakukan terhadap Sultan-sultan Uthmaniyah. Jena-zah disimpan untuk satu tempoh yang panjang, atau jena-zah diawet, semua itu turut dilakukan oleh Sultan-sultan. Adakah kerana ma-yat mereka tidak diterima bumi?
Pertama sekali, semua Sultan-sultan Uthmaniyyah akan melalui istiadat rasmi ketika mereka menaiki takhta. Upacara pertabalan di Empayar Uthmaniyah, secara keseluruhannya berbeza dengan upacara pertabalan raja monarki di Eropah.
Selepas upacara ‘sarung pedang’, majlis akan diiringi oleh bacaan doa di hadapan angkatan tentera Janissari – upacara sarung pedang adalah setaraf dengan upacara permahkotaan seorang raja di Eropah – Sultan memberikan berbagai anugerah kepada tentera Janissari bagi meraikan pertabalannya di takhta.
Upacara ini amat panjang dan memiliki banyak perincian protokol yang berbagai, ia berlangsung hampir sepanjang hari, jadi penulis hanya akan menerangkan beberapa poin sahaja.
Selepas upacara ini, Sultan akan kembali ke istana kediamannya sendiri. Sekiranya cuaca panas, Sultan akan keluar ke balkoni, jika cuaca sejuk, Sultan membuka tingkap, dan kemudian dia akan menerapkan protokol kedua dari upacara ini tetapi bersifat peribadi, yang tidak akan diketahui oleh orang lain.
Sultan memalingkan wajahnya ke timur dan berikrar untuk taat kepada penguasa leluhur iaitu pemerintah Empayar Seljuk yang memberikan tanah kepada suku Kayı hingga berjaya membina kerajaan Uthmaniyah sendiri, Sultan memberikan penghormatannya dengan mengirimkan doa untuk para leluhur dari garis keturunan pemerintah Seljuk.
Pada mulanya, penulis merasa pelik kerana ketika itu, sudah tiada lagi negeri yang bernama ‘Seljuk’ dan mengapa tradisi ini masih diamalkan walaupun Dinasti Seljuk itu sudah tidak wujud. Menurut beberapa kenalan penulis dari Turki, jika hendak memahami perkara ini, kita perlu menjadi seorang bangsa Turki atau sekurang-kurangnya mengetahui tradisi budaya Turki dengan baik.
Adat “Töre / Törö / Török / Törek / Törk / Türk”, yang didakwa berasal dari istilah nama bangsa ini, penting dalam isu ini. Adat istiadat akan menentukan segalanya tanpa adanya undang-undang bertulis. Walaupun dalam komuniti Turki pada zaman moden, kita masih boleh melihat tradisi ini. Töre / istiadat bermaksud setara seperti undang-undang untuk semua orang Turki.
Walaupun tidak masuk akal, orang Turki hanya akan melakukan sesuatu yang sah dan mengikut adat. Sekiranya sesuatu yang dilakukan adalah tidak sah atau bertentangan dengan apa yang berkaitan dengan istiadat, ia boleh dilakukan secara paksa tetapi tidak akan diterima, ia akan ditinggalkan dalam waktu yang singkat.
Kedua, sama seperti setiap dinasti monarki di China dan kaitannya dengan rakyat, orang Turki juga percaya bahawa sebuah dinasti itu adalah leluhur yang kudus, sebagaimana Maharaja China menganggap kedudukan mereka adalah ‘mandat dari syurga’ (leluhur mereka).
Oleh itu, jika ada anggota dinasti yang harus dibun-uh / dijatuhkan hukuman ma-ti tetapi mereka tidak berada dalam konflik pepe-rangan iatu pada waktu yang aman, d4rah anggota kerabat yang ditumpahkan itu tidak boleh terkena sinaran matahari dan tidak boleh menyentuh tanah. Ada banyak kes melibatkan kepercayaan yang diserap dari tradisi Mongol ini.
Ketiga, sekiranya Sultan gugur di medan pe-rang, jena-zahnya tetap perlu dibawa kembali ke ibu kota untuk dikebumi dan dimakamkan. Tetapi dengan kaedah yang khusus, seperti yang pernah dilakukan setelah Sultan Suleyman I meninggal dunia, di mana, seluruh organ dalamannya yang boleh mempercepatkan proses pereputan dan mengeluarkan bau busuk akan segera dikeluarkan dari ma-yat.
Organ-organ ini dikuburkan dalam tanah tempat dia meninggal dunia, namun bahagian jantung ditanam berasingan dari organ yang lain. Bahkan, makam atau batu nisan didirikan untuk organ dalaman yang telah dikebumikan.
Setelah selesai mengeluarkan organ dalaman, tubuh jena-zah Sultan Suleiman akan dikeringkan dengan cara diperasapkan oleh kayu yang dibakar hingga ma-yat itu benar-benar kering. Dengan cara ini, ma-yat akan terselamat dari mereput dan membusuk dengan cepat. Kaedah ini adalah sejenis proses mumifikasi gaya Turki kuno. Jadi, adakah sultan-Uthmaniyah ini juga ma-ti tak diterima bumi?
Dan setelah jena-zah Sultan Suleyman dimumiakan, kompleks pemakaman gaya Turki akan dibina dan jena-zahnya dimasukkan ke dalam peti keranda kayu di ruang bawah tanah makam dua tingkat untuk disimpan di sana.
Peti keranda itu tidak langsung menyentuh tanah. Terdapat sarkofagus (lapisan penutup ma-yat yang dibina mengikut ukuran tepat jena-zah) palsu yang terbuat dari kayu atau marmar di tingkat atas makam dua tingkat itu.
Tidak ada sesiapa pun, kecuali para birokrat dan anggota dinasti peringkat tertinggi, yang boleh turun ke ruang sarkofagus yang sebenar di ruang bawah tanah untuk berdoa di sana. Ruang sarkofagus palsu di bahagian permukaan makam terbuka untuk semua pengunjung termasuk orang ramai.
Sebaliknya, setakat yang penulis ketahui, tokoh individu terakhir yang melalui prosedur ini adalah presiden pertama Republik Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk yang bukan seorang Maharaja atau Sultan. Maka, kompleks Anıtkabir dibina sebagai makam terakhir yang sama dengan Makam Penguasa Turki kuno dan ia dikuburkan mengikut kaedah yang sama.
Sehingga akhir abad ke-16 kebanyakan sultan terpaksa menunggu begitu lama untuk dikebumikan. Mereka tidak boleh dikebumikan begitu saja. Sehinggalah Penaklvkan Konstantinopel, dan bahkan setelah pusat kekuasaan yang sebenar telah dialihkan ke Adrianople (Edirne), ramai pihak menganggap adalah sesuai jika anggota dinasti dikuburkan di Bursa, ibu kota pertama, di sekitar nekropolis (makam kuno) kerajaan kuno yang dikenal sebagai Muradiye.
Osman I dan Sultan Selim I dan dikuburkan sementara sebelum dipindahkan, walaupun amalan ini, ditoleransi dalam keadaan tertentu oleh mazhab Hanbali dan Maliki, namun ia dilarang oleh mazhab Hanafi yang diikuti oleh Uthmaniyah.
Langkah-langkah yang digunakan untuk melambatkan proses pembusukan dan mencegah bau busuk seperti melumurkan tubuh dengan resin, madu kerana perlu untuk untuk memastikan proses penghijrahan tubuh dari makam sementara ke makam yang siap dibina atau kota tempat wajarnya jasad ini disemadikan.
Kerana itulah sehingga hari ini, legenda pencarian jantung Sultan Suleiman ini masih masyur. Jasad Sultan Selim II pula diletakkan ais sementara menunggu ketibaan Sultan Murad III sebagai bentuk pengawetan bangsa Turki yang lainnya. Telah dicadangkan antara sultan-sultan seperti Murad I, Mehmed I, diawet, dan organ dalaman mereka dikuburkan secara terpisah di tempat di mana mereka telah ma-ti seperti mana yang berlaku pada Suleiman.
Ataturk Menjerit-jerit Semasa Di Ambang Kema-tiannya?
Walaupun Ataturk mungkin tidak pernah cuba mengucap, tetapi dia tidak pernah menjerit atau menggelupur semasa saat kema-tiannya. Tidak ada catatan sejarah mahu pun sebarang rekod perubatan yang menyokong hujah tersebut. Dah tentulah dia ma-ti dalam kesakitan tetapi dia tidak menjerit.
Mustafa Kemal Ataturk amat dikenali sebagai seorang yang sangat mengambil berat tentang penampilannya dan bahkan ketika dia tidak boleh bangun untuk berjalan menuju ke biliknya di tingkat atas Istana Dolmabahce, dia tidak berbaring di atas tandu kerana tidak mahu orang melihat dia terlantar sakit seperti itu, bahkan dia lebih rela memilih untuk terus berjalan sendiri menggunakan kerusi roda.
Punca penyakitnya yang juga membawa kepada kema-tiannya adalah kerana masalah ketagihannya yang kuat terhadap rokok dan alkohol dan amalan diet pemakanan yang tidak sihat. Ataturk adalah seorang penagih alkohol berat dan kurang berselera makan. Ini menyebabkan kegagalan fungsi dengan pantas di dalam sel hatinya. Kandungan lemak di hatinya meningkat dengan begitu tinggi dan mula menyekat aliran d4rah.
Ini menyebabkan tekanan d4rah tinggi dan gangguan d4rah beku. Dia pernah mengalami keadaan koma sebanyak dua kali dan tubuhnya menjadi terlalu lemah untuk menyokong nyawanya. Teknologi pemindahan hati belum lagi tersedia pada waktu itu dan doktor berusaha merawatnya dalam beberapa bulan terakhir tetapi sudah terlambat untuk semua itu.
Ataturk adalah pemimpin yang terkenal dan mereka pastinya telah mendiagnosis dan memulakan rawatan sedikit lebih awal tetapi kelewatan itu disebabkan oleh banyak faktor. Ataturk tidak begitu patuh akan nasihat doktornya hingga doktor-doktornya merasa serba salah dan ragu-ragu untuk menasihati Ataturk supaya mengurangkan pengambilan rokok dan alkohol.
Ini juga didorong oleh keengganan beliau untuk mendedahkan masalah kesihatannya kepada rakyat Turki, apatah lagi jika rakyat mendapat tahu bahawa pemimpin Turki mempunyai penyakit yang berkaitan dengan ketagihan rokok dan alkohol yang berat. Ataturk meneruskan sisa hidupnya hingga ke akhir hayatnya, dia meninggal dunia pada 10 November 1930.
Jasad Atatürk dikebumi dan dimakamkan di bawah tanah di tingkat bawah kompleks pemakamannya. Ruang kubur terletak tepat di bawah batu makam simbolik yang diletakkan di tingkat pertama permukaan makam. Ia mempunyai rekabentuk segi lapan dengan gaya seni bina Seljuk dan Uthmaniyah, dan siling piramidnya dihiasi dengan mozek dalam corak geometri.
Lantai dan dinding diturap dan dibalut dengan baldu merah, hitam dan putih. Di tengah-tengah ruang makam terdapat sarkofagus marmar yang menghadap ke arah selatan, iaitu arah Mekah. Cawan tembaga yang mengandungi tanah dari setiap wilayah dan dari Republik Turki Utara Cyprus diletakkan di sekitar sarkofagus marmar.
Walaupun jena-zahnya diawet dan disimpan agak lama, namun jasadnya dimakamkan mengikut proses kaedah pemakaman Islam Sunni kerana dia memiliki latar belakang keluarga Sunni dari ibunya Zubeide Hanimefendi, tetapi dia tidak pernah menganggapnya sebagai sesuatu untuk dipamerkan.
Fitnah-fitnah Lain Terhadap Atatürk
Mustafa Kemal, tidak pernah melarang kaum wanita menanggalkan hijab. Namun, apa yang dilakukannya adalah memberi wanita kebebasan untuk memilih samada mahu memakainya atau tidak. Galakan untuk membuat pilihan ini muncul melalui beberapa undang-undang pentadbiran namun tidak pernah mendorong wanita berhenti memakainya, tetapi mereka mempunyai pilihan sendiri.
Larangan memakai hijab sebenarnya hanya berlaku secara beransur-ansur selepas kema-tiannya oleh pentadbiran Kemalis, yang memuncak pada tahun 70an dan 80an semasa pentadbiran Kenan Evren yang dikatakan, Anatolia pada masa itu adalah masyarakat yang berbeza dan kebanyakan wanita tidak memikirkannya atau terpaksa memakainya. Ini bukan Islam, tetapi ini merupakan produk budaya Turki luar bandar pada tahun 1920-an.
Atatürk melarang kaum lelaki memakai Fez atau tarbus namun dia tidak menghukum dengan berat terhadap sesiapa yang memakai Fez. Pesalah hanya didenda atau ditahan sehingga mereka berjanji tidak lagi memakainya.
Oleh itu, Apa yang Atatürk Lakukan? Kita sudah bercakap mengenai Hijab, sekarang kita bicara mengenai Al-Quran.
Mustafa Kemal Ataturk tidak pernah melarang al-Quran dibaca atau dicetak, Malah, dia tidak melarang ia dibaca dalam bahasa Arab. Ketika dia menubuhkan Diyanet (jabatan agama), dia memperkenalkan Al-Qur’an dalam terjemahan bahasa Turki.
Akan tetapi, para imam diajar bahasa Arab di sekolah Diyanet, dibenarkan membaca Al-Quran Arab dan seperti yang biasa dilakukan di Anatolia, mereka sering mengadakan majlis Cemâts / Jamaats (jemaah) di mana mereka akan duduk bersama kumpulan itu dan hanya membaca surah-surah Al-Quran sambil para jemaah mendengar. Bacaan al-Quran semasa solat Jumaat (Cuma namazı / Salat al-Juma), tidak dilarang.
Sekarang kita sudah faham bagaimana dia mewujudkan pejabat agama dalam pemerintahan untuk menguruskan hal ehwal agama. Ini termasuk juga urusan pembinaan dan pengubahsuaian masjid, Yüksekokuls (sekolah menengah tinggi) dan lantikan Muazzin.
Kalian boleh mempersoalkan kepercayaan peribadi Atatürk tetapi sesungguhnya dia tidak pernah menjadikan Turki sebuah negara dengan undang-undang laicite, mahupun menjadikan Turki sebuah negara ateis. Diyanet mendapat bajet yang kecil dibandingkan dengan hari ini, tetapi ia ditadbir dengan lebih cekap, dan ia menerima dana kerajaan.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, dia telah membun-uh beberapa aliran Tarikat Tasawuf / Sufi yang pada awalnya dibiayai oleh Diyanet, kerana pemberon-takan. Namun hingga kini Tarikat-tarikat yang dikendalikan secara persendirian masih wujud di Turki walaupun selepas pemerintahan Kemal pergerakan seumpama itu adalah dilarang. Fahami ini dengan jelas: dia TIDAK menutup kesemua sekolah Tarikat di seluruh negeri.
Inilah sahaja yang penulis tahu. Sebilangan besar dasar anti-agama dan kejam di Turki muncul setelah kema-tian Ataturk, dalam berbagai keadaan.
RUJUKAN:
Gülrü Necipoğlu-Kafadar. (1996). Dynastic Imprints on the Cityskape; the Collective Message of Imperial Funerary Mosque Complexes in Istanbul. in J.-L.
Vatin, Nicholas. (2017). The Death of Ottoman Sultans. Politika.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih