Kunci kegagalan Jerman berputik daripada keangkuhan untuk enggan berdiplomasi dan bertolak-ansur. Dua unsur negatif tersebut yang menggagalkan Perjanjian Molotov-Ribbentrop, apabila Kesatuan Soviet mengambil Bukovina yang sebelum ini dijanjikan untuk Jerman.

Jerman telah menghantar hampir 4 juta anggota tentera di belakang Walther von Brauchitsch yang gagal memberikan kesan kepada Soviet (Glantz, 2001). Sambil itu Jerman juga membuat pengeb0man berangkai di United Kingdom. Erwin Rommel juga gagal merampas Terusan Suez daripada British susulan kekalahan di El Alamein, Mesir.

Dengan semua perkara yang terjadi di atas, apabila rahang-rahang musuh sudah terbenam diserata sudut Jerman, maka tiadalah harapan yang tinggal melainkan pada 21 April 1945, Georgy Zhukov mengetuai Barisan Belorussian Pertama  mematahkan Kumpulan Ket3nt3raan Vistula dalam Pertempvran Seelow Heights.

Harapan Jerman berada pada Armeeabteilung Steiner dibawah Jeneral Waffen-SS Felix Steiner yang dikehendaki meny3rang Zhukov dari utara. Sementara itu Angkatan Kesembilan pula diarahkan meny3rang ke arah utara, di mana s3rangan tersebut boleh diibaratkan seperti bagaikan tukul dan andas.

Tetapi keesokannya, Ad0lf H1tl3r memasuki pejabat untuk bertanya tentang kejayaan Steiner. Beliau diberitahu bahawa Felix Steiner enggan meny3r4ng kerana musuh 10 kali ganda lebih ramai.

Dan pada masa itu selepas melenting, beliau buat julung kalinya mengaku bahawa “semuanya habis” (Jones, 1989). Susulan pembvnvhan Benito Mussolini pada tangan pemberontak Itali, dia nekad untuk elakkan diri daripada ditangkap.

Begitu teruk m4yat Mussolini dikerjakan seperti dalam gambar. Dan H1tl3r mengambil keputusan untuk t3mbak diri jika terpaksa. Itulah apa yang dibuat, kerana selepas berkahwin dengan Eva Braun pada malam 28-29 April Soviet pun sudah memasuki Berlin.

Keesokannya, Soviet hanya berada beberapa kilometer saja daripada Pejabat Kerajaan yang lantas membuatkan Hitler menepati janjinya tersendiri untuk bvnuh diri dengan men3mbak diri.

Soviet akhirnya mendapat m4yatnya lalu memperlakukannya dengan begitu kasar. M4yatnya dibuang dalam lubang b0m, disimbah petrol dan dinyalakan sementara Berlin tumbang. Menyedari kem4tian ini, Jerman memberikan kuasa kepimpinan kepada Karl Dönitz dan Joseph Goebbels, yang mengisytiharkan bahawa Jerman telah menyerah kalah.

Sebaik sahaja serah kalah, Goebbels pun membvnvh diri bersama isteri dan enam orang anaknya. Semua mereka – H1tl3r, Eva, keluarga Goebbels dan lain lagi – telah dikorek dan ditanam semula berkali-kali (Vinogradov, 2005). Telah disahkan bahawa m4yat mereka telah dib4kar begitu rentung dan hanya rahang bawah sahaja boleh dikenalpasti milik H1tl3r.

Berikut merupakan kesudahan paling bersesuaian dengan individu paling tidak bermoral seperti penguasa Jerman ini. Seperti yang ditulis Ian Kershaw, “tidak pernah dalam sejarah sebuah kerosakan – fizikal dan moral – berkait rapat dengan nama seseorang”.

Dan memang benar pun, kerana kepimpinan Jerman begitu rasis sampai menganggap beberapa kategori masyarakat sebagai untermenschen (separa-manusia).

Dasar Lebensraum telah menyebabkan H0loc4ust dan Generalplan Ost, sekaligus mengani4yai dunia pada skala tidak pernah dibayangkan.

Semuanya bermula dengan taburan dan saduran fitnah pada 30 Januari 1939, “jika pendana-pendana Yahudi antarabangsa dalam dan luar Eropah berjaya membenamkan negara-negara ke kancah pep3r4angan dunia, keputusannya bukanlah Bolshevisme atau kemenangan Yahudi – tetapi kepvpusan bangsa Yahudi di Eropah!”

Hakikatnya bukan Yahudi pun yang memulakan pep3r4ngan sedemikian. Punca kesalahan dapat dijejak semula kepada pemikir-pemikir yang dengan rakus membahagikan masyarakat ketika itu dan menyandingkan keamanan pada nama kebencian dan permusuhan.

Dan pada penghujungnya, H1tl3r sendiri m4ti dalam kesunyian setelah ditinggalkan orang-orang kanan seperti Heinrich Himmler yang ingin berunding damai. Hermann Göring pula menetapkan tarikh kata putus supaya dia berundur. Jika inilah syaitan yang disemai, tentu sekali Paul von Hindenburg (pemimpin Jerman sebelum Hitler) yang tua dan uzur akan mengelakkan memberikan tampuk pemerintahan kepada Ad0lf H1tl3r.

Dan berikutan di atas ialah sejarah kem4tian Hitler dan bagaimana mayatnya diperlakukan dengan sebegitu hina dan benci sekali oleh dunia, maka mengatakan bahawa dia m4ti atau masih hidup di Indonesia ialah claim paling tak berasas dari negara seberang.

RUJUKAN:

Glantz, D. (2001). The Soviet-German W4r 1941-1945: Myths and Realities: A Survey Essay. Pp. 9.

Jones, B. (1989). The Fatal Attraction of (ditapiskan). BBC.

Vinogradov, V.K. (2005). (ditapiskan): Russia’s Last Great Secret from the Files of the KGB. Chaucer Press. Pp. 111.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.