Sementara FaceApp tengah trending, orang berlumba-lumba nak jadi tua, dah ada ahli politik dan media di US pesan berhati-hati guna FaceApp sebab ia “ciptaan Russia”.
Yang berbunyi ni kebanyakan dari parti Democrat. Diorang ni pantang dengar Russia. Sepertimana orang kita memandang Yahudi, begitulah cara diorang memandang Russia.
Sebab tu diorang bengang dengan Donald Trump. Diorang syak Russia dan China tengah melancarkan “cyber warfare” terhadap US. Dan disebabkan serangan siber Russia, Trump dapat memenangi pilihanraya tahun 2016. Diorang syak Trump ni puppet Putin sebab Trump ni baik semacam je dengan Putin.
Jadi, bila diorang tengok FaceApp ni penciptanya orang Russia bernama Yaroslav Goncharov, terus diorang meloncat dan suruh FaceApp disiasat.
Sebagai respon, Goncharov kata kompeni dia pakai perkhidmatan “cloud” Amazon Web Services dan Google Cloud untuk menyimpan data. Dua-dua syarikat US, jadi tak timbul isu data FaceApp boleh diakses oleh kerajaan Russia.
Lagi pun, buat apa Putin nak simpan gambar-gambar muka tua orang?
Democrat mendakwa gambar-gambar tu boleh dipakai untuk menghasilkan video “deep fake” untuk mengelirukan orang ramai. Setiap kedutan dan bintik kat muka korang tu boleh dijadikan sebagai “data” untuk memperhalusi teknologi Russia dalam serangan siber terhadap US.
Lagi pun, setiap kali kita pakai apa-apa applikasi (apps), kita membenarkan pemilik apps untuk mencapai data peribadi FB kita. Manalah kita tahu apa yang Russia nak buat dengan data kita. Tapi “big data” ialah sesuatu yang sangat berguna bagi mana-mana kerajaan untuk memahami demografi atau aspek-aspek kritikal tentang sebuah negara termasuk US. Itu mengancam keselamatan negara US dan sekutu.
Sebab tu Mark Zuckeberg dipanggil untuk buat testimoni depan Kongres US pada April 2018, untuk menjelaskan sejauhmana Russia memanfaatkan FB untuk “bercampur tangan” dalam pilihanraya. Tapi setakat ini, siasatan Mueller tak menunjukkan ada komplot antara Putin dan Trump seperti yang didakwakan.
Walaupun wacana keselamatan siber sekarang (termasuk kes ini) banyak bertumpu kepada keselamatan negara (national security) bukan keselamatan peribadi (personal security), kita kena sedar tentang potensi apps yang melibatkan “facial recognition”, yang mengancam keselamatan peribadi.
Di China, kerajaan sedang bereksperimen dengan drone yang boleh memantau orang ramai dari atas. Keupayaan facial recognition yang ada pada drone membolehkan autoriti “match” orang yang disasar dengan “profile” individu. Tambahan dengan galakan kerajaan ke arah transaksi “cashless”, lagilah kerajaan boleh “trace” segala gerak geri orang yang disasar. Kau pergi mana, beli apa, malah tengah korek hidung pun kerajaan tau.
Benda ni ada baik dan buruknya. Yang baiknya, kegiatan terorisme mudah dibanteras. Belum sempat teroris nak buat apa-apa serangan, suspek dah kena tahan. Sebab tu sangat jarang nak dengar kes-kes terrorist attack kat China.
Yang buruknya, tiada privacy. Kau umpama hidup di bawah pengawasan “Big Brother” seperti dalam novel “1984” George Orwell. Bila kau tak ada rahsia, maka kau tak ada kebebasan. Kebebasan dalam konteks liberalisme moden wujud melalui perbezaan ruang awam (public sphere) dan ruang peribadi (private sphere). Apabila apa yang kau sembang dengan kawan (private sphere) pun dilaporkan kepada autoriti, itu yang membawa kepada fenomena pemerintahan totalitarian.
Tapi since FaceApp dah jelaskan diorang tak buat benda-benda jahat berkomplot dengan kerajaan Russia, jadi chill je lah, kan? Kalau iye pun data kita terlepas ke kerajaan Russia, perlawanan US-Russia ni tak kaitan dengan kita kan? Biarlah ejen Russia tu nak menatap gambar kita dan menganalisa data kita. Chillax.
Kalau takut, maka kurangkanlah pededahan di media sosial dan ruang siber. Selfie tu sekali sekala kongsi ramai-ramai tak per lah. Ni bukan, makan pagi selfie, tengahari selfie, makan malam selfie, atas katil bawah katil pun selfie. Rimas tau.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih