Bila kita sebut tentang wilayah yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, kita pasti terbayang negeri-negeri besar seperti California, Texas atau New York. Tapi ada satu tempat yang jarang disebut, sebuah pulau kecil di Laut Caribbean yang memiliki banyak keunikan; Puerto Rico.
Meskipun terletak jauh dari tanah besar Amerika, Puerto Rico merupakan sebahagian daripada Amerika Syarikat, tetapi statusnya penuh dengan kekeliruan.
Betul ke Amerika Syarikat miliki Puerto Rico?
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Puerto Rico bukanlah sebuah negeri rasmi di bawah Amerika Syarikat, tetapi lebih kepada wilayah tak bergabung. Statusnya sebagai sebuah wilayah luar menjadikannya berada dalam kedudukan yang unik.
Puerto Rico bukan negara merdeka, tetapi juga bukan negeri penuh dalam struktur politik AS. Hal ini menjadikan Puerto Rico berada di persimpangan yang agak pelik antara autonomi dan pengawalan oleh kuasa besar, Amerika Syarikat.
Puerto Rico menjadi milik Amerika selepas Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Ketika itu, Sepanyol yang kalah terpaksa menyerahkan Puerto Rico, bersama dengan beberapa wilayah lain, kepada AS melalui Perjanjian Paris.
Sejak itu, pulau Puerto Rico tidak pernah benar-benar bebas. Pulau ini berada dalam pentadbiran AS, tetapi tidak pernah menjadi sebahagian sepenuhnya dari 50 negeri yang membentuk Amerika.
Rakyat Puerto Rico adalah warganegara Amerika, tetapi mereka tidak mempunyai semua hak yang diberikan kepada rakyat negeri-negeri penuh. Mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya presiden dan tiada kuasa penuh dalam Kongres AS.
Walaupun mereka perlu membayar beberapa jenis cukai, mereka tidak dikenakan cukai persekutuan. Ini menjadikan kedudukan Puerto Rico sangat kompleks dan telah mencetuskan perdebatan yang panjang.
Ada yang mahu Puerto Rico menjadi negeri ke-51, ada juga yang memperjuangkan kemerdekaan penuh dari Amerika. Walaupun begitu, status quo masih bertahan, dengan beberapa manfaat ekonomi yang datang daripada hubungan mereka dengan AS.
Namun, persoalan besar yang masih belum terjawab ialah: sampai bila Puerto Rico akan kekal dalam status yang mengelirukan ini?

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.