Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia semakin gila. Ini memang semua sudah tahu. Ada yang gila sampai terpinga-pinga apabila keluar berita baru tentang COVID-19. Ada yang gila tidak kisah dan selamba balik kampung tanpa sebab.

Habis sesak lebuh raya ke arah negeri yang cepat koyak kalau dipetik. Ada sebab kenapa rentasan negeri kekal disekat.

Ada sebab kenapa solat wajib berjarak. Ada sebab kenapa hubungan fizikal mesti dijauhi. Kerana ujian paling besar zaman ini sebenarnya semakin bertambah buruk.

Pada awal 2020, Malaysia menerima kluster baharu (dan kerajaan baru). Keadaan pada masa itu memang genting. Ramai berjaga-jaga dan mengekalkan sikap waspada yang amat baik.

Infografik pantas untuk faham tentang Delta.

Namun sekarang Malaysia sendiri sedang melalui fasa pαηdemic fatigue. Rakyat sudah tahu tentang COVID-19… tetapi entah kenapa perlu diberi peringatan berkali-kali. Seperti yang diberitahu, ujian semakin buruk. Kerana dunia sekarang sedang mengharungi varian Delta yang lain dari lain.

Pertama sekali, semua harus faham tentang virus dalam konteks COVID-19. Kena belajar dua bahasa saintifik dulu: 1) varian dan 2) strain.

Kedua-duanya berkaitan dan berlainan. Virus adalah negara, strain pula negeri. Bermakna sebuah virus boleh ada banyak strain. Dan strain boleh ada banyak varian, yang merupakan daerah dalam gambaran ini.

Denggi misalnya ada empat jenis strain iaitu DENV-1 hingga DENV-4. Maksud di sini senang saja. Sesiapa yang kena DENV-2 tidak semestinya akan ada imuniti semulajadi pada DENV-3.

Di sini jelas. Semua strain adalah varian. Tetapi bukan semua varian adalah strain. Bahasa mudah: strain mempunyai tingkah laku tersendiri, cara tersendiri dan pembawaan tersendiri (Herrero & Madzokere, 2021).

Masa COVID-19 keluar varian Alpha (B.1.1.7), semua tertanya-tanya: vaksin berkesan tidak? Muncul pula Delta sekarang. Dan jawapannya jelas: vaksin hanya berkesan dalam mengurangkan kadar morbiditi sahaja.

Paru-paru dikerjakan Delta.

Ini ramai sengaja enggan faham. Manusia telah menciptakan seηjαtα (iaitu vaksin) untuk menewaskan COVID-19. Sekarang COVID-19 bermutasi dan memberi jari tengah kepada manusia. Sebab itulah semua langkah pencegahan wajib dipatuhi tanpa sebarang kompromi.

Kerana Delta sekarang ini menular begitu pantas. Untuk beri semua faham, Delta sebenarnya 1,000 kali ganda lebih kuat untuk dibandingkan dengan varian induk yang menular di Wuhan demikian hari (Reardon, 2021).

“Kekuatan” adalah satu definisi sangat rambang dalam bab ini. 1,000 kali ganda adalah dari segi bebanan virus, iaitu “jumlah zarah virus”.

Sebab itulah Delta boleh dikesan dalam masa empat hari sahaja. Tempoh inkubasinya jauh lebih singkat untuk dibandingkan dengan varian induk terdahulu. Ia bergerak tersangat pantas.

Apabila tempoh inkubasinya pendek, pihak kesihatan memang kena bergegas. Dan memang pihak kesihatan bergegas pun. Kalau tidak, Malaysia pasti akan tenggelam lagi. Sekarang ada dua cara untuk menewaskan COVID-19: 1) teruskan vaksin dan 2) kurangkan pergerakan.

Amatlah munafik kalau asyik meratib “kerajaan gagal” tetapi kalianlah muka yang menyemak di lebuh raya pada ambang Aidiladha tanpa sebarang sebab melainkan kepuasan diri untuk bertemu keluarga.

VIDEO:

Jutaan rakyat Malaysia sedang menerima hakikat bahawa kesihatan adalah lebih utama berbanding kepuasan. Fikirkan dulu sebelum membuat tindakan melulu. Kerana nasib Malaysia akan ditentukan dalam masa beberapa hari lagi, susulan kenaikan jumlah kenderaan balik kampung demikian hari.

RUJUKAN:

Herrero, L., & Madzokere, E. (2021, Februari 12). What’s the difference between mutations, variants and strains? A guide to COVID terminology. The Conversation.

Reardon, S. (2021, Julai 21). How the Delta variant achieves its ultrafast speed. Nature.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.