Ilustrasi mempunyai peranan penting bagi psikologi manusia. Sebab itulah media Barat akan menggunakan gambar-gambar tenaga negatif bagi individu-individu dibenci seperti Adolf Hitler contohnya. Manusia prasejarah pula menerima padah apabila artikel-artikel seringkali diiringi gambaran primitif seperti beruk.

Lukisan serta ukiran wajah mereka pula tiada beza dengan kreativiti campuran manusia-beruk. Dan untuk mengeruhkan keadaan, sesetengah orang yang kurang ilmu prasejarah akan memperkudakan agama untuk menyampaikan hujah-hujah palsu.

Namun, gambar yang dikepilkan bersama artikel ini membuka persoalan yang lebih meluas mengenai Homo Neanderthals. Raut wajahnya tiada beza dengan bangsa Eropah pada hari ini. Malah gadis-gadis Melayu yang semakin terbuai dengan drama janggal semestinya terbuka untuk berkahwin dengan orang sebegitu.

Oleh itu, gambar-gambar ilustrasi yang menyekutukan manusia prasejarah dengan kehidupan beruk mestilah diketepikan daripada akal sebentar. Mereka bukan sahaja berakal; malah pemahaman moden bahawa Neanderthals kurang cerdik berbanding Sapiens sendiri tiada sandaran sains.

Manusia Neanderthals hidup di pelusuk Eropah sehingga Asia bermula 350,000 tahun lepas. Namun, 40,000 tahun lepas menandakan kejatuhan mereka sebelum dilenyapkan sehabis-habisnya semasa kebangkitan Homo Sapiens.

Antara hipotesis yang menjelaskan kehancuran Neanderthals menerangkan bahawa mereka tidak semaju Sapiens dari segi mental, fizikal dan teknologi. Pemakanan juga meletakkan mereka pada kedudukan yang tidak cukup untuk hidup dalam dunia persaingan.

Hakikatnya, hipotesis sebegini tidak mempunyai asas saintifik. Neanderthals didapati mampu umpan ratusan lembu liar untuk jatuh dalam gaung sebagai teknik pemburuan. Buktinya adalah penemuan fosil 18 ekor gajah dan lima ekor badak sumbu di dalam sebuah gaung.

Masakan Neanderthals mampu merancang teknik ini jika mereka tidak berkomunikasi dalam kumpulan serta menggunakan persekitaran demi kebaikan sendiri.

Fosil gigi mereka juga menunjukkan kesan kunyahan kacang polong, pistachio, buah zaitun, serta kurma, mengikut apa yang ada di geografi mereka. Bukti yang sama juga terdapat dalam dapur-dapur mereka.

Lebih mengasyikkan lagi apabila pengkaji menemui sisa-sisa ochre yang digunakan untuk mewarnakan badan tentu sekali untuk upacara-upacara kebudayaan tertentu.

Namun hipotesis yang masih berdiri tegak dalam usaha menjelaskan kejatuhan Neanderthals adalah pembiakan bersama Sapiens. Tidak boleh dinafikan bahawa manusia moden mempunyai sisa-sisa genetik yang seakan-akan Neanderthals.

Tetapi kajian genetik juga mencadangkan bahawa hasil-hasil pembiakan Sapiens-Neanderthals melahirkan generasi yang kurang subur, sekaligus menyebabkan kejatuhan Neanderthals sedikit demi sedikit atas asimilasi bersama imigran yang bernama Sapiens.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply