Tinjauan tentang kebersihan di United Kingdom pernah mendedahkan hakikat yang tidak terjangka. 1,000 lelaki British mengaku bahawa mereka melihat cermin 23 kali sehari.
Pihak yang sama mendapati perempuan hanya melihat 16 kali sehari. Ini bermakna, lelaki lebih suka melihat cermin (AFP, 2015).
Kajian ini memang tidak menyeluruh. 1,000 suara tidak membawa sebarang persepsi konstruktif bagi pihak berbilion di dunia ini.
Tetapi andainya konsisten, ada satu realiti menarik di sini. Lelaki kacak melihat cermin untuk mengekalkan ketampanan.
Arnold Schwarzenegger mempunyai 1001 sebab ketika itu untuk tengok cermin.
Yang bermuka tembok pula sekadar cermin diri sendiri sahaja, mencari punca kenapa asyik kena friendzone.
Namun yang tidak kacak jangan pasrah, sebab banyak buaya sebenarnya bermuka tembok.
Persepsi sebegini mungkin kelihatan lucu. Tetapi inilah realiti. Lelaki kadangkala mengemaskan diri, terutamanya jika bujang.
Minyak wangi mesti ada untuk menutup bau badan jika ada (mencegah lebih baik daripada mengubati). Walau bagaimanapun, siapa sangka yang beruk pun mengamalkan cara sama.
Mengenali Spesis Primat Berkenaan
Dunia primat sebenarnya sangat luas. Mereka terdiri daripada pelbagai jenis keluarga seperti cercopithecidae (monyet), hominidae (gorilla) dan hylobatidae (ungka).
Tetapi ada satu lagi keluarga yang harus disebut: lemuridae yang menurunkan beberapa genus lemur di Madagascar.
Sama seperti manusia, lemur jantan juga mengenakan minyak wangi untuk menarik perhatian betina.
Walau bagaimanapun, lemur tidak mampu membuat keputusan berakal. Mereka sebaliknya ditentukan fitrah, seperti musim untuk meng-awan.
Dalam masa setahun, betina hanya memb-iak selama dua hari biasanya pada bulan April.
Benih daripada jantan mengambil masa singkat untuk menyebabkan betina bunting.
Dan anak dilahirkan sekitar Ogos hingga September untuk mengimbangi kitaran populasi Madagascar.
Anak-anak ini pula akan meng-awan setelah mencapai usia tiga tahun, tertakluk jika cukup makanan dari kecil. Jika kurang makan, mereka mungkin bermula setahun lewat.
Tempoh bunting yang singkat ini amat penting untuk kemandirian spesis, kerana mereka seperti manusia hanya melahirkan satu anak pada setiap masa.
Hanya kadang-kadang sahaja mereka direzekikan kembar. Anak-anak mereka mempunyai kebarangkalian tinggi untuk ma-ti awal. Jadi mereka mesti memb-iak.
Sebuah penyelidikan saintis-saintis Jepun mendedahkan cara pemilihan jantan dalam kalangan wanita yang sangat unik.
Menghampiri musim, lemur jantan akan mengeluarkan bahan menarik daripada kelenjar lengan.
Bahan ini kemudian akan disapu pada ekor yang dihayun untuk melepaskan harumannya.
Biasanya kelenjar ini mengeluarkan bau untuk menanda kawasan dan menentukan dasar sosial. Tetapi untuk memb-iak, bahan ini menjadi minyak wangi (Shirasu, et al., 2020).
Tentang Minyak Wangi Lemur
Kelompok jantan dalam kalangan lemur menggunakan feromon syah-wat yang hampir sama seperti haiwan lain.
Malah manusia juga mempunyai feromon ini (Wessel, 2017). Tetapi feromon haiwan lain jauh berlainan untuk dibandingkan dengan anugerah biologi pada lemur ini.
Feromon sedemikian mempunyai haruman bunga atau semerbak buah-buahan. Betina yang menghidu akan berasa tertarik dengan jantan, bagaikan dicalit minyak dagu.
Bayangkanlah, sepanjang tahun kelenjar lengan ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan (pada hidung manusia).
Tetapi sampai saja musim meng-awan, baunya bertukar wangi. Saintis meniru bau ini untuk disapu pada kapas.
Terbukti bau ini menarik betina, kerana banyak menghampiri kapas tersebut.
Analisis kimia mengenal pasti tiga jenis molekul bau yang terdapat pada feromon ini. Saintis mengandaikan bahawa hormone testosterone dalam kalangan jantan yang menyebabkan pengeluaran bau ini.
Hormon ini dihasilkan kerana musim mengawan, seperti ditentukan naluri binatang. Apabila mencapai usia, mereka secara automatik (melainkan jika ada masalah yang belum diketahui) akan memperolehi kebolehan ini.
Tetapi golongan saintis juga sedang berkhilaf dari segi pendapat. Ada yang menyatakan bahawa tarikan syah-wat tidak semestinya berlaku. Bau ini sekadar menarikkan perhatian, tanpa menaikkan naf-su haiwan (Weisberger, 2020).
Ada banyak pengajaran di sini. Buat kaum hawa, kalau kalian keluar dengan lelaki yang terlupa pakai minyak wangi, tolong hantar artikel ini untuk mereka baca.
RUJUKAN:
AFP. (2015, Mei 18). Men check themselves out more than women: study. New York Daily News.
Shirasu, M., et al. (2020, Jun 8). Key male glandular odorants attracting female ring-tailed lemurs. Current Biology. 30 (11): 2131-2138.
Weisberger, M. (2020, April 23). Male lemurs ‘stink flirt’ using fruity, floral love potion. Live Science.
Wessel, L. (2017, Mac 7). Do human pheromones actually exist? ScienceMag.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih