Dahulu, jika manusia mahu mendapatkan makanan, mereka perlu memburu atau mengutip hasil di hutan atau lautan. Tetapi semua itu berubah apabila manusia belajar bertani belasan ribu tahun yang lalu. Tiada siapa menyangka dengan belajar bertani, ia membuatkan manusia pra-sejarah menjadi pendek!

Ini berdasarkan keputusan DNA dan ukuran 167 rangka manusia pra-sejarah yang ditemui sekitar Eropah dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Proceedings of the National Academy of Sciences. . Kebanyakan rangka ini bertarikh sebelum, selepas atau sekitar masa aktiviti pertanian muncul di benua berkenaan kira-kira 12,000 tahun lalu.

Pertukaran gaya hidup daripada memburu-mengutip hasil hutan/lautan kepada bertani mengakibatkan ketinggian manusia ketika itu mengalami pengurangan purata 1.5 inci. Ketinggian rendah merupakan petanda masalah kesihatan oleh kajian ini disebabkan mereka tidak mendapat nutrisi mencukupi daripada tanaman makanan yang diusahakan.

Pertanian mula diamalkan di Eropah tetapi ia tidak berjalan serentak seperti disangka ramai orang. Ia dikatakan bermula di Greece 9,000 tahun lalu. Tetapi di kawasan sebelah barat seperti Britain, ia mengambil masa lebih 2,000 tahun lagi sebelum ia dimulakan. Tempat paling lewat menyaksikan pertanian di Eropah pada tempoh itu ialah rantau Scandinavia.

Untuk kajian ini, 167 rangka iaitu 67 rangka wanita dan 100 rangka lelaki dari era Neolitik hingga Zaman Besi diukur. Inidividu dari Zaman Neolitik mempunyai purata 1.5 inci lebih pendek daripada individu-individu sebelumnya dan 0.87 lebih pendek daripada individu-individu selepasnya.

Ketinggian manusia kemudiannya bertambah secara berkala mengikut setiap zaman iaitu Zaman Tembaga (0.77 inci), Gangsa (1.06 inci) dan Zaman Besi (1.29 inci). Keputusan ini turut mengambil kira faktor genetik di mana sesetengah rangka tinggi disebabkan faktor berkenaan dan bukan faktor persekitaran. 80% ketinggian rangka disumbang oleh faktor genetik dengan 20% lagi disumbang oleh faktor persekitaran.

Disebabkan ini hanya membabitkan 167 rangka individu, penulis kajian Profesor Stephanie Marciniak berpandangan untuk kajian seterusnya, ia harus melibatkan set data yang lebih besar. Ini dapat membantu komuniti saintifik mengenalpasti punca manusia menjadi pendek dan ramalan ketinggian mereka semasa beralih daripada memburu-mengutip hasil kepada bertani.

RUJUKAN

Chadwick, J. (2022, 8 April). Farming made our ancestors SHORTER! Switch from hunter-gatherer lifestyles to crops 12,000 years ago took an average 1.5 inches off their height, study finds. Daily Mail.

Sumber gambar: Heritage of Japan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply