Tahukah anda bahawa suatu ketika dahulu dunia pernah bersatu untuk selamatkan seorang Firaun yang hampir lemas?
Ceritanya begini, pada tahun 1960-an, kerajaan Mesir rancang untuk bina sebuah empangan yang dikenali sebagai Aswan High Dam. Empangan ini dibina bagi menyuburkan lagi lembah Sungai Nil serta menghasilkan tenaga elektrik untuk negara tersebut.
Namun, ada masalah besar yang timbul akibat pembinaan empangan ini. Masalahnya adalah Firaun Ramesses II bakal ‘lemas’ disebabkan kewujudan empangan ini.
‘Lemas’ yang dimaksudkan adalah Kuil Abu Simbel milik Firaun Ramesses II yang bakal tenggelam dan musnah. Hal ini disebabkan kuil tersebut berada betul-betul di tebing Sungai Nil dan terdedah secara langsung kepada kenaikan paras air sungai itu akibat empangan tersebut.
Menyedari ancaman ini, kerajaan Mesir segera merayu kepada dunia untuk menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan warisan berharga ini. Melalui UNESCO, kira-kira 30 buah negara menyahut rayuan tersebut dan bersatu dalam misi menyelamatkan Ramesses II.
Rancangannya, kuil Abu Simbel akan dipotong mengikut blok-blok sebelum dibawa keluar untuk dicantumkan kembali di tapak yang baru.
Kerja-kerja pemotongan dimulakan pada tahun 1963. Hasilnya, ribuan blok dengan berat purata 20 tan setiap satu berjaya dialihkan. Proses ini bukan sahaja memerlukan ketelitian dan ketepatan yang tinggi tetapi juga koordinasi yang rapi antara pakar-pakar dari pelbagai negara.
Setiap blok batu yang diambil dari kuil asalnya telah dilabel dan dipetakan dengan teliti supaya dapat dipasang semula dengan tepat di lokasi baru.
Pada tanggal 22 September 1968, ribuan blok kuil berjaya dicantumkan kembali dan Ramesses II secara rasminya berjaya diselamatkan. Lokasi baharu bagi Abu Simbel kini berada pada ketinggian 60 meter lebih tinggi dari tapak asal dan berjarak 200 meter dari tebing Sungai Nil.
Operasi ini bukan sahaja menyelamatkan kuil tersebut daripada tenggelam, tetapi juga memastikan bahawa warisan sejarah yang amat berharga ini dapat dikagumi oleh generasi akan datang.
Misi penyelamatan ini tidak hanya menyelamatkan sebuah monumen, tetapi juga menjadi simbol persatuan dan kerjasama antarabangsa yang luar biasa. Operasi yang menelan kos kira-kira 40 juta USD ini kemudian dinobat sebagai salah satu cabaran kejuruteraan yang terhebat dalam sejarah manusia.
Kejayaan ini menjadi bukti bahawa apabila manusia bersatu untuk tujuan yang murni, tiada apa yang mustahil. Kuil Abu Simbel kini kekal sebagai saksi kepada usaha gigih dan kesungguhan masyarakat global dalam melindungi warisan budaya Tamadun Mesir Purba.
Oleh: Fakhry Harraz
—-
Korang pasti tertanya, kenapa satu dunia bersungguh sangat nak selamatkan monumen Ramesses II, kan?
Berita baik, kami ada jawapannya dalam KITAB TAMADUN MESIR PURBA. Dalam buku ini, ada cerita pasal Ramesses II dan sejarah Mesir Purba yang pastinya buat korang tergamam!
Nak tahu? jom dapatkan segera: https://s.shopee.com.my/1fxidHJtbM

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply