Bila kita sebut pasal Mongol, kita pasti akan gerombolan pasukan berkuda yang menakluk dari Asia Tengah hingga ke Eropah dan Timur Tengah. Namun, di sebalik kegemilangan Mongol sebagai penakluk terhebat dalam sejarah, Mongol pernah gagal dalam usaha mereka untuk menakluk sebuah negara, iaitu Jepun.
Tapi, bagaimana sebuah empayar yang begitu perkasa boleh gagal menundukkan negara kepulauan di timur Asia itu?
Pada abad ke-13, Kublai Khan, cucu kepada Genghis Khan dan pemerintah Dinasti Yuan di China, arahkan Jepun untuk tunduk di bawah kekuasaan Yuan. Jepun yang diperintah oleh Shogun Kamakura, menolak sebarang bentuk penguasaan asing. Berang dengan keengganan ini, Kublai Khan menghantar armada pertamanya ke Jepun pada tahun 1274.
Serangan pertama ini melibatkan sekitar 900 kapal dan lebih 30,000 tentera, termasuk askar dari China dan Korea. Tentera Jepun, yang terdiri daripada samurai dan pasukan tempatan, berusaha mempertahankan tanah air mereka.
Perbezaan taktik pertempuran amat ketara. Tentera Mongol gunakan panah beracun, bom tangan, dan taktik berkumpulan, manakala samurai lebih selesa dengan pertempuran satu lawan satu. Pada mulanya, tentera Mongol kelihatan lebih unggul.
Namun, ketika pertempuran berlangsung, satu peristiwa luar biasa berlaku. Ribut besar tiba-tiba melanda perairan Jepun, lantas memusnahkan sebahagian besar kapal Mongol dan memaksa mereka untuk berundur. Jepun terselamat, dan ribut ini dikenali sebagai kamikaze atau “angin dewa.” Orang Jepun percaya bahawa Kamikaze ialah perlindungan dewa terhadap negara mereka.
Tidak berputus asa, Kublai Khan mengatur serangan kedua pada tahun 1281. Kali ini, beliau hantar angkatan yang lebih besar. Kira-kira 4,000 kapal dan lebih 140,000 tentera Mongol. Tentera Jepun, yang telah bersiap sedia sejak serangan pertama, membina tembok pertahanan di persisiran pantai Kyushu dan menggunakan taktik gerila untuk halang pendaratan Mongol.
Walaupun Mongol masih memiliki kelebihan dari segi jumlah dan teknologi, mereka menghadapi cabaran besar. Selepas beberapa minggu bertempur, sekali lagi, Jepun diselamatkan oleh kamikaze. Ribut taufan itu menghancurkan kapal-kapal Mongol dan membunuh sebahagian besar tentera mereka. Ini menamatkan impian Kublai Khan untuk menakluk Jepun.
Kegagalan Mongol di Jepun berpunca daripada beberapa faktor. Selain daripada ribut yang memusnahkan armada mereka, perancangan logistik yang lemah, perbezaan medan pertempuran, dan ketahanan pertahanan Jepun juga mainkan peranan penting.
Usaha Mongol untuk menawan Jepun adalah satu daripada beberapa kegagalan besar dalam sejarah mereka. Ini membuktikan bahawa walaupun Mongol adalah penakluk terhebat di daratan, namun lautan tetap menjadi cabaran yang sukar mereka takluki.
Kisah ini menjadi simbol kekuatan Jepun, serta memperkuat kepercayaan mereka terhadap perlindungan dewa. Malah, konsep kamikaze terus menjadi sebahagian daripada budaya Jepun, terutama ketika Perang Dunia Kedua. Apabila juruterbang Jepun menamakan serangan mereka sempena “angin dewa” yang selamatkan mereka daripada Mongol berabad-abad sebelumnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.