Di satu kawasan di Pergunungan Caucasus yang menjadi sebahagian daripada wilayah Rusia, wujud ratusan monumen lama misteri yang berusia ribuan tahun. Monumen-monumen yang berasaskan batu besar/megalit itu dikenali sebagai dolmen. Tetapi sehingga hari ini, sejarawan dan pengkaji arkeologi masih menggaru kepala tentang apa sebenarnya dolmen ini.

Salah satu perkara yang menjadi pencetus perselisihan berkenaan dolmen ialah usia sebenar struktur-struktur ini. Ada yang berpandangan usia struktur-struktur megalit ini sekitar 4,000 hingga 6,000 tahun. Tetapi ada juga yang percaya usia sebenar struktur-struktur ini sebenarnya sekitar 10,000 hingga 25,000 tahun!

Contoh dolmen yang ditemui di Lembah Sungai Jane, Caucasus. Sumber: Фото Unwrecker/CC BY-SA 3.0

Struktur-struktur megalit purba banyak dilaporkan di seluruh dunia dari benua Eropah hinggalah Afrika dan Asia. Tetapi dolmen jarang diketahui oleh pengkaji arkeologi kerana ia terletak dalam kawasan yang pernah membentuk Kesatuan Soviet. Disebabkan pihak Soviet banyak merahsiakan dapatan mereka dalam arkib dari insiden tsunami hinggalah kemalangan udara, tidak banyak maklumat muncul pada ketika itu.

Tetapi sebelum kita sambung, inilah masanya untuk korang dapatkan SOVIET DI HUJUNG JARI. Ini kerana masih banyak rahsia Soviet yang masih belum diketahui. Tengah diskaun lagi, harga memang cun! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Soviet-Di-Hujung-Jari-i.238336777.6768174598

Kebanyakan dolmen ini ditemui di barat Caucasus yang meliputi bahagian Rusia dan Abkhazia (wilayah autonomi Georgia yang disokong Moscow). Dolmen dianggap unik kerana setiap blok binaan megalitnya mempunyai satu lubang kecil di hadapan seperti mata makhluk mitologi Yunani, Cyclops.

Setiap megalit dibentuk mengikut sudut 90 darjah bagi membentuk bulatan atau sebagai bucu pada setiap blok. Dolmen mudah dibina memandangkan majoriti batu megalit yang digunakan merupakan batu pasir atau batu kapur yang mudah dibentuk mengikut keperluan pembinanya. Disebabkan saiz blok megalit yang besar, kerja membawa dan mengangkatnya ke tapak-tapak dolmen ini bukan sesuatu yang mudah dengan jarak boleh saja mencecah puluhan kilometer.

Hari ni kami beri potongan harga besar. Setiap buku asalnya RM28 HARI INI boleh dibeli RM20 sahaja! Rebutkan peluang ni dan layari https://shopee.com.my/thepatriotsasia untuk beli.

Walaupun wujud sedikit variasi dalam kebanyakan dolmen ini, ia berkongsi banyak persamaan dengan pelbagai struktur megalit yang ditemui di seluruh dunia. Selain Rusia dan Abkhazia, struktur-struktur megalit turut ditemui di negara-negara lain seperti Belanda, Britain, Denmark, India, Ireland, Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal) dan Sweden.

Jadi, apa sebenarnya fungsi struktur-struktur megalit seperti dolmen ini? Sejujurnya, tiada siapa pun tahu fungsi struktur-struktur megalit ini. Ini berikutan tiada rekod bertulis pada zaman prasejarah yang menerangkan fungsi dan sebab ia dibina. Atas sebab itu, pengkaji arkeologi hanya mampu berspekulasi tentang sebab ia dibina dan fungsinya kepada komuniti yang ada ketika itu.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Di barat Caucasus sahaja, terdapat 3,000 buah struktur dolmen yang ditemui. Penduduk tempatan percaya dolmen ini sebenarnya ialah kawasan perkuburan lama sama ada untuk tujuan persendirian atau untuk figura terhormat dalam masyarakt oleh pembinanya. Fungsinya kemudian digunakan oleh budaya-budaya lain untuk tujuan sama.

Secara kasar, melihat dolmen tanpa sebarang khazanah bernilai di dalamnya patut sudah cukup untuk menyelamatkannya daripada dirosakkan oleh tangan-tangan manusia. Malangnya, itu tidak berlaku. Bukan sedikit dolmen yang dijarah, dirosakkan atau dimusnahkan berdasarkan rekod sejarah dan pemerhatian pengkaji arkeologi.

Ramai sejarawan percaya kebanyakan dolmen yang dimusnahkan berlaku semasa era Perang Dunia Kedua (WWII) atau Perang Patriotik di Rusia. Disebabkan saiznya yang besar, sesetengah tentera yang tidak bertanggungjawab melihat dolmen sebagai tempat terbaik untuk melupuskan saki-baki peluru kereta kebal yang tidak digunakan. Tindakan mereka bukan saja memusnahkan struktur dolmen secara fizikal. Malah, ia menafikan peluang untuk sejarawan dan pengkaji arkeologi untuk mengkaji struktur misteri prasejarah itu.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Ancient-Origins. (2016, 2 Julai). 25,000-Year-Old Buildings Found in Russia.

Manaev, G. (2020, 7 Mac). Did you know Russia has 3000 megalithic tombs?. RBTH.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply