Pengaruh media sosial telah menandingi arus perdana. Jadi dewasa ini banyak pendapat berlegar dengan bebas tanpa dibatasi kepentingan. Hanya kehendak sahaja yang menentukan jika sesuatu hujah akan diudarakan.
Ilham mudah menjadi ideologi, bukan sekadar di lubuk politik. Malah alam sosial sekarang diisi dengan fahaman menarik berkaitan kesihatan dan persekitaran. Salah satu fahaman tersebut sekarang menempelak gula.
Gula sememangnya suatu penipuan besar. Rasanya manis di bibir tetapi hanya untuk sementara. Katanya gula harus diambil secara terkawal, dalam lingkungan 25 hingga 36 gram satu hari.
Tetapi bukan mudah untuk kekal dibawah lingkungan ini. Gula tidak terhad pada minuman dibancuh sahaja. Banyak produk hari ini penuh dengan gula, seperti kuih-muih dan mentega kacang misalnya.
Dan jika gula diambil secara berlebihan, macam-macam hal pula yang terjadi (Kubala, 2018).
Jadi manis sekarang bagaikan menempah masalah pada masa akan datang, seolah-olah penipuan pula. Apabila bercakap tentang “berlebihan”, tentu sekali minuman-minuman bergas harus dibincangkan.
21 peratus daripada pasaran minuman di Malaysia ialah produk minuman berkarbonat (Nielsen, 2019). Dan sebahagiannya dipelopori sebuah jenama terkenal bernama Coca-Cola.
Syarikat The Coca-Cola Company ditubuhkan pada 29 Januari 1892 oleh John Stith Pemberson dan Asa Griggs Candler yang menggunakan daun coca dan kacang kola.
Ia menjadi jenama yang sangat popular, hingga wujud suatu perkataan baharu iaitu cocacolanization (gabungan Coca-Cola dan C0l0niz4tion). Tetapi hari ini Coca-Cola sudah tidak lagi dipandang sebagai suatu agenda Barat terutamanya Amerika Syarikat.
Sebaliknya ia dikecam kiri dan kanan oleh kerana penggunaan gula yang terlalu tinggi. Asasnya Coca-Cola menggunakan 10.6 gram gula untuk memaniskan setiap 100 ml minumannya.
Bermakna setiap tin 320 ml mengandungi 33.9 gram gula. Satu tin Coca-Cola hampir melebihi had gula satu hari (25 hingga 36 gram)!
Memang melampau. Untuk meletakkan perspektif, sebungkus Gula Prai boleh memenuhi keperluan 29 tin.
Dan satu tin ini dikatakan boleh menjejaskan kesihatan selama satu jam. Di luar negara, satu tin ini mempunyai 37 gram (enam kali ganda daripada saranan WHO). Kerap minum Coca-Cola akan menyebabkan kencing manis dan obesiti (Marengo, 2019).
Sebab itulah sekarang ini ada cukai gula dalam beberapa negara, bertujuan untuk 1) memaksa pengeluar kurangkan gula (atau mungkin hasil jualan berkurangan sebab mahal), 2) menggunakan cukai itu untuk menampung perbelanjaan kesihatan dan 3) memaksa pengeluar cari alternatif.
Coca-Cola ialah syarikat yang berjaya menawarkan alternatif. Mereka membawa jenama Coke Zero, dipasarkan dengan label “tanpa gula”.
Dan memang benar, minuman ini tiada gula. Tanpa gula juga tiada kalori, lemak dan protein. Cuma untuk memaniskan minuman, Coca Cola menggunakan pemanis alternatif yang keselamatannya dipersoalkan.
Pemanis tersebut ialah aspartame dan acesulfame potassium (Ace-K). Bahasa kedua-dua pemanis ini memang terlalu tinggi untuk difahami marhaen secara menyeluruh.
Tetapi hakikatnya, masalah kesihatan tetap berlaku. Obesiti tetap terjadi juga, seperti yang disahkan sebuah kajian lapan tahun yang melihat kesan pemanis tiruan ini (Fowler, et al., 2008).
Pengganti gula ini barangkali menjadi punca diabetes, seperti yang dilihat pada 66,118 wanita dalam sebuah penyelidikan 14 tahun (Fagherazzi, et al., 2013).
Tidak cukup dengan itu, pemanis tiruan juga boleh menyebabkan peny4k1t jantung dan ginjal dan meningkatkan r1s1ko masalah tulang (osteoporosis).
Jadi Coke Zero sememangnya bukan suatu alternatif. Malah mungkin ia lebih berb4h4ya berbanding Coca-Cola biasa.
Sekalipun tidak berkalori, ia tetap mengundang masalah. Mungkin masalah ini tidak datang sekarang. Namun satu hari nanti, siapa tahu?
RUJUKAN:
Fagherazzi, G. et al. (2013). Consumption of artificially and sugar-sweetened beverages and incident type 2 diabetes in the (bahasa Perancis) cohort. Am J Clin Nutr. (3) 97.
Fowler, S.P., et al. (2008). Fueling the obesity (ditapiskan)? Artificially sweetened beverage use and long-term weight gain. Obesity (Silver Spring). 16 (8).
Kubala, J. (2018, Jun 3). 11 reasons why too much sugar is bad for you. Healthline.
Marengo, K. (2019, November 6). Is Coca-Cola bad for you? Medical News Today.
Nielsen. (2019, Julai 18). Hitting the sweet spot.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih