Bertahun-tahun WWE memainkan tema “End of an Era”, sesuatu yang mungkin kelihatan agak dramatik. Tetapi sekarang tengok balik, memang betul pun. The Undertaker sudah bersara sepenuh masa; begitu juga Shawn Michaels. Triple H pula telah berundur daripada gelanggang kerana masalah jantung. Kane sekarang menjadi Datuk Bandar Knox County atas tiket Republican. Dan sekarang, giliran Vince McMahon pula untuk berangkat daripada WWE. Namun isu melibatkan Vince sekarang sangat serius hingga mampu menjejaskan integriti WWE.

Pertama sekali, industri hiburan sedang mengharungi “peralihan moral” yang bermula sejak tahun 2017. Mungkin ramai tidak tahu pasal Harvey Weinstein, seorang pembikin filem (film producer) yang dituduh mencabul pelakon-pelakon wanita (Davies & Khomami, 2017).

Harvey Weinstein.

Beliau didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman 23 tahun dalam penjara. Sejak Weinstein tumbang, banyak syarikat hiburan mula membuat “suasana selamat” pada pekerja-pekerja wanita supaya tidak lagi dicabul “powerful, influential bosses”. Dengan ada pula kes-kes macam Jeffrey Epstein dan Ghislaine Maxwell – sampai Putera Andrew (anak Ratu Elizabeth) terpalit sekali, perjuangan ini bertambah rancak sampai jadi ribut.

Dan ribut ini nampaknya sudah sampai di WWE.

Punah Legasi Kerana Tindakan Sendiri

Vince McMahon sudah beberapa kali berdepan dengan tuduhan sebegini – tetapi lebih pada fitnah sebenarnya. Pada tahun 2006, beliau dituduh mengganggu seorang pekerja di Boca Raton, Florida. Namun bukti mendapati beliau berada di Miami pada hari kejadian (Meltzer, 2006). Malah waktu kejadian juga pihak menuduh salah. Jadi kes ditutup terus, membebaskan Vince daripada apa-apa dakwaan. Kes ini lebih kurang sama dengan tuduhan 1992, katanya Vince merogol seorang pengadil bernama Rita Chatterton. Tiada dakwaan rasmi dilemparkan terhadap Vince untuk kes 1992.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tetapi itu kes 1992. Lain dengan kes tahun 2022 yang mencalar legasi beliau. Untuk kes 2022, nama beliau mula terpalit susulan timbul dakwaan pasal bayaran “tutup mulut” (hush money). Katanya seorang bekas pekerja pernah dibayar AS$3 juta supaya tutup mulut dan jangan cakap pasal hubungan sulit bersama Vince. Tuduhan ini sangat berat. Jadi pihak WWE wajib menyiasat untuk 1) membersihkan nama Vince atau 2) damage control. Masalah bertambah rumit apabila bekas-bekas pekerja lain mula bersuara cakap dapat bayaran sama. Kalau ikut tuduhan sekarang, Vince katanya membayar AS$12 juta untuk menutup mulut beberapa wanita (Calia, 2022).

Malah satu kes melaporkan Vince bayar AS$7.5 juta, kali ini kepada seorang bekas ahli gusti yang dihubung secara sulit. Pada tahun 2005, ahli gusti ini dilepaskan WWE kerana enggan ‘bersama’ Vince lagi (Nash, 2022).

Jasa Tetap Jasa

Pertama sekali, tuduhan terhadap Vince sekarang adalah “hubungan sulit”. Bukannya rogol macam Harvey Weinstein. Memang jelas “Weinstein Effect” sedang tiup kencang, mendedahkan krisis moral dalam banyak syarikat. Tidak boleh tolak kebarangkalian tuduhan rogol akan mula dilemparkan. Tetapi buat masa ini, belum lagi. Jadi kita wajar berbicara sedikit sebanyak pasal jasa Vince memandangkan beliau sudah bersara. Memang gila kalau nak cakap beliau tiada jasa. Industri gusti menjadi rancak kerana ilham dan strategi beliau.

Vince semasa mula mengatur langkah WWF.

Bayangkan – beliau membawa perhatian negara daripada industri tinju masuk industri gusti. Cuba fikir balik, siapa penggusti-penggusti agung pada zaman 1970-an? Tidak ramai yang ingat. Entahnya tiada siapa tahu. Tetapi orang ramai boleh saja kenang Muhammad Ali sebagai peninju agung. Sensasi tinju mengangkat Mike Tyson, George Foreman dan Evander Holyfield.

Jadi Vince masuk dalam industri gusti pada tahun 1979 dengan sebuah syarikat baharu. Beliau mengasaskan Titan Sports yang menjadi “kuda tunggangan” untuk membawa nama WWF. Titan Sports diterajui gandingan suami isteri (Vince dan Linda McMahon) sepanjang 1980-an. Pada masa ini, mereka gigih mengembangkan branding WWF. Kerja mereka adala mencari identiti-identiti sendiri yang boleh menjadi lagenda macam Tyson, Foreman, Holyfield. Dan dari sinilah datangnya Hollywood Hulk Hogan, Andre the Giant, Mr. T dan ramai lagi.

Hulk Hogan bersama Macho Man Randy Savage

Dengan identiti-identiti ini, Vince berjaya merangkul perhatian negara. 1980-an dikatakan “wrestling golden age” yang disambung pada dekad kemudian dengan wajah-wajah baru. Ramai anak muda sekarang membesar dengan WWF yang megah betul sepanjang 1990-an. Inilah era datangnya The Undertaker, Kane, Shawn Michaels, The Rock, Stone Cold Steve Austin, Ken Shamrock, Owen Hart, Bret Hart dan ramai lagilah.

Era awal 1990-an.

 

Era akhir 1990-an (Attitude)

Semua nama ini saya lempar tanpa perlu research pun. Kita semua ingat nama-nama ini.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Apa pengajaran kita boleh dapat dari sini? Cuba tengok balik macam mana Vince angkat industri WWF. Branding. Kalau kalian peniaga, itu yang kalian kena fokus. Kalian jual lempeng sekalipun kalau ada branding kuat, mesti orang cari. Pengajaran ini boleh dijadikan contoh ikutan… kerana kadang orang beli bukan kerana sedap pun… mereka beli kerana jenama. Dan penat-penat bina jenama, jangan sesekali melangkaui asas moral. Kerana krisis moral boleh meranapkan susah payah berpuluh tahun.


Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Calia, M. (2022, Jun 15). WWE board investigates secret $3 million hush payment by CEO Vince McMahon, report says. CNBC.

Davies, C., & Khomami, N. (2017, Oktober 21). Harvey Weinstein: a list of the women who have accused him. The Guardian.

Meltzer, D. (2006, Februari 2). McMahon situation to get more publicity. Wrestling Observer Newsletter.

Nash, A. (2022, Julai 8). Report: Vince McMahon Paid Over $12 Million in Hush Money to Multiple Women. Coming Soon.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply