Saya telah di’tag’ oleh sahabat saya tentang satu penulisan yang menyatakan bahawa Sultan Salim I dan Daulah Uthmaniyah hanyalah sama seperti penjajah-penjajah barat iaitu Portugis, Belanda, Perancis dan sebagainya.
Sultan Salim I didakwa menjajah Mesir dan melakukan kezaliman. Benarkah begitu?
Tuduhan ini selalunya datang dari pihak-pihak yang anti Uthmaniyah seperti Orientalis dan Nasionalis Arab. Sebenarnya tuduhan ini telah lama dijawab oleh ramai ahli akademik. Antaranya Ahmed Akgunduz dan Prof Mehmet Maksudoglu.
Terlebih dahulu, saya ingin menjawab tentang peribadi Sultan Salim I dan penguasaannya ke atas Mesir:-
1) Sultan Salim I memiliki peribadi yang sangat baik. Hal ini diakui oleh Dr Ali Muhammad As-Solabi. Beliau menulis:-
“Sultan Salim merupakan seorang yang berpengetahuan tinggi, dihormati, dan bijaksana. Budi pekertinya sangat elok, berpandangan jauh, berfikiran luas, mahir dalam urusan pentadbiran dan sangat tegas”.
2) Sultan Salim menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang membaca Al Qur’an. Ini tanda kemuliaan yang Allah berikan padanya.
3) Para ulama Uthmaniyah mengiktirafnya sebagai mujaddid kerana jasa-jasanya yang besar kepada Islam.
4) Dua orang Sultan Sufi yang sangat berjasa kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menyekat perkembangan Syiah ialah Sultan Salahuddin Al Ayyubi yang menyekat pengaruh Kerajaan Syiah Fatimiyyah dan Sultan Salim I Uthmaniyah yang menyekat pengaruh Kerajaan Syiah Shafawiyah.
5) Begitu jahatnya kerajaan Shafawiyah ini dan begitu bencinya mereka kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga mereka memusnahkan makam dua orang tokoh yang sangat dihormati oleh Sunni iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan Imam Abu Hanifah, iaitu ketika Shah Ismail (Sultan Shafawiyah) menawan Baghdad tahun 1512.
Pada tahun 1534, Daulah Uthmaniyah berjaya menawan kembali Baghdad dari tangan Shafawiyah, maka putera Sultan Salim iaitu Sultan Sulaiman al-Qanuni membaik pulih dan memelihara kembali makam Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan Imam Abu Hanifah.
6)Kerajaan Shafawiyah juga bersekongkol dan bekerjasama dengan Portugis dalam memerangi Daulah Uthmaniyah. Kerajaan Shafawiyah mengiktiraf kuasa Portugis di Hormuz.
7) Sebelum menyerang kerajaan Shafawiyah, Sultan Salim mengutuskan surat kepada Shah Ismail agar beliau bertaubat dari kejahatan-kejahatannya. Namun surat itu diabaikan. Shah Ismail berterusan mengancam Daulah Uthmaniyah dan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
8) Dengan itu, pada tahun 1514, Sultan Salim melancarkan perang ke atas kerajaan Shafawiyah dalam Perang Chaldiran dan baginda memperolehi kemenangan.
9) Sultan Salim I pernah mengutuskan surat kepada Sultan Mamluk di Mesir untuk bekerjasama dengannya dalam menyekat fahaman Syiah yang dikembangkan oleh Kerajaan Shafawiyah. Namun Sultan Mamluk mengambil sikap neutral. Lebih malang lagi, Sultan Mamluk kemudiannya menyokong dan membantu Kerajaan Syiah Shafawiyah.
10) Tidak dinafikan bahawa Sultan-sultan Mamluk yang terdahulu sangat berjasa pada dunia Islam terutamanya dalam menewaskan Mongol dan tentera salib Eropah seperti Sultan Zahir Baybar, Sultan Saifuddin Qutuz dan Sultan Qalawun. Namun Sultan Mamluk yang sezaman dengan Sultan Salim ini iaitu Sultan Qansu Ghawri adalah sultan yang zalim dan melanggar syariat-syariat Islam.
11) Punca utama Sultan Salim Uthmaniyah menyerang Mesir adalah kerana para ulama Mesir meminta pertolongan Sultan Salim untuk membanteras kekejaman Sultan Qansu Ghawri.
12) Para ulama Mesir telah mengadakan pertemuan sulit dengan seorang duta Uthmaniyah yang datang ke Mesir. Mereka mahu meminta pertolongan Sultan Salim I bagi membenteras kezaliman yang dilakukan oleh Sultan Qansu Ghawri. Para ulama Mesir mendakwa Sultan Qansu Ghawri telah melanggar hukum-hukum Allah. Oleh itu, mereka sangat mengharapkan agar Sultan Salim I menyerang Sultan Qansu Ghawri di Mesir.
13) Rakyat jelata juga sangat mengharapkan agar Sultan Salim I dapat menewaskan Sultan Qansu Ghawri. Ini dapat dibuktikan ketika Sultan Ghawri mengunjungi Syria, kanak-kanak di Halab memerlinya dengan teriakan “Semoga Allah yang Maha Berkuasa membantu kamu wahai Sultan Salim!”
13) Sebab itulah selepas Sultan Salim I berjaya menakluki Mesir, baginda berkata kepada Tuman Bey II seperti berikut:-
“Aku datang menyerang kamu (Mesir) ini hanya kerana menurut fatwa seluruh ulama. Aku sebelum ini mengarahkan jihadku ke atas Rafidhah (kerajaan Shafawiyah) dan kaum perosak (Portugis). Namun apabila pemerintah kamu, al-Ghawri bersikap kejam, membawa tentera ke Halab, bersekutu dengan Syiah serta bertindak menyerang kerajaanku……”
Dalam penulisan tersebut juga menafikan peranan bantuan Uthmaniyah ke atas Nusantara (Alam Melayu). Ini sangat menyimpang sekali. Saya akan jawab dalam penulisan yang akan datang pula berkaitan perkara ini.
Saranan saya, bacalah sumber sejarah tentang Uthmaniyah secara menyeluruh dan dari pelbagai sumber yang dipercayai. Kemudian nilaikan sendiri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih