Masih ingat kerajaan Andalusia? Kerajaan yang pada zaman moden hari ini meliputi Negara Sepanyol yang suatu masa dahulunya pernah berada di bawah pemerintahan Islam selama hampir 800 tahun.

Bermula sebagai salah sebuah wilayah di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah di Damsyik, kemudian bertukar menjadi pusat pemerintahan bagi sebuah kerajaan Umayyah yang berjaya bangkit dan menubuhkan kerajaan baru setelah kerajaan sebelumnya yang berpusat di Damsyik dijatuhkan dan cuba dilenyapkan pengaruhnya oleh kerajaan Abbasiyah.

Andalusia mengalami beberapa perubahan tampuk kekuasaan yang memperlihatkan pelbagai polisi diperkenalkan, namun ianya tidak menghalang sekian banyaknya kemajuan terutama dari sudut perkembangan keilmuan, sains, teknologi dan juga kesenian.

Bercakap soal kerajaan Andalusia, antara perkara yang cukup masyhur yang masih menjadi perbincangan dan perdebatan sehingga ke hari ini adalah bagaimana ajaib dan hebatnya penaklukan yang dilakukan oleh Tariq Bin Ziyad, panglima dan pemimpin tentera Islam dari suku Barbar. Bukan sekadar keberanian dan kebijaksanaan beliau merencana strategi untuk menundukkan tentera Kristian Gothic pimpinan Roderic pada ketika itu, namun polisi yang diambil oleh Tariq Bin Ziyad.

Tariq Bin Ziyad dikatakan dengan kebijaksanaan dan ketegasannya itu telah mencipta satu keadaan terdesak antara hidup dan m4ti buat tentera-tenteranya. Sama ada m4ti syahid atau menang mulia dalam pertempuran dengan pihak Kristian. Apakah arahan yang diperintahkan beliau? Ya, beliau telah memerintahkan supaya kapal-kapal yang membawa tentera umat Islam dibakar kesemuanya supaya tiada peluang untuk melarikan diri daripada medan pep3rangan!

Usaha pembukaan Andalusia atau Sepanyol ini telah direncana dengan cukup strategis oleh Musa Bin Nusayr, Gabenor Maghribi pada ketika itu. Tariq Bin Ziyad selaku Ketua Panglima P3rang Musa Bin Nusayr telah memimpin tentera yang terdiri daripada orang Barbar dan Arab untuk menaklukkan Andalusia dan menjayakan misi ini pada tahun 92 H/711 M.

Dengan sejumlah tentera 12,000 orang Tariq Bin Ziyad membawa tentera-tentera Islam menyeberangi laut Mediterranean untuk sampai ke Selat Gibraltar. (Selat yang diberi nama ‘Jabal Tariq’ sempena memperingati peristiwa besar dan hebat ini.)

Sesampai sahaja Tariq Bin Ziyad di persisiran pantai Andalusia, Tariq Bin Ziyad telah disambut oleh tentera Kristian Gothic pimpinan Roderic berjumlah sekitar 100,000 orang. Melihatkan ramainya jumlah tentera musuh, Tariq Bin Ziyad telah menyampaikan satu khutbah yang cukup masyhur yang cukup yang mana khutbah atau pidato tersebut telah menyebabkan ramai penulis sejarah membuat indikasi bahawa benar Tariq Bin Ziyad telah memerintahkan tenteranya untuk membakar kapal-kapal yang membawa mereka sampai ke Andalusia.

Namun, apakah sedahsyat itu keputusan yang dilakukan Tariq Bin Ziyad? Ayuh kita melakukan analisis penting supaya kita tidak tenggelam atau ditipu oleh ‘konon hebatnya’ tentera Islam melakukan perkara sedemikian sedang sebenarnya ia hanya membvnuh karakter ketokohan Tariq Bin Ziyad.

Ibnu Khillikan ada menyebutkan dalam Wafayat Al’A’yan dan Al-Maqirri At-Tilmisany dalam Nafg Ath-Thib berkenaan pidato Tariq Bin Ziyad menyampaikan pidato dan syairnya yang cukup panjang. Dirakamkan pidatonya yang sering sahaja dituliskan di dalam buku-buku sejarah.

“Wahai pasukan kaum Muslimin! Ke mana kalian akan pergi? Lautan di belakang dan musuh di hadapan? Demi Alllah, kalian tidak punyai pilihan lain kecuali bersungguh dan bersabar!”

Namun, ketika mengulas pidato ini, ramai sejarawan tidak begitu maklum dan tahu akan khutbah ini.  Di sini saja mudah muda untuk dipertikai atau disanggah kepercayaan terhadap kebenaran pidato ini. Ada perintah membakar kapal? Ada sejarawan yang membenarkan peristiwa tersebut, namun pastinya ia lebih mudah disanggah dengan beberapa hujah berikut daripada Prof Dr Raghib as-Sirjani:

Pertama, pistiwa ini tiada kekuatan dari segi riwayat dan sanad yang tepat. Dalam kajian sejarah Islam, penting untuk dimanfaatkan Ilmu ar-Rijal dan Ilmu Al-Jarh wa At-Ta’dil yang menjadi kekuatan Islam sebagai pendokong kepada sumber sesebuah periwayatan kisah. Paling penting, dikatakan riwayat ini tidak dipastikan riwayatnya datang daripada jalur-jalur orang yang boleh dipercayai.

Kedua, jika difikirkan daripada logik sebuah akal, bukankah Tariq Bin Ziyad akan dipersoal atas tindakannya oleh Musa Bin Nusayr, ataupun Khalifah al-Walid Bin Abd Malik? Tiada riwayat yang menyebutkan sekurangnya ada dialog yang berlaku antara Musa Bin Nusayr dan Tariq Bin Ziyad seputar kejadian tersebut, atau sekurangnya ada ulama’ yang mempertikai tindakan tersebut kerana ia sangat bertentangan dengan polisi tentera Islam dalam pep3rangan yang tidak akan melakukan apa-apa kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar, binaan dan harta benda dan yang lebih kontradiknya adalah Tariq Bin Ziyad adalah seorang yang sangat berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Ketiga, bahawa sebenarnya riwayat adalah datangnya dan dipopularkan oleh sumber-sumber Eropah. Kenapa mereka melakukan sedemikian? Untuk menutup kelemahan dan keaiban tewasnya mereka dengan jumlah tentera Islam yang lebih kecil, ditambah mereka mempunyai kelebihan dari aspek persenjataan dan lebih arif dengan kedudukan geografi kawasan pep3rangan.

Kononnya, apabila Tariq Bin Ziyad membakar kapal milik tentera Islam, mereka akan terdesak dan pastinya akan berjuang berhabis-habisan dan berm4ti-m4tian kerana mereka tiada pilihan lain. Namun ternyata sumber dan hujah ketiga ini paling lemah sekali kerana yang pertama kapal itu bukan milik asal tentera Islam. Ia adalah kapal yang dipinjamkan Julian, Penguasa Sabtah.

Pastinya jika Tariq Bin Ziyad membakar kapal yang dipinjamkan ia akan memberikan imej dan nama yang buruk terhadap Islam dan pastinya Tariq Bin Ziyad memahami itu dengan cukup jelas! Kedua, Tariq bin Ziyad adalah genius p3rang. Membakar kapal membuktikan beliau seorang yang cetek pengetahuan dan hanya bergantung harap pada takdir dan keadaan terdesak untuk mencapai kemenangan menghadapi musuh.

Berdasarkan beberapa hujah di atas, ternyata Barat dan Eropah tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan kredibiliti tokoh Islam yang telah berjasa kepada masyarakat dan agama. Betapa besarnya jasa Tariq Bin Ziyad membuka ruang supaya sinar cahaya Islam sampai ke Eropah.

Namun, usaha-usaha kecil sebegini yang sering dipandang enteng dan dijadikan pula hujah oleh penulis sejarah Islam untuk menambah elemen klimaks pada karya mereka adalah sesuatu yang kita perlu muhasabah bersama. Nampak kecil, namun ia mampu memberi impak besar kepada misi umat Islam terdahulu yang hanya berhasrat membawa kebaikan kepada dunia, bukanlah meraih kekayaan dengan usaha-usaha penaklukan sedemikian. Seharusnya memurnikan, bukan menambah sebuah cela.

RUJUKAN:

Jamil M. Abun-Nasr, (1987), A History of the Maghrib in the Islamic Period, the Press Syndicate of the Univesity of Cambridge

Prof Dr. Raghib As-Sirjani, (2013), Bangkit dan Runtuhnya Andalusia, Pustaka Al-Kautsar.

Muhammad Fakhrul Islam Bin Mohd Fouzi
Mahasiswa Tahun 2
Jabatan Sejarah & Tamadun Islam
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.