Kalau nak rujuk kaum Muslimin yang berhijrah pada zaman Nabi sebagai migran atau pelarian, boleh. Secara teknikal diorang lari dari religious persecution oleh kaum Musyrikin Quraisy di Makkah dan mencari suaka di luar. Kali pertama ke Habsyah (Ethiopia, waktu tu diperintah oleh Kingdom of Axum), kali kedua ke Madinah.
Untuk hijrah pertama, Nabi tak ikut. Ketua kepada rombongan pelarian ialah Ja’far ibn Abi Talib, sepupu Nabi. Quraisy hantar Amr ibn As untuk bawa balik mereka dengan alasan mereka adalah pemberontak.
Di zaman kita pun kalau kita bagi suaka kat pemberontak dari satu negara, maksudnya kita cari pasal dengan negara tu. Sebab tu Raja Habsyah mula-mula cuba memenuhi permintaan Amr. Tapi selepas dengar Ja’far sebut pasal “Maryam (Mary) ibu Isa (Jesus)”, Raja Habsyah yang beragama Kristian terus percaya Muslim adalah golongan yang benar, membenarkan mereka menetap di Habsyah tanpa gangguan.
Hijrah kedua ke Madinah. Yang ni Nabi ambil bahagian. Tapi adakah Nabi pergi sebagai seorang migran/refugee?
Bukan. Nabi dijemput sebagai seorang penguasa, seorang “sovereign”.
Madinah adalah tempat Bani Azd. Azd ni Arab Yaman, berbeza dengan Quraisy yang merupakan Arab berketurunan Ismail. Dua suku dari Azd iaitu Aus dan Khazraj sering berperang, so mereka nak cari seorang yang adil untuk mengetuai Madinah, dan mereka memutuskan untuk angkat Nabi sebagai pemerintah.
Benda ni rare sikit di zaman kita. Zaman nation-state kita, pemimpin negara mesti datang dari kalangan warganegara. Kalau kita teruja tengok Lee Hsien Loong berbahasa Melayu pun, kita tak boleh jemput dia jadi menteri sebab dia orang Singapore, unless dia migrate dan tukar kewarganegaraan.
Tapi di zaman dulu, pemerintah (raja) boleh datang dari mana-mana. Konsep-konsep seperti sempadan (defined borders), checkpoint kastam, pasport, kewarganegaraan semua belum wujud lagi.
Kerabat raja UK hari ini kalau ikutkan, berasal dari Jerman. Tapi Jerman tak wujud sehingga tahun 1871. Yang wujud sebelum itu adalah negara-negara yang didirikan oleh bangsa Jermanik termasuk Hanover.
Seorang putera Hanover, George dipilih sebagai Raja Britain pada tahun 1714, kemudian diwarisi George II, George III, George IV, William IV sampai ke Victoria. Victoria kahwin dengan Albert dari Saxe-Coburg & Gotha (juga di Jerman), maka kerabat House of Hanover bertukar ke House of Saxe-Coburg & Gotha. Victoria pass ke anak dia Edward VII, kemudian George V. George V tukar nama House of Saxe-Coburg-Gotha kepada House of Windsor akibat sentimen anti-Jerman (waktu tu Jerman dah ada) semasa Perang Dunia Pertama. George V kepada Edward VIII, George VI dan Elizabeth II.
Raja Sweden hari ini (House of Bernadotte) pula asal usulnya orang Perancis. Raja pertama, Karl XIV Johan atau nama asalnya Jean Bernadotte pada asalnya adalah panglima di bawah Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte. Tiba-tiba Bernadotte dijadikan anak angkat raja Sweden waktu tu, Karl XIII, maka Bernadotte mewarisi takhta Sweden sebagai Raja pada 1818. Napoleon pun rasa wadafaq.
Yang lagi wadafaq adalah Bernadotte kahwin dengan Desiree Clary, ex-tunang Napoleon yang ditinggalkan oleh Napoleon sebelum jadi Maharaja sebab nak kahwin dengan Josephine anak bangsawan untuk climb to the top. Konon Desiree tak class lah anak orang biasa. Sekali Bernadotte naik jadi raja, Desiree pun jadi permaisuri.
Raja Sepanyol sekarang pun orang Perancis, House of Bourbon. Banyak lagi contoh. Kalau cerita panjang lagi tak buka puasa aku. Yang penting, tak ada orang panggil mereka sebagai “migran” atau “keturunan migran” sebab konsep tu tak relevan dengan konteks.
Kesimpulannya, Nabi bukan migran atau refugee. Paling-paling pun korang boleh pakai istilah-istilah tu untuk para Sahabat saja. Istilah-istilah migran, pendatang, refugee semua ada konotasi tersendiri, tak boleh pakai sembrono.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih